March 19, 2015

Kuala Terengganu - Part 1 ( KUL - TGG )

Assalamualaikum.

Pada 14, 15 dan 16 Mac yang lepas, aku telah berada di bahagian timur Malaysia iaitu negeri Terengganu. Saja jalan-jalan perabih duit kat sana. Hahaha! Takdalah, saja nak menggemukkan diri dengan makan keropok lekor dan menghitamkan diri yang sememangnya dah hitam ni.

Lepas Subuh, aku bergerak dari Kajang ke Terengganu. Hmm takdalah Subuh sangat kot, sebab sampai Taman Midah, patah balik rumah. Hahah! So around 7.30am macam tu jugaklah baru betul-betul gerak.

Sepanjang perjalanan aku takda buat apa pun. Tidur jelah, sebab tak sihatkan. Lepas tu, singgah dekat RNR untuk makan bekalan yang ma masak pagi tu. Sodap! Kenyangg weh. Ada bihun, ayam goreng, nugget. Kenyang. Masuk kereta, tidur balik. Hahaha! Gemuk gemuk -.-'

Destinasi pertama ialah kedai makan sata. Aku takda kuasa nak amik gambar sebab aku penat duduk dalam kereta lama sangat. Heheh. Aku bukanlah penggemar sata fyi tapi sata kedai ni memang buat aku makan sampai habis semua sata yang ma order aku bedal. Sata tu takda bau hanyir, so sedaplah. Masa balik pun, aku request nak beli. Baba singgah tapi beli untuk busu je. Itu pun dah sata yang terakhir. 

Around 4pm kot? baru sampai hotel. Hotel? Hmm just nice. Toilet mesra OKU. Besar pulak. Kalau setakat nak tidur je, hotel ni okay. Oh lupa, aku stay 3h2m dekat KT Mutiara Kuala Terengganu. Betul-betul depan Maybank, sebelah Ambank :)

Lepas check in dah selesaikan apa yang patut, terus gerak pergi cari celup celup. Makan dekat pantai apa entah. Lupa nama sebab ramai gila orang. Dan situ celup dia bit pricey dan tak berapa nak umps sangat. Dia dah masak lama, bila ada cust. baru dia panaskan balik. Lepas makan, pergi area Pasar Payang pulak. Jalan-jalan beli seluar batik.

Lepas tu, balik hotel sebab dah malam. Dinner, masak nasi (weolls bawak rice cooker/beras) dengan daging masak merah ma masak pagi tu. Plus ayam goreng pun ada. Kenyang. Lepak dalam bilik dan boom! Tidur. Selamat malam.

Tamat Hari Pertama ^_^

No comments:

Post a Comment