March 9, 2015

Dah last minutes, terus lapar!

Assalamualaikum.

Seminggu tak terupdate blog ni. Bukan apa, naik je cuti, aku memang sibuk menggila. Dengan container nya, dengan dokumen / artworks nye. Memang menangis kejaplah. Tapi alhamdulillah, by end of week, semua kerja siap dengan jayanya. 

So far, aku dah boleh handle dokumen untuk container tanpa kacau E dah. Eh kacau tu adalah kadang-kadang tapi tak sekerap dulu. Hahaha! Nama pun newbie kan dalam arena container semua ni. Sekarang nak kata newbie pun tak sangatlah. Dah senior sikitlah kan. Hahhaa! So proud dengan diri sendiri sekarang.

Dan bila dah 'senior' tu, makin bertambahlah kerja. Aku tak mengeluh pun banyak kerja, tapi aku mengeluh bila datang kerja last minutes. Bukan buat aku gelabah je, tapi buat aku lapar secara tiba-tiba. Benda ni serious weh. Aku tak tipu. Aku kalau buat kerja last minute, memang mulut aku non stop cakap lapar, lapar dan lapar. Sebab tu aku tak suka. 

Si #MamatAnnoying1 sukalah bagi aku last minute kerja macam Jumaat lepas. Walaupun lapar, aku hadapi dengan tenang sampai pagi tadi sebab kakak yang handle container tu call tanya kenapa dokumen tak cukup. See! Aku dah bagitau si #MamatAnnoying1 ni tapi dia kata takpe. Kann dah kena kerah dengan aku buat dokumen pagi-pagi. Heheheh.

Dah nak tiga tahun aku dengan WB. Macam-macam jugak aku belajar walaupun ada yang tersasar dari apa yang aku belajar dulu tapi aku tak kisah (mula-mula kisahlah jugak), at least kalau aku kena buat dokumen, aku dah tau kan. Mr Y (our MD) memang suka staff dia tau buat semua benda. Haaa tak sia-sia kena marah masa awal-awal kerja dulu (sekarang pun kena jugak kadang-kadang dengan #MamatAnnoying1 tu)

Jadi, aku sekarang tengah free (sekejap je ni). Nak naik gym kejap lagi dan siapkan apa-apa yang patut sebelum aku sibuk balik.


 Haaa tahun ni tahun sibuk !

No comments:

Post a Comment