Friday, January 23, 2015

Wabak

Assalamualaikum.


 

Sekarang ni aku suka makan donut gula. Semua sebab Bread Talk ada jual donut gula yang lembut menggila. So aku dah addicted. Semalam aku makan satu je sebab tekak pahit. So lagi satu Achik yang makan.

Hari Rabu pagi tu, aku dah mula rasa tak sedap badan. Hari-hari sebelum tu cuma rasa batuk dengan selsema jelah. Oh dengan sengal badan je. Tapi Rabu tu memang aku tak tahan dah sejuk menggigil dekat office so decided pergi klinik panel untuk check. Yeah, dapat satu hari cuti walaupun dah kerja pagi tu.


Minum petang aku. Ubat yang banyak ni, tapi aku makan tiga jenis je. Hahaha! Yang bulat besar tu, tak kuasa aku nak makan. Kalau nak tengok aku muntah ubat tu balik, silalah suruh aku makan. Jadi kita simpan je buat pekasam. Hahaha. Aku bukan takut ubat tapi tekak aku memang tak boleh terima ubat besar-besar pahit ni. Dari aku kecik kot. Memang aku akan muntah balik. Aku makan ubat yang jenis tube atau yang kecik2 tu je. Sebab tak susah nak telan. Huuhuhuh.

Balik klinik, terus amik budak bebel dekat rumah jagaan dia. Terkejut ke apa tah tengok kakak dia amik awal gila! Budak ni aku awal bebel, aku lambat pun dia bebel. Tekak aku masa ni macam teringin nak makan Nasi Ayam. Meh lah cari. Sesambil adik bebel, dia cakap 
Adik: Kakak, haritukan adik makan ayam yang ada masin-masin tu.
Aku: Ayam masin? Semua ayam ada masin letak garam.
Adik: Tak. Yang potong-potong tu.
Aku: Yang sebelah jual pau tu ke?
Adik: Aah!! *suara teruja* 
Aku: So, nak ke?
Adik: yelah *gelak*

 

Okay, aku layankan je sebab aku pun lapar. Kalau aku tak lapar, takda keje nak singgah-singgah lah hai. Balik je dari beli Nasi Ayam dengan ayam potong-potong (which is Ayam Uncle Bob), adik apa lagi, makan ah dengan rakus. Dia bagi aku sikit je ayam dia. Aku okay lagi kalau adik mintak makan. Tak kisah. Yang aku kisah bila dia mintak mainan. Angin aku. Sebab jangka hayat mainan tu takkan lebih satu hari. Kan membazir dah. Adik ohh adik ~~!


Semalam (Khamis) rasa badan tak berapa nak sihat lagi. Jadi aku decided untuk pergi klinik lagi untuk request another mc untuk semalam.

 

First time aku pergi Klinik 1 Malaysia ni. Untuk aku pergi kali kedua, aku akan cakap TAK. Sebab? servis lambat ya ampun. Berjanggut aku tunggu. Lepas tu, sambil check patient, dia boleh main phone. Haishh boleh pulak macam tu. Pastu aku request mc, dia TAK BAGI okay. Dia cuma bagi aku notis yang mengatakan aku ada datang klinik je. Aku tak tau nak menangis ke gembira ke apa. Aku sabar jelah.

Dan harini aku masuk office dekat rasa saki baki sakit kepala dan batuk lagi. Nasib baik kerja tak banyak. So aku rilek dulu sambil update entri ni. Heheh. Oh dan notis klinik aku dapat semalam TIDAK BOLEH GUNA dekat office jadi kena potong cuti aku (kalau ada lagi) Gila sedih! Manager aku semua tanya KENAPA YOU TAK PERGI PANEL? Aku macam boleh ke? saya dah pergi Rabu. Dan dorang kata BOLEH LAH!!

Ok. Aku nak menangis ㅠㅠㅠ

p/s: dapat rezeki semalam. pertama kali. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Kaitan ape dgn donut? Adoi laaa...tak synchronized lgsg!! Hahahaha...

    Get well soon baybeh!

    ReplyDelete