Friday, October 31, 2014

BreadTalk

Assalamualaikum.

Alkisahnya berlaku malam tadi, takkala niat dihati ingin menguruskan badan setelah Vivi menegur  bentuk badan mengembang dengan jayanya. On the way balik rumah dari office, dah niat taknak makan walaupun ma masak. Nak minum air sejuk je sampai perut kembung.

Sesampai rumah, okay, ada dua bungkus nasi ambang, satu bungkus roti john. Kau rasa, aku patut tengok je ke bila makanan depan mata walaupun dah niat nak minum air sejuk je? NO WAY!

Akhirnya aku kalah dengan godaan nasi ambang dan roti john itteww -.-' Aku makan separuh je sebab nasi banyak sangat kan. Oh tolonglah percaya, memang separuh lah. Hishh. Dan 3 potong roti john. Okay kenyang. Terus niat kembali, taknak kudap apa-apa dah. Ma baba keluar.

Ma baba balik bawak CHICKEN CHOP!!!!!!!! 

Dan aku berjaya untuk menolak tapi ada cuit sikit. Sikit je. Sebab mata sudah kearah bilik yakni katil telah memanggil-manggil. Sabar wahai katil ku. Kita akan bersua sebentar lagi ~ gitu. Kihkihkih. Dan aku berlalu ke bilikku, sambil marathon Roommates ep Taiwan/Jepun. Sedang aku menonton, terdengar semua keluar dari bilik. Suasana meriah di ruang tamu. Haa Achik balik dengan membawa seplastik besar roti dan satu tiramisu cake dan satu chocolate cake. Asingkan dan terus terliur tengok roti fav. 

Niat dihati nak makan tiramisu tapi tangan telah mencapai roti fav dan terus makan. Terus lupa akan niat selepas makan nasi tadi. Sigh. Oh sedang aku menjamu selera, aku berkata kepada Achik
Aku nak makan tiramisu tapi kenapa roti kat tangan aku? T__T
Aku jadi terkejut tapi habislah jugak roti tu. Kihkihkih. Dah kenyang, masuk bilik sambil menonton semula Roommates dan whatsapp Farah, beritahu kepadanya yang aku lapar nak makan kek tapi aku nak diet dan telah dibidas oleh Farah. Hahha! Akhirnya ....

  

HAHAHAHAHA!

Ku tertewas jugak dengan kau, wahai Tiramisu. Kau hebat sebab berjaya buat aku teringat dekat kau sampai aku tak boleh tidur. Dan aku makan kau dengan rakusnya sebab masyaallah sedap gila kau! 


Korang pergilah try semua roti dengan kek dekat BreadTalk ni. Nescaya korang tak boleh tidur malam selepas menikmati kek / roti dekat situ. Sekian sahaja cerita vavavoom poyo nak diet tapi tak tau bila nak start. Hahaa.

Bye.

4 comments:

  1. Diet itu hanya salah satu cerita dongeng...hahahaha

    ReplyDelete
  2. HAHAHHAA! Tau takpe. Misi untuk kurus akhir tahun nampaknya takkan berjaya kalau gini gamaknya T__T

    ReplyDelete
  3. sedapnye tiramisu.. dah lama x makan lah..

    ReplyDelete
  4. akak @CikLilyPutih !
    Akak kena try kat BreadTalk ni. Sedap! Pastu bau kopi dia. mak aii melekat! Hahha. kat Mines tau. Deret Subway semua tu :)

    ReplyDelete