Tuesday, May 27, 2014

Fujifilm Instant Camera

Assalamualaikum.

Terkejut tak nampak aku post entri? Aku pun terkejut jugak sebab gigih nak post entri. Hehe. Aku baru lepas siap edit tiga gambar untuk projek baru. Ada berpuluh lagi. Rasanya minggu depan, dapat lagi yang lain. Agak leceh jugaklah sebab background dia .. banyak sangat barang dia letak tapi aku rilek jelah. Sebab kang aku stress, aku lapar. Hahah

So sesambil nak rehatkan mata, aku bukak website Lazada, which is salah satu website yang aku suka cuci mata selain Zalora, PopLook dan pelbagai lagi. Aku memang kepinginlah camera instant ni. Sejak dulu tapi sampai sekarang tak berkesempatan lagi nak beli.
 

Aku memang dah hint camera ni dekat Achik, kat baba as birthday present kan tapi takdalah mengharap pape pun. Haha! Cuma tu lah, dia punya film, bit pricey sikit. Dah lah ada 10 pcs je dalam tu. Tapi kalau ada orang bagi aku ni, tanpa film tu, aku dah bersyukur habis dah. HAHAA TAK MENGHARAP KONON! puii kat diri sendiri.

 

 


Dah, aku nak sambung buat kerja. Banyak gilaaaaaa! Nak kena bawak balik kerja editing semua ni T_____T

Bye bye.

No comments:

Post a Comment