April 24, 2014

Bihun Goreng Marveloussss!

Assalamualaikum.

Post yang lepas, aku ada bagitau yang ma lama tak masak bihun dia yang superb vavavoom tu kan? Haa lupalah tu? CLICK SINI kalau korang tak percaya. Hewhewheww :) 

Dah baca? Okay, malam tu, aku terus bagitau ma tentang hajat aku ni. Haha hajat sangat lah kan. So ma tak cakap ya, tak cakap tak. Tapi dalam hati ni berharaplah kan. Heheh. Pastu hari Sabtu tu ma tak buat rasanya. Sabtu ma sibuk dengan hal sekolah. Pastu Sabtu malam tu, ma ajak pergi NSK. Rupanya ma nak beli barang buat bihun. Iolls gembira tak terkata! Haha.

Well, aku takdalah minat bihun goreng sebenarnya. Sebab aku rasa macam makan wayar. Haha! Tapi ma punya bihun, macam basah, lembut, so sedaplah kalau makan. So ma masaklah pagi Ahad tu sebelum kiteorang pergi Banting. Iolls betul-betul gembira, terus makan dua pinggan. Terus lupakan hal diet bagai ni. Ahh sambal tumis pun ada. Macam tau-tau je.

Ceng-ceng !!

Bihun goreng berserta sambal tumis ikan bilis ada campur sotong kering sikit. Hahah Terbaik weh! Memang vavavooom lah. Ma suka letak ayam besar-besar dalam bihun tu. Tak mainlah yang kecik-kecik tu. Hehe. Baru puas hati. Dapat kat kedai, ada sawi je =.='' 

Terliur tak? Okay, nama pun cerita hari Ahad. Jadi bihun ni dah selamat berkubur dalam perut aku. Hahahah! Thank you ma

April 23, 2014

Nota PANAS !!

Assalamualaikum.

Pagi tadi gigih aku amik gambar adik dengan kawan-kawan dia semua. Last sekali bila aku nak transfer kat sini, aku baru perasan yang gambar semua simpan dalam phone! Bukan dalam memori !!! Ahh aku jadi stress sekejap. Aduh. Takpelah, tengoklah esok lusa aku up entri adik dengan kawan-kawan dia pergi Kidzania harini okay? Tapi yang ada gambar masa dorang tunggu bas jelah. Gambar dekat Kidzania, takdalah ye sebab aku mana pergi. Jadi tunggulah korang untuk beberapa harini. Hheehe.

Kejadian seterus berlaku apabila aku dah setel semua kerja rumah malam tadi, aku masuk bilik untuk tidur sebab dah makan dua jenis ubat batuk en. Jadi mata sangatlah kuyu. Kuyu-kuyu pun, almost 11pm jugaklah aku tidur. Heheh. Nak buat macamana, kalau dah jenis tidur lambat, memang lambatlah cite dia. Muehehe :D

So ada notification warna biru, bukak-bukak, ada gambar ni bawah ni. 


Hahah sweet tak Yonghwa dekat iolls? Muahahaha!

Aku macam tergamam sekejap. Hahaha! Kemain tau Yonghwa buat suprised kat iolls. Tak suka lah macam ni. Hahaha! Korang jangan nak buat-buat muntah ke apa. Tak elok jeles. Hehehe :D

Itu je nak cerita sebenarnya. Jumpa nanti. Babai.

April 18, 2014

Wordless Friday.

Assalamualaikum.

 

Pagi-pagi dah hujan. Hujan dimulai dengan rintik, rintik dan rintik lagi. Dan akhirnya lebat, lebat dan seLEBATnya. Habis basah baju semua. Takpelah, hari Jumaat. Hujan rahmat ni :)

Tapi tak berapa nak selesalah kerja sebab dalam keadaan separuh basah dan sejuk menggila dalam office ni. Tapi takpe, redha jelah. 

Okay, kau dah pahal Pejah, ayat habis sentap ni? Hahaha. Actually sesambil aku menaip ni, sambil tu jugak aku cari point nak taip apa sebenarnya. Aku memang takda idea nak tulis apa memandangkan badan aku tak dapat nak bekerja dengan begitu baik (gara-gara kesejukan), jadi aku masih berfikir. HAHAHA!

Hmmm ..

Hmmm ..

Hmmm ..

Aku masih takda idea ni. Heheh. Gedik gila post ni (lempang diri sendiri)
Dah lah. Aku nak pergi buat milo panas. Nak panaskan diri aku jap. Kan best kalau ada bihun goreng basah ke, mee goreng basah ke, ketiaw goreng basah pedas kaw-kaw ke. Pastu ada sambal tumis. Ahhh sedapnyaaaaaa ..

Ma, kalau ma baca ni, ma macam dah lama tak buat bihun goreng special ma tu. Heheh :D

April 16, 2014

Kambing Bakar Vavavoooom!

Assalamualaikum.

Embedded image permalink

Motif letak gambar Yonghwa sebagai mukadimah post? Hahha saje uolls. Nak cari semangat jap. Hhahaha! Ni pun dah 3x iolls resize. Ingat nak letak yang gedabak besar tapi takut uolls muntah darah pulak kan, sape susah? ahkak jugekkk :p

 Aku dah start membizi ni. Dah takda masa untuk blog semua tapi harini sajalah nak up entri sebagai pembuka semangat harini. Pembuka semangatlah sangat kan. Hmm whatevaaa lah. 

Motif aku up entri ni sebenarnya nak cerita yang aku sarapan nasi dengan daging kambing bakar yang vavavooomm tadi. HAHAHA! Sedap giloooo weh. Favourite seisi keluarga. Perghhh boleh bertakung ayaq liuq ni =______________='' Semalam dinner tu, breakfast tu. Nasib tadi aku dah habiskan, kalau tak, tengahari pun makan tu agaknya. Hewhewhew.

Lepas tu pergi kantin, beli roti hotdog 4 biji pulak. Sampai office makan lagi. Ingat nak simpan untuk petang ke atau kejap-kejap lagi ke. Yang adoooo, roti dah selamat mendarat dalam perut aku dah. SEMUA TAU. SEMUA =____________=''

MACAMANA KAU TAK GEMUK PEJAH Oiiii ?!!

Marilah kita berpuasa agar baju raya muat dipakai bila tibanya hari raya T___T

April 10, 2014

Disneyland with BFF.

Assalamualaikum.

Makin lama, makin jarang aku update dan HAI INI ADALAH POST PERTAMA UNTUK BULAN APRIL. Sigh. Aku sibuk gila sekarang. Sampai nak tengok phone pun dah takda masa. Tapi sempat bercuti, acaner tu? Alaaaa masa dengan family kenalah sentiasa ada walaupun sibuk macamana pun. Ye dak? Fine, aku cakap macam orang dewasa gila. Heh chill semua. Aku masih berumur 22 tahun gitu ^__^

Oh lupa nak bagitau. Aku dah boleh dihubungi macam biasa eh. Phone dah okay (eh dah bertukar phone, memanglah boleh hubungi) Hehe. Haritu aku on je phone, amik kau, berlambak whatsapp / sms masuk. Korang ni suka cari aku bila aku tak on phone tau. Kalau on, Farah dengan Pina dengan group je yang whatsapp aku -.-' Mencik!

Okay pagi tadi baru perasan tweet dari Pina. Dia tag gambar bawah ni. Motif? Nak ajak bercuti lettew. Heheh. Serious kiteorang memang suka semua benda dari Disney. Tak kisahlah movie ke kartun ke apa ke. Well High School Musical pun dari Disney kan? Gigih lepas SPM, terus pergi GSC Alamanda sebab nak tengok. 1st day tayang pulak, penuh panggung dengan budak sekolah aku -.-'


Babe, one day we will go there. Insyaallah.