February 24, 2014

Cameron, Aku Datang Lagi ....

Assalamualaikum.

Macamana hari minggu korang? Best tak? Yelah mestilah best kan sebab masing-masing boleh berjimba dengan BR1M tu, ye dak? Hahah dah tak payah nak geleng sangat kepala tu. Aku kenal sangat dah korang tu. Hahahhahaa!

Aku punya hujung minggu best. Dapatlah feeling-feeling ke Korea makan goguma kejap. Haha padahal pergi Cameron je pun. Short trip kali ni pergi tanpa Zikri sebab bukan minggu dia balik rumah, so Qie, kau duduk diam-diam dekat asrama tu eh.

So Sabtu tu, aku dengan family ke Cameron lerr. Patutnya nak gerak sebelum subuh tapi entah macamana terlajak. So lepas subuh, geraklah kita ke Pahang tu. Breakfast pun makan donut je beli kat Petronas Jalan Duta tu. Aku dengan Achik beli coklat kemain banyak sebab takut lapar. Yelah makan donut kan, tapi haritu perut aku behave gilaa. Takda bunyi kriuk-kriuk macam bunyi bawang goreng mee sedap tu. Bagus kau perut. Muahahaha!


Our first destination was Strawberry farm. Hmm memang tiap kali aku pergi Cameron, ladang ni adalah ladang WAJIB diterjah oleh ahli keluarga. Dekat ladang ni je, ma beli banyak gila sayur pelbagai jenis dan variasi. Heheh kemain variasi padahal kobis je pun =.=

Aku bukanlah peminat tegar strawberi, jadi nak tengok aku makan strawberi ni memang susahlah unless aku betul-betul nak makan, so baru aku makan. Dan ini kali pertama aku makan strawberi fresh. Maksudnya aku petik dan aku makan dekat situ. Hahah. Aku siap tanya ..

Aku : Rasa strawberi ni sebenarnya apa? Masam? Manis?
Baba : Baba dapat manis
Aku : Kenapa akak dapat masam? Hmm (muka sedih)

Mungkin sebab tu aku tak gemar kot? Hahhaa. Saiko pasal rasa. Gilaa!

 

Sebelum balik ke KL, aku cakaplah yang aku teringin nak minum teh dekat Cameron. Hahah serious, aku rasalah kan, aku tak pernah minum teh dekat Cameron ni. Aku rasalah .. Ke aku lupa? Ahh lupa teruk dah aku ni -________-

Jadi baba singgah dekat tempat ni. Lagi sekali, aku tak tau nama tempat ni walaupun aku dah pergi banyak kali dekat tempat ni untuk bergambar -..- Serious lah seronok sebab aku dapat minum teh tarik dekat sini dengan makan sandwish tuna. Kombinasi timur barat sangat ni :D





Sampai sekarang aku terfikir, apa motif aku bergambar ternganga mulut ni? Hahah saiko ah kau Pejah -...-''



Oh disebabkan pengaruh WGM pada aku sangatlah kuat, jadi bila aku terjumpa goguma, aku macam histeria kejap. Aku cakap dekat Achik ..

Aku : OMG goguma weh!
 Achik : apa ma?
Aku : Goguma (sambil tunjuk kat ubi keledek)
Achik : Kau pahal?
Aku : Pengaruh Yonghwa kuat sangat ni.
Achik : Kau gilaa weh!

Aku terus beli satu packet ubi yang siap rebus ah. Pastu ingat nak beli yang belum masak tapi bila aku fikir, bila pulak nak rebus? So takpe, lupakan niat nak beli yang belum masak tu. Manis gilaaa! Setiap kali aku pergi Cameron, memang akan beli benda tu tapi entah kenapa, yang aku beli ni sedap dia lain macam sikit. Hahah lagi sekali aku saiko!!

No comments:

Post a Comment