February 25, 2014

REVIEW: CNBLUE - CAN'T STOP

Hi Boice out there!

Honestly, I'm just interested CNBLUE after I watched Heartstrings although at that time I was watching The Gentleman's Dignity where Jonghyun there. At that point, I just heard the song My Love by Jonghyun. And I really like the song but I do not know who the singer is, maybe because I'm not a fan of Collin? hahah

After I watch Heartstrings, I suddenly got the feeling like to know who Lee Shin's? He is seen as an excellent musician playing guitar and liked by many women. So, finally I know that he is Jung YongHwa from CNBLUE. I continued to hear the songs from their previous album.

Oh I'm not a hardcore fan of Kpop before. Right now, not a hardcore fan, but are only interested in the concept of CNBLUE probably because they carry different from the others. So in order for their latest album of Can't Stop, I have been listening to the first song, which was launched on Sunday if I'm not wrong.

Track: Can't Stop 



















At first, when I heard a teaser for all the songs for the new album, I thought this song (Can't Stop) is a sad song but my impression is totally wrong. It started with a slow melody or as we call it as a sad melody. But the melody continues to change when it is chorus part. It is a vibrant and exciting!



You understand what I mean? They are very energetic and we as listeners or viewers who watched this video also feel like want to play piano, guitar and the drums. (hahah, it's me actually)

This song create a romantic atmosphere that is so cute and it felt like we were there. Ahh cute, right? To slow and upbeat melodies, they give different facial expressions. And it's very interesting.

Congratulations from me for the song Can't Stop. I can not wait to hear the next song, and I expect that all the songs in this album will be a hit and be my favorite (although it has been to be my favorite). Oh congratulations again for Can't Stop for being number 1 on Malaysian iTunes chart!

Sincerely;
Your Newbie Boice,
Faizah Azmi

February 24, 2014

Cameron, Aku Datang Lagi ....

Assalamualaikum.

Macamana hari minggu korang? Best tak? Yelah mestilah best kan sebab masing-masing boleh berjimba dengan BR1M tu, ye dak? Hahah dah tak payah nak geleng sangat kepala tu. Aku kenal sangat dah korang tu. Hahahhahaa!

Aku punya hujung minggu best. Dapatlah feeling-feeling ke Korea makan goguma kejap. Haha padahal pergi Cameron je pun. Short trip kali ni pergi tanpa Zikri sebab bukan minggu dia balik rumah, so Qie, kau duduk diam-diam dekat asrama tu eh.

So Sabtu tu, aku dengan family ke Cameron lerr. Patutnya nak gerak sebelum subuh tapi entah macamana terlajak. So lepas subuh, geraklah kita ke Pahang tu. Breakfast pun makan donut je beli kat Petronas Jalan Duta tu. Aku dengan Achik beli coklat kemain banyak sebab takut lapar. Yelah makan donut kan, tapi haritu perut aku behave gilaa. Takda bunyi kriuk-kriuk macam bunyi bawang goreng mee sedap tu. Bagus kau perut. Muahahaha!


Our first destination was Strawberry farm. Hmm memang tiap kali aku pergi Cameron, ladang ni adalah ladang WAJIB diterjah oleh ahli keluarga. Dekat ladang ni je, ma beli banyak gila sayur pelbagai jenis dan variasi. Heheh kemain variasi padahal kobis je pun =.=

Aku bukanlah peminat tegar strawberi, jadi nak tengok aku makan strawberi ni memang susahlah unless aku betul-betul nak makan, so baru aku makan. Dan ini kali pertama aku makan strawberi fresh. Maksudnya aku petik dan aku makan dekat situ. Hahah. Aku siap tanya ..

Aku : Rasa strawberi ni sebenarnya apa? Masam? Manis?
Baba : Baba dapat manis
Aku : Kenapa akak dapat masam? Hmm (muka sedih)

Mungkin sebab tu aku tak gemar kot? Hahhaa. Saiko pasal rasa. Gilaa!

 

Sebelum balik ke KL, aku cakaplah yang aku teringin nak minum teh dekat Cameron. Hahah serious, aku rasalah kan, aku tak pernah minum teh dekat Cameron ni. Aku rasalah .. Ke aku lupa? Ahh lupa teruk dah aku ni -________-

Jadi baba singgah dekat tempat ni. Lagi sekali, aku tak tau nama tempat ni walaupun aku dah pergi banyak kali dekat tempat ni untuk bergambar -..- Serious lah seronok sebab aku dapat minum teh tarik dekat sini dengan makan sandwish tuna. Kombinasi timur barat sangat ni :D





Sampai sekarang aku terfikir, apa motif aku bergambar ternganga mulut ni? Hahah saiko ah kau Pejah -...-''



Oh disebabkan pengaruh WGM pada aku sangatlah kuat, jadi bila aku terjumpa goguma, aku macam histeria kejap. Aku cakap dekat Achik ..

Aku : OMG goguma weh!
 Achik : apa ma?
Aku : Goguma (sambil tunjuk kat ubi keledek)
Achik : Kau pahal?
Aku : Pengaruh Yonghwa kuat sangat ni.
Achik : Kau gilaa weh!

Aku terus beli satu packet ubi yang siap rebus ah. Pastu ingat nak beli yang belum masak tapi bila aku fikir, bila pulak nak rebus? So takpe, lupakan niat nak beli yang belum masak tu. Manis gilaaa! Setiap kali aku pergi Cameron, memang akan beli benda tu tapi entah kenapa, yang aku beli ni sedap dia lain macam sikit. Hahah lagi sekali aku saiko!!

February 21, 2014

CAN'T STOP - CNBLUE

Assalamualaikum.

Sebenarnya minggu ni memang aku free sesangat dekat office. Ada kerja tapi dah siap awal dari dateline lah. Sampaikan aku tanya, ada kerja lagi tak? Sesambil tu duk menguap non stop lah, makan marble kek yang aku beli kat kantin sekolah lah. Sedap. Semalam aku makan marble kek tu, bau pizza. Tu maksud dia apa? Hahaha.

Sekarang ni atas meja aku ada kek pisang dua slices yang aku beli tadi kat kantin jugak. Dari tadi aku duk jeling-jeling tapi tak makan jugak. Awal lagi nak makan ni. So tunggulah kejap-kejap lagi, memang selamatlah dia landing dalam perut aku ni ha. Heheh.

Aku sebenarnya ada banyak benda nak share dekat sini. Macam biasa, mood tu takda. Paling tidak pun, aku baca balik post-post aku sebelum ni, lepas tu tutup. Malas sangat ni. Cuma harini aku macam excited nak cerita pasal CNBLUE. Aku actually takdalah minat dengan Korea ni sebenarnya tapi entah macamana, bila aku tengok Yonghwa main gitar, aku terus terjebak dengan dia. Lagu dia pun quite awesome lah bagi aku.

So 24hb ni dia akan launch album baru dia Can't Stop dekat Korea tak silap aku lah. Aku ada je RT kat twitter. Tapi aku banyak lagi favourite sebab aku malas nak penuhkan TL aku dengan RT dorang. Biar aku sorang je tengok. Hahah!

Aku dah dengar teaser lagu dorang. As for now, aku suka Diamond Girl. Can't Stop ni salah satu tajuk lagu okay. Dan aku rasa ia lagu sedih. Tu aku ada letak teaser lagu untuk mini album ni. Korang boleh dengar dan buatlah pilihan, mana satu idaman kalbu. Ehcehh pfft!
 



Aku macam cair tengok Yonghwa main piano. Ahhh! 



 
 

 Hasil Yonghwa :)

 
pic credit: CNBLUEBEAT / CNBLUESTORM / CNBLUE OFFICIAL FACEBOOK

February 17, 2014

Cerita CNY: Sepetang dengan The Azmi's

Assalamualaikum.

Kalau semalamnya, aku lawan bowling dengan family aku (include busu sekeluarga dan pakteh), jadi pada Ahadnya pulak, aku dengan Achik balik rumah maktok sebelah tengaharinya pulak. Lama tak balik walaupun aku kerja dekat je dengan rumah maktok. Hehe sibuk sangat cucu mu ini tok :) 

Teman makndak beli barang burger, then sampai rumah maktok, terus pecut balik Kajang sebab dah janji dengan adik nak bawak dia pergi Jusco pulak. Okay, sampai agak lambat sikit sebab jem gila. Biasalah Langat kan. Kalau tak jem, bukan Langat namanya ..

Lepas dah makan, dah kenyang, okay moh ler kita pergi menghabiskan duit dekat Jusco tu. Haritu survey hadiah untuk Iman sekali tapi end up, bagi duit je kat Iman sebab tak tau nak beli apa. Hahha.

Dia ajak pergi Jusco ni sebab nak main card dekat mesin Power Rangers tu je. Tapi aku dengan Achik pun amik kesempatanlah main bowling budak-budak tu. Berapa kali strike, jangan cakaplah. Banyak kali kot ! Dapat bowling untuk dewasa, hampeh, sekali pun aku tak strike. Sedih T__T


Dah puas main card, dia ajak race pulekk. Tapi achik pegang belakang. Sebab adik tak reti nak balance lagi. Dia punya gaya, kalah Achik bawak motor. Hahha. Takpelah, asalkan awak bahagia dek oii.




Ada gaya kan? Hahhaa.

February 14, 2014

Cerita CNY: Bowling with family

Assalamualaikum.

Hahah actually aku takda benda nak cerita pun. Tadi kemain karang ayat dalam otak kengkonon nak luahkan kat sini tapi bila dah sign in, nan adooooo. Semua pakat berlari sepantas kilat reramai sampai aku tak kuasa nak kejar. Biarlah ia berlalu .... (ceit ayat)

Aku ada masa banyak ni, tu yang update. Kalau aku bz, memang aku mampu tengok jelah blog ni tanpa letak sebarang khabar berita. Eh cehceh. Khabar berita kononss. puihh! Meh sini aku nak cerita aktiviti masa CNY haritu. Memandangkan aku dapat cuti seminggu kan, macam-macam benda aku buat. Tolong busu kat kantin, main bowling segala.

Ni hari Sabtu. Sarapan dekat rumah nenek dekat Sepang. Okay tengahari tu balik Kajang dah tapi singgah dekat Sg Pelek, potong rambut budak kecik ni. Kau tengok, suka sangat pacakkan rambut. Hahah pengaruh sangat ni -.-'


Habis handsome la konon tu dek oi? Sampai setiap kali kiteorang kacau dia, dia akan selamatkan rambut dia dulu. Hahha kelakar gila! Penat gelak masa ni, sebab kelakar kot. Selalunya dia menjerit sebab sakit ke apa ke, ni tak, menjerit sebab marah kiteorang pegang rambut dia. Hailaaa adik ..


Setiap kali balik Sepang, mesti singgah dekat satu kedai buah ni. Dia jual air jus buah FRESH okay. RM2 , air fresh, okay berbaloi sangat. Memang family aku stop dan beli lah. Dan favourite aku adalah tembikai susu. Memang manis, sedap gilaaa. Ahhh macam nak pergi je balik Sepang sekarang ...

.......................................

Ni cerita petangnya pulak. Lepas Zohor, pergi Jalan TAR dulu. Sabtu kan, haruslah jejak pasar malam dulu. Dah beli segala makanan dan kuih favourite masing-masing, terus tunggu Busu dekat highway. Dan straight ke PAS, Shah Alam untuk main bowling.


Biasalah ni, dah bosan plus dah kenyang dan perangai gila-gila tiga beradik dah sampai, ni lah jadinya. Nasib Achik tak ikot. Kalau dia ikot, haru kereta! Hahaha

Rasanya last aku main bowling masa zaman sekolah menengah kot? Masa berbuka dengan budak kelas. Tapi masa tu, aku tak main pun. Aku tengok je sebab aku tau aku tak hebat main benda ni di alam realiti tapi hebat di alam maya je. Hahhaa.
 

Budak ni pun sibuklah nak main bowling. Duk meraung nak main tapi dia behave lah, takdalah tergolek bagai. Elok je dia duduk kat tiang sebelah tu, tengok orang main. Bagus dek. Esoknya aku dengan Achik bawak adik main bowling (next entry).


Aku dengan Aliff (yang sandar kat tiang tu) kiteorang kejar mata. Sebab dua-dua tak hebat main. End up, aku paling bottom. Memalukan betul. Aku jangan kata strike, spare pun aku takda. Memang layaklah dapat bottom. Sedih aku. Perasaan malu lagi menebal lah masa ni. Gila kau tak malu, kalah dengan budak-budak kot Y__Y


Masa ni, tengah tunggu turn. Ye, bukan korang je perasan. Aku tuan badan lagi lah tersangat perasan dengan bentuk muka aku yang semakin kembang dengan jayanya. Acah-acah diet konon tapi makan? Herghhh tolong tau, kalau terserempak ke apa, tolong jangan tegur bentuk muka aku. Aku tak sanggup nak terima kenyataan lagi ni. Hahhahaa.

k babai.

February 13, 2014

Cerita CNY : 3 hari dengan adik-adik

Assalamualaikum.

Masa CNY haritu, aku cuti seminggu weh. So dapat bayangkan tak betapa bahagianya aku bila dapat cuti lama macam tu? Heheh. Nasib duit tak berapa nak ada (ada tu ada tapi tak banyaklah) kalau banyak, aku dah pergi melancong dah. Hehhe

Sekolah bukak on Monday kan? So aku takda buat pape, jadi, aku pun tolong busu sampai hari Rabu. Bestlah walaupun penat dia, uishh tak terkata.

Dalam ramai-ramai budak kat sekolah tu, aku adalah kenal dengan sorang budak ni. Nama dia Redhuan. Aku suka tengok muka dia. Plus dia duduk sebelah aku masa aku jaga air kotak jajan segala tu. So aku boraklah jugak dengan dia. Oh dia anak cikgu dekat situ. Dan sekarang aku tak jumpa dia dah Y__Y

 

Ni gambar masa rehat tahap 1. Budak yang tengah makan ni, 3 hari berturut makan dekat meja aku ni. Aku tak kisah pun. Sebab dorang kelakar. Budak ni bukan Redhuan. Redhuan dia pakai sweater Ben10 masa ni. Sejuk kann. Sekarang je dah panas balik. Sigh.

Aku sempatlah rakam 1 video, nak tunjuk dekat korang betapa meriahnya kantin. Ni tahap 1 je tau. Tahap 2, tak kuasa aku nak record. Aku tetiba jadi sibuk gila masa tu. Hahhaha


see meghiah kan?

ahh tetiba rindu waktu sekolah. Suasana sama jugak macam ni. Macam nak pergi melawat sekolah je rasa. Nak makan mee sup, nasi dengan ayam merah kat kantin tu. Orang yang sama lagi ke eh? hmmm ...

February 1, 2014

Cuti yang panjang

Assalamualaikum.

Korang apa khabar? I'm sure tak ramai yang baca ni. Yelah memasing sibuk beraya, tak pun sibuk bercuti lah apa lah kan? Tapi disebabkan aku takda benda nak buat, aku updatelah sikit. Hewhewheww .. Aku dekat dalam kereta ni, tunggu adik dengan Zikri gunting rambut. Pagi ni sarapan dekat rumah nenek dekat Sepang. Masyaallah sejuk gilaa Sepang ni. Walaupun kat luar panas terik, tapi tak rasa panas pun.

Rasa macam dah lama tak keluar satu family, so semalam memandangkan Achik kerja petang, suruh jugak dia ikut pergi Subang. Yes, finally we're going out together! Sukalah sebab dah lama tak keluar sesama. Memasing sibuk dengan belajar, kerjalah semua. Kalau jumpa pun hujung minggu (itu kalau dengan Zikri lah).
Okaylah, nanti bosan, ku update la apa-apa lagi. Nak formal update, tunggulah aku rajin yang tahap superdupper rajin punya. Kalau tak, update camni jelah yang aku mampu bagi. Hahah. Nak update ni pun, aku amik masa setengah jam nak fikir ayat.

Babai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.