December 2, 2013

Mereka adalah SAHABAT.

Assalamualaikum.

Memang mood nak bercerita tentang sahabat handai je sekarang ni. Selalu tulis nama tapi takda gambar. Memandangkan ada diantara mereka letak gambar kami berempat sekali gus, marilah kita bercerita tentang mereka. Jadi, marilah kita berkenalan dengan

Pina Musa : Zera Sharudin : Qaqa Din


Macam korang tau, mereka ni bestfriend aku since sekolah. Aku kenal Teyka dulu baru kenal Pina dan baru kenal Zera. Boleh? So aku dah kenal Teyka around 12 tahun, Pina around 6 tahun dan Zera around 5 tahun. Tapi aku rapat dengan dorang ni masa form 5. Hahah. 

Bila Zera amik inisiatif mengupload gambar-gambar tu di insta, aku pun tergeraklah nak buat sama walaupun lambat berminggu-minggu. Tu maknanya aku rindukan korang weh! Dua dekat Ganu sana, Pina je ada kat sini tapi well said, kami jarang jumpa unless ada event yang melibatkan kami. Wahh event sangat. 

Zera dengan Teyka (Qaqa lettew) ni belajar kos yang sama. Marketing kalau tak silap aku. Masa diploma sorang kat Shah Alam and sorang kat Perak sana. Bila sambung degree, baru dua-dua dapat UMT. Tapi Zera masuk dulu, then baru Teyka join. So sekarang berkepitlah dua makcik tu. Aku macam jeles bila Zera tweet ni



Memang boleh bikin gaduh ni! Hahhaa. Dorang balik sini tahun depan. 
Teykaa! Bila nak makan burger Abg Burn ni weh ?!!
Pina sekarang belajar lagi. Amik degree Graphic dekat MSU. So ladies, good luck untuk final. Ada rezeki, kita jumpa eh? Nak makan burger and gosip hangat panas meletop vavavoom ni. hahaha

Okay korang. Ini baru satu. Ada lagi bab dua dan mungkin ada bab tiga bakal menyusul. Korang tunggu jelah. Itupun kalau aku rajin nak berceritalah. Hehhe. Next aku nak cerita bestfriends yang digelar sebagai Geng Pondok. Okay yang ni Teyka masih ada dan terlibat. So tunggu jelah eh.

Mood: Rindu
Ok babai.


November 29, 2013

Ini Farah Hanim

Assalamualaikum.

Hari Jumaat baru terkedek-kedek nak sign in blog bagai. Bukan ada benda nak cerita pun. Sebab aku memang takda mood nak cerita. Tak tau nak cerita apa-apa walaupun otak aku dah bekerja keras untuk ingat semua memori yang berlaku sepanjang minggu ni. Yang Isnin tu aku update pun sebab tunggu nak masuk bilik exam. Gila kau, aku punya cuak macam tahap nak amik SPM. Masa SPM pun aku tak cuak macam tu! Hhahaha.

Dalam phone aku bersepah gambar sepanjang minggu. Dan aku kena tiap-tiap hari bukak sebab nak ingat apa yang berlaku pada gambar tu supaya senang aku nak cerita balik kat korang. Tapi ada aku update? Nan adooo! Maap lerr. Ai terlau sibuk dengan lelaki kacak sejak dua minggu lalu. Hahaha. Tak payah nak curious sangat siapa lelaki kacak tu. Lalallaa. Yang penting Oppaa memang kacak. Eh? Hahha. (merepek adalah aku, aku adalah merepek)

So tadi tengok insta Farah, tergelak baca caption dia dan tergelak bila tengok gambar tu sendiri. Kalau gambar orang, takda ah aku nak gelak sakan tapi ni gambar aku. So harus aku gelak. Hahha!
 

See, aku memang suka merepek. Dan Farah jenis melayan. Bagus! Satu team yang hebat. Memang hari-hari aku whatsapp dia. Sebab? Entah. Aku pun tak tau. Pernah gaduh, hmm bukan gaduh apa pun. Tapi gaduh manja gitu. Pastu okay dah. Dia ni taiko Jelebu oi. Korang yang jumpa dia, better berhati-hati, Dia gerun! Hhahahaha! Kau bagi dia Kinder Bueno sepeket, dia okay dah. hahaha (mati aku kalau poms ni baca)

Harini dengar cerita best dari dia. Harap-harap betullah. Hehe. 

November 25, 2013

Wish me luck!

Assalamualaikum.

I'm having my exam today. Hopefully everything going smoothly, Insyaallah. Pray for me, guys! Wish me luck :) take care.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

November 21, 2013

Bermulanya cuti sekolah

Assalamualaikum.

Bermulalah cuti sekolah. Wah wah wahh bergembira riang adik-adik yang sekolah tu. Adik aku yang bongsu pun bergembira jugak. Dia paling suka cuti sekolah. Hhaha. Tapi dia cuti-cuti pun, ma hantar dia pergi tuition jugak. Adik aku berumur 4 tahun. Sekian.

Aku memang suka cerita benda dah basi. Hehhe. Nak buat macamana, mood malas aku semakin berleluasa sekarang. Ni nak update pun aku fikir dari semalam. Hhaha. Padahal gambar dan separuh text aku dah siap since minggu lepas tapi aku malas nak karang. Jadi harini aku gigih jugak karang. Hhehehe.

Ni pun aku rasa macam tak sihat. Aku tak tau kenapa dari semalam aku rasa macam ni. Ni lagi lah, tetiba aku rasa sejuk semacam sampai kepala tetiba pitam, rasa mengantuk (walhal aku tidur awal semalam) dan jari serta anggota badan aku mengigil. Apa kehal kau badan?! Stress ah macam ni. Nasib takda kerja sangat.

So Sabtu lepas, makan malam dekat port favourite. Hahha mana lagi kalau buka food court Mydin Usj. Semua makan set ikan/ayam goreng bagai tulah. Adik je mee sup. Memang menu dia takda lain. Pergi mana-mana memang dia makan mee sup je. Favourite katanya. Takpe, kenyang. Makan tempat favourite pulak. Heewhewheww


Ahad pagi hantar Zikri dekat sini. Ma register dia kat situ sempena cuti sekolah ni. So duduklah dia kat situ sebulan. Yelah dari dia duduk rumah takda buat apa-apa kan, at least dekat sini dia dapatlah tambah ilmu sikit. Insyaallah mudah-mudahan :)


Balik dari hantar Zikri, singgah lah Congkak. Bukan nak mandi manda ke apa, jadah apa tengahari terik pegi mandi sungai? Pergi sana saja jalan-jalan, beli goreng pisang panas sampai boleh buat mulut melecur semua. Hahha itu tipuu sangat! Ma beli cendawan apa entah. Yang halus kecik-kecik tu, then tarus balik rumah. 

Dah sampai, rilex kejap, pastu lepas Zohor, balik Sepang pulak. Weehoooo sepupu baba kawinkan anak. Makan ayam merahhh. Ahhh excited ni. Sampai kenduri, tengok ada ayam merah, memang terus terkam. Tapi nasi sikit sangat ambik. Kengkonon tu nasi untuk adik tapi dia taknak makan pulak. 

Overall (macam juri AF dah) makan semua best. Meriah memang meriah, anak sulunglah katakan. So meriah lah. Boleh pulak family aku pakai sama tema pengantin. Biru turqoise. Cantik oii. Hhehe matilah puji diri sendiri.

Okay aku takda benda nak cerita dah memandangkan jari aku gigil teruk ni. Agak-agak tak tahan, ada aku amik halfday ni kang. Sumpah shacking teruk ni. Aku duduk pun rasa kena goyang-goyang. Hailaaa nasib badan.

Kbai.

November 20, 2013

Ia sangat menyeksakan !

Assalamualaikum.

Sedang aku membuat kerja sambil membaca travelog SUPERMENGMALAYA , aku sesajalah scroll Twitter. Hmm ada twithandle Yummy! , okay terus click. Masyaallah semua gambar makanan. Meh aku tunjuk sikit ...






 





Amacam terliur tak? Aku yang tengok ni pun dah terliur, apa tah lagi korang. Hahha. Aku memang teringin Chicken Wrap tu. Kat McD ada lagi rasanya? Tapi sampai sekarang aku tak berkesempatan nak makan. Bz sangat aku ni. hehhe. Teringin Y___Y

Kat office sejuk dan aku telah menyiksa perut / tekak / mata aku dengan gambar-gambar makanan yang vavavooooooom ni. Ahhhh keji sungguh. Kesian perut / tekak / mata aku terseksa. Hahhaa.

Yang ada kat atas meja ni biskut mini ala-ala cap Hup Seng tu, dengan dua ketul coklat pemberian officemate. Marilah kita bersyukur T_____T

Kbai.

November 19, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Final)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

Ahad lepas adalah minggu penentuan dimana siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA sekaligus membawa pulang hadiah bernilai lebih dari RM200 ribu. Well semua orang dah tau siapa juaranya bukan? Okay it's my turn untuk bagi pendapat. Pendapat kali ini tidak hanya fokus pada Aisyah seorang. Sebab final kan, so kita kumpulkan semua.


Persembahan pembukaan dimulakan dengan pancaragam oleh KL Drum Line dan diikuti dengan bekas pelajar yang sudah tersingkir. Persembahan bertenaga oleh mereka dan 


memperkenalkan barisan finalis #AF2013

Azhael | Nabila | Faizul | Aisyah | Indah | Amira


Lagu 1 : Penglipur Lara [Hazama]
Lagu 2 : Hentian Terakhir [Azhael]
Kedudukan : Naib Juara + Anugerah AFBUZZ

Secara keseluruhan, Azhael telah buat satu persembahan yang cukup happening dan sangat bertenaga. Lebih suka persembahan Penglipur Lara. Peminat AF2013 menjangkakan bahawa Azhael akan mendapat gelaran Juara pada malam itu tetapi bukan rezeki barangkali, Azhael cuma mendapat Naib Juara.


Lagu 1 : Terlalu Istimewa [Adibah Nor]
Lagu 2 : Sesaat Untukku [Amira]
Kedudukan : Tempat ke3

Secara keseluruhan, lagu baru Amira which is Sesaat Untukku memang sedap didengar dan memang kena dengan tone suara Amira. Tahniah Feroz Nazri. Walaupun Amira membuat persembahan yang menarik dan bersemangat, tetapi baju-baju yang dipakai oleh Amira mendapat perhatian oleh semua orang. Jika lihat di Twitter, semua orang membincangkan perihal baju yang digayakan oleh Amira berbanding suara mahupun lagunya. Sarat sangat kot? Hmm.. 


Lagu 1 : Seandainya Masih Ada Cinta [Dayang Nurfaizah]
Lagu 2 : Katakan Saja [Nabila]
Kedudukan : Tempat ke5

Secara keseluruhan, Nabila telah membuat satu persembahan yang sangat hebat pada malam itu. Kira dia all out malam final lah. Malam tu baru semua orang dapat dengar suara Nabila yang sangat sedap dan tiada lagi suara 'chipmunks'. Tahniah!


Lagu 1 : Jagalah Diri [Jaclyn Victor]
Lagu 2 : Percayalah [Indah]
Kedudukan : Tempat ke4

Secara keseluruhan, lndah memang buat semua orang terpegun dengan suaranya yang wow! Persembahan dengan lagu Jagalah Diri adalah terbaik dari semua lagu yang pernah Indah perform sepanjang #AF2013 . Itu hanyalah pendapat saya. 


Lagu 1 : Hanyut [Faizal Tahir]
Lagu 2 : Sepasang Sayap [Faizul]
Kedudukan : Juara

Secara keseluruhan, lagu baru Faizul antara favourite saya untuk #AF2013 ! Lagu yang sangat rilex dan bersahaja walaupun semua orang cerita tentang 'pari-pari' yang berterbangan dibelakang Faizul. Persembahan Hanyut jugak sangat bertenaga dan tahinah Faizul diatas kemenangan anda!


Lagu 1 : Lebih Indah [Dato Siti Nurhaliza]
Lagu 2 : Mimpi [Aisyah]
Kedudukan : Tempat ke6

Secara keseluruhan, Aisyah telah membuat satu persembahan yang cukup cukup bertenaga dan sangat cantik. Dimulakan dengan persembahan lagu baru, Mimpi, Aisyah membawa kita berkhayal dengan suaranya yang unik. Mimpi berjaya menawan hati orang-orang seni diluar sana. Tahniah Faizal Tahir, Tahniah Omar K diatas lagu Mimpi yang superdupper bombastik ni. 


Dikejutkan dengan kehadiran pelakon Adi Putra diakhir persembahan Mimpi.


Persembahan terakhir oleh Aisyah dengan Lebih Indah. Di Twitter kecoh dengan baju Aisyah, yang dikatakan koyak disebelah bawah tangan. Jawab Aisyah;




Anyway, tahniah kepada Faizul kerana menjadi Juara AF2013. 

Kepada semua Bintang #AF2013,
Tahniah dari saya. Selamat Datang kedunia hiburan tanah air. Menang kalah adat pertandingan. Teruskan berusaha untuk menjadi lebih baik. Kekalkan diri anda yang sekarang dan mohon jangan lupa diri. Sentiasa ingat siapa diri kita sebelum menjadi seperti sekarang. Good Luck guysss!


Acara penutupan oleh Dato Siti Nurhaliza.


Sekian sahaja.
Jumpa lagi jika ada AF2014 lepas ni. HEHhe.
Terima kasih kerana sudi baca.
Assalamualaikum.


Baca ni.


Gambar dari FB #AF2013