September 8, 2023

Post Hospitalization

Assalamualaikum.

HAHAHAHH cerita pasal scope je sampai 3 entri. Biasalah selagi boleh kan 😅 

Aku dapat cuti 10 hari termasuk hari aku warded and memanglah seronok tapi dalam masa yang sama aku stress sebab aku tinggalkan 2 shipments dengan D and E. Nasib baik aku dah prepare semua so takdalah takut sangat walaupun aku takut jugaklah if ada salah ke atau apa-apa yang aku terlepas pandang.

 

Jadi pada 24/7, aku kena pergi hospital untuk dengan doc explain pasal scope. Adalah dalam 10 ke 15min jumpa and discuss doc explain itu dan ini. Alhamdulillah aku free cancer. Benda paling takut tapi if tak jaga, aku boleh dapat tu. Harap-harap taklah.

Selesaikan semua perkara dengan CC, kiteorang decided untuk brunch dekat cafeteria. heheh. Aku makan lasagna and FANS makan lempeng sambal tumis. sambal dia bapaklah pedas. terkejut perut aku. lasagna aku bawak balik sebab banyak gilaa. memang puas hati lah.

Sekian sahaja cerita hospital saya. Bye!

September 7, 2023

Gastric

 Assalamualaikum.

Goooood morning everyone. Tbh, tak best nya rasa kalau selalu sangat on medical leave ni. Tapi tu lah, aku tak sure orang lain macamana but for me, lepas covid, macam-macam terjadi.

Tak pernah-pernah naik ambulance, kau merasa. Tak pernah-pernah warded, kau merasa jugak. 

MC lama ni aku pernah rasa masa sekolah je masa aku tengah on going ubat TB. Lepas dah free TB, dah discharged, aku tak pernah cuti lama. Kalau accident pun, just 2-3 hari.

Wahh sekarang bukan main. MC tu macam bff nowadays. Apa yang aku risaukan, orang ingat aku main-main sakit tu. tbh, aku bukan orang yang suka cuti if kau kenal aku. Sekarang ni, salah sikit, haaa mulalah badan buat hal. Hmm aku tak suka tapi aku cuba tak merungut. Tapi aku takut. 

Hari-hari aku sekarang adalah bff dengan ubat. Haihh boring. Aku ingat zaman ubat dah berakhir masa aku form 4 tu. lahhh umur 30 keatas, ubat macam gula-gula dah hahahhaha. 

Oklah, aku decided untuk wfh atau mc harini cos ulu hati aku masih pedih since malam tadi. Mungkin triggered dengan sweet potato kot. Aku craving lalu makanlah petang semalam. Hmm aku lupa benda tu angin. Tahniah lah pejah. Kau yang cari angin tu this time 😮‍💨

Aku nak sambung buat kerja sebelum pergi klinik. Bye!

September 6, 2023

Scope Day

Assalamualaikum.

Jomlah sambung .... Lepas check in, CC minta untuk tunggu sebab bilik tak ready. So, while waiting, kiteorang tunggu dekat cafeteria, kiteorang nampak ada uncle ni makan Nasi Goreng Kampung. Nampak sedap gilaaaaa. pastu tetiba CC sampai dan bawak kiteorang pergi bilik.


Bila sampai depan ward, I was stunned sebab korang tengok lah gambar atas. HAHAHA. Rezeki nak ada anak tu belum lagi, tapi dah masuk ward labor & delivery. Terkejut jugak 😅 tapi excited cos hello nak duduk hospital ni. 


My bed for 3d2n. Memang rezeki duduk mengadap tingkap. Takdalah bosan sangat and boleh tengok view highway, kereta lalu lang. haa hahah seronoklah jugak. 


FANS cuti tapi macam tak cuti pun ada. sibuk dengan phone sebab staff buat hal. HAHAHA. nasib baik tempat kerja dekat dengan hospital. 5 mins perjalanan if ada anything happens.

 

then disebabkan seorang faizah mengikut arwah ibu iaitu susah nak jumpa urat, makanya dua kali lah kena cucuk ya. belah kiri dari nurse, ni bapak sakit nurse cucuk. yang yang belah kanan, doc turun padang. ni pulak ok tapi the end of the day, gatal kemain area situ. sampai meninggalkan bekas ye -.-


Jadi sebelum tidur, kena makan ubat untuk kosongkan perut by makan ubat-ubat diatas ini. Tapi nak makan ubat sticker hijau tu adalah satu cabaran yang besar untuk tekak faizah sebab rasa ubat tu macam minum pati asam boi putih ye. bapaklah tak sedap. dan dan bukan sebotol ye kena teguk tapi dua botol! masyaallah. malam tu siap mengadu kat FANS, Yin pasal ubat ni. WHY ME? T_T Start 3am, aku dah keluar masuk toilet. Tahniah 😑

 

My morning views. gown pun dah ready atas meja. FANS datang ngam-ngam lepas aku mandi. so dapatlah borak and bagitau betapa nervous nya aku nak masuk OT. padahal buat scope je kan tapi nervous dia lain macam. takut weh. Around 1030 aku otw pi OT dan FANS lepak sorang-sorang dalam bilik ...

  

My very first meal after 21 hours of fasting. Mantap! Pembukaan yang sangat-sangat menyelerakan! HAHAHAHAHAHAHAHAHA. FANS belikan apple juice and roti canai pagi tu tapi simpan sampai boleh makan. Hospital pulak provided hmm aku tak sure nama dia tapi Ya Allah sedap namampussss weh! Sedap sangat-sangat.

eh ke sebab aku lapar? hahah boleh jadi.


Lepas tu aku rehat je then around 3 pm dapat minum petang pulak. Padahal kau baru lepas makan faizah -. -' tapi gue laperrrrr. habis ye. rasa biskut sepeket tu tak cukup. oh, btw aku masuk wad, aku memang takda standby apa-apa makanan pun sebab yelah scope je pun. manalah aku tau aku akan lapar gila macam ni.


hujan dan lapar ...

Lepas tu dalam 5pm macam tu, aku macam bosan dan bila dah bosan, kau mesti akan lapar. aku cakap kat FANS aku lapar and macam nak waffles je. then FANS turun cafeteria untuk beli waffles. oh lupa, aku pesan kalau ada nasi goreng kg pun sedap. 

 

nahhh! dedua dia beli gaissss! HAHAHAHAHA

Waffle tu sedap. aku makan satu gigit je pastu aku simpan dan aku makan malam sebab malam kan takda makanan apa-apa dah. kita pun bijak takda bawak pape stok makanan kan. Jadi sebab waffles dah simpan, kita makanlah nasi goreng kg tu sebab nampak menarik dekat tekak and mata aku. 


verdict? masyaallah sedap gilaaaa! aku sampai cakap kat FANS 

"nanti kan, kita datang hospital untuk beli nasi goreng ni dengan waffle je tau
HAHAHAHHAA


ngam-ngam nasi goreng kg tu habis, aku dapat makan malam. HAHAHAH sape nak makan duhhh. tapi jangan risau, kita ni bukan geng syaitan nak membazir kan, so aku makan separuh, FANS makan separuh tapi adalah suku tak habis. dah kenyanggg. buah je aku tak makan untuk bekalan malam nanti.


Nurse datang bawak ubat dan aku makan lalu berehat. lepas tu nampak FANS kepenatan lalu tertido. kesian kan. tapi memang weh, menunggu ni lagi letih sebenarnya. Pastu aku pun replylah msj baba lah, busu lah. rupanya dorang nak datang melawat. weee~ finally!

 

Dulu masa aku tak boleh tidur, aku selalu belakon buat-buat aku dalam ward lalu tertido. pastu terfikir kalau aku masuk ward, ada tak eh orang datang melawat. nahh ada jugak orang datang melawat walaupun kau takdalah sakit mana pun. over je lebih faizah ni hahahhaha

 

Pagi terakhir di hospital, aku request nasi goreng cina. haa sedap tapi sikit sangat untuk seorang faizah. hahahhahaha. and jarum tu masih gatal. oh, FANS dah start kerja, so dia tak datang plus busy dua hari cuti emergency kan. kesian.


Then tengah-tengah bosan tu, ada orang bagi bagel. nyumss. pastu aku diberitahu aku boleh discharge. Yahooooo! seronok bukan main. 

September 4, 2023

Pre-Hospitalization

Assalamualaikum.

2023 adalah tahun yang aku sendiri tak boleh nak jangka. Dulu, aku pernah terfikir setiap kali melawat orang dekat hospital. EVERY SINGLE TIME. Tanpa diduga, waktu tu tiba lepas kejadian naik ambulance tempoh hari. So, haritu doktor ada suruh untuk aku buat scope perut since semua orang tak tau punca aku jadi macam tu. Jadi, ada satu haritu, aku pergi hospital and bagi date untuk warded.


The day aku pergi jumpa doktor untuk planning scope. nervous. padahal belum jumpa sesape lagi. hahaha. biasalah faizah memang begitu. asal pergi hospital, nervous lah, tak boleh makan minum sebelum selesai lah.

      

Jadi pada 14/7 malam, aku masak bubur (gambar atas) untuk bawak bekal esoknya tapi aku memang tak reti masak bubur nasi. Walaupun dah banyak kali buat tetaplah takda confident 😂 tapi jadilah kot. Walaubagaimanapun ......


15/7, aku kena masuk ward pada jam 5pm tapi pagi tu aku masuk office untuk siapkan kerja-kerja sebelum aku cuti yang aku sendiri tak tau berapa hari tu. Just standby lah macam biasa. dan disebabkan aku takda confident dengan bubur yang aku masak malam tu, aku keluar rumah awal dan SINGGAH MCD ye untuk beli bubur for lunch! hahaha gigih!

Kadang-kadang macam sia-sia je masak. HAHAHHA. tapi  jangan risau, bubur tu habis aku makan sorang. Cos aku makan je lepas masak, breakfast, and before pergi hospital. Alhamdulillah.

Then to hospital we go ...