December 31, 2021
Good Bye, 2021. Hello 2022 πΈ
December 21, 2021
Banjir Teruk!
Assalamualaikum.
Seperti yang semua orang maklum, negera kita dilanda bencana yang bagi aku sangat teruk untuk kali ini. Dimulai dengan hujan lebat pada petang Jumaat dan Sabtu, disudahi dengan banjir teruk lewat petang Sabtu. Walaupun Sabtu tu hujan on off, kejap lebat, kejap berhenti dan akhirnya membawa ke banjir yang tenggelamkan banyak kawasan sekitar KL/Selangor terutamanya.
Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Masjid Jamek dan sekitar, jangan cakaplah ...
Kalau sebelum ni Hulu Langat pernah experienced banjir, tapi kali ni 2x atau 3x atau mungkin lebih dasyat than the previous one. Habis semua. Kawasan dalam macam Dusun Tua, Sg Lui terus takda coverage. Jalan pecah. Ya Allah. Kesian.
Dekat Nanding, Sg Serai pun sama. Banjir naik sampai atap rumah. Petronas separuh tenggelam. Kegilaan apakah itu? Masyaallah.
Alhamdulillah getting better. Banjir dikawasan depan Hulu Langat dah surut. Tapi tidak pasti kawasan dalam seperti Dusun Tua, Sg Lui dan lain-lain. Rasanya dah surut jugak tapi yang pasti masih tiada coverage, api dan air dikawasan tu. Allahu.
Aku dah masuk kerja dari Isnin (semalam), bila otw nak pergi office tu, tengok kiri dan kanan jalan, masyaallah menggerunkan. Macam orang katalah, "macam kena Tsunami langat ni..". Betul weh. Teruk sangat. Bila pagi jalan tu dah kering, kalau ada basah pun, tak semua kawasan.
Tapi bila aku balik rumah semalam (aku duduk luar langat sekarang, family je masih di Langat), jalan jem teruk dengan NGO's, Bomba, Bernama, Volunteer .. kiri dan kanan penuh dengan kereta, lori, 4x4 semua lah. Dan jalan pun dari kering jadi basah teruk. Berlecak.
Yang bawak motor pun kena berhati-hati bila lalu kawasan berlecak, berlumpur tu. Bahaya sangat-sangat.
Itu baru kat Hulu Langat. Tempat lain aku tak sure sebab tak ada dekat situ kan.
Kalau kawasan rumah aku pulak, banjir dekat jalan masuk dan mengakibatkan jalan raya tu pecah je. Lain-lain, aku tak sure sebab aku tak tengok pun. Jalan rosak pun aku tau dari FB and aku lalu jalan tu hari-hari.
Other than that, take care and stay safe guys! ❤
November 22, 2021
Our First Flight Together ✈️
Ready to take off > KLIA2 |
November 14, 2021
Weekend HotHot
Assalamualaikum.
Weekend with the fam macam biasa. Santai-santai depan pintu sambil ambil mood nak check in toilet π
Panas kan cuaca? Sangat!
Anw, Selamat Pengantin Baru to our youngest , Erin & Akhim. Next month sanding-sanding pulak. Semoga ada rezeki kita semua untuk kesana, Insyaallah.
oh tidak lupa to my cousin, Ecah & Azrul. Selamat Pengantin Baru!
Selang sehari je majlis nikah both pasangan. Alhamdulillah selamat semuanya.
October 26, 2021
Take care, Erin ❤
Tbh, kiteorang yang kat KL ni (FANS and I) macam sedih lah sebab tak dapat hantar Erin pergi SG.
Alaaa SG je pun, nanti baliklah dia ..
Masalahnya, bila dia balik pun belum tahu lagi. Tunggu border bukak baru balik kot.
FANS dah sebak, dengan tengok video kat group, dengan Erin whatsapp dia. Bertabah ye ..
Hmm lepas dia whatsapp aku, dengan aku sekali join sebak.
Kiteorang dah cari tiket flight return harini tapi takda. Kalau ada pun, seperti tak bagi kiteorang naik. Hahahah
KUL > JHB - 9am , JHB > KUL - 8.30am
Eh peninglah kita masa tengok schedule tu.
Oh, mungkin sekarang Erin dah sampai hotel dan memulakan quarantine beliau.
Aku at first macam "eh cepatnya sampai?" dalam hati, lepas tu lupa, dia pegi SG je pun. Bukan London ke NZ ke? hahaha
To Erin,
Selamat menempuh kehidupan baru tidak lama lagi. Selamat menikmati hirupan kopi berdua yang pertama tidak lama lagi. Mueheheh. Jumpa nanti bila dah border dah bukak ye. Gonna miss our lepak depan tv tengok 90 Day Fiance dan jangan lupa keep on diet ye πTake care ❤
September 6, 2021
BabyZ finally here!
Welcoming on board, BabyZ on last Thursday. Alhamdulillah Syaz selamat melahirkan seorang baby girl yang comel dan persis mama dia.
Makngah is sooooo excited, babygirl! π
Dah, tu je aku nak update.
Khamis ni turn cousin aku pulak kahwin. Wuuu cousin baru π
September 1, 2021
Bulan yang penuh dengan pertambahan.
Bulan baru kembali lagi. Alhamdulillah masih sihat, masih diberi kesempatan untuk makan sedap-sedap. Alhamdulillah.
Bulan ni akan ada pertambahan ahli baru dalam keluarga inlaw dan makcik aku. Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu #BabyZ. Tak sabar nak tunggu new cousin! Wee~~
Bulan ni juga dah start WFO. Rasa lemau nak siap tu dah start balik every morning since day 1. HAHAHAHA. Malasnyaaaa nak bersiap. Kalau WFH, aku pakai baju tido je duduk depan laptop. Makan pun bila rasa lapar. Pastu gemuk tanpa dirancang. Lah tiberr π
Semalam ramai ya dah tegur aku makin gemuk. Bukan berisi dah. GEMUK terus. Dorang ingat dah ada isi ... memang ada isi lah pun kan ... isi makanan lah tapi π jadi tu semua petanda tu.
Aku kena buat something sebelum majlis-majlis keramaian boleh diadakan. So far aku ada dua majlis yang on hold sekarang ni. Semoga seorang Faizah berjaya lah hendaknya. Walaupun kerja dia asyik makan je bila depan pc/laptop π¬
Tapi since dah boleh dine-in, aku teringin nak makan kat kedai. Muaahahahha. Eh tapi aku belum dine-in kat mana-mana lagi. Masih tapau dan makan dirumah ye gais. Tapi teringin jugak nak dine-in kat kedai. Lama tak makan steak. Wah kemain! π
dan .... finally I've my own diffuser yang tengah panas sekarang! Muahahaha padahal haritu taknaklah apa lah. Lahhh sekali terjebak jugekkk π
lastly ... Selamat Hari Kemerdekaan ke 64
August 13, 2021
Stay Strong & Safe Everyone πͺ
Assalamualaikum.
Day 2 - Back WFH.
Aku betul-betul excited bila buat previous post. Why? Because I haven't posted an entry about food for a long time. I'm so excited! π
Bilalah boleh jalan-jalan macam dulu-dulu?
Bilalah boleh dine-in macam dulu-dulu?
Rindu sangat.
Rindu nak ziarah arwah Ibu jugak.
Alahaii. Semoga Malaysia dan Dunia kembali seperti sedia kala, kembali sihat dan ceria hendakNya. Insyaallah π
August 9, 2021
Fully Vaccinated ππͺ
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, 05/08, I'm fully vaccinated!
Masa 1st dose, I was down with fever. 2-3 hari jugak melepet, demam panas, kepala berat. Tapi makan lah macam biasa. Badan jangan cakap sakit betul. Lenguh habis satu badan.
Apakah kesan sampingan untuk 2nd dose ni? ππͺ
Masih sakit-sakit badan tapi rasanya dekat bahu paling sakit sampai aku pergi klinik. Other than that, my fav things. MAKAN! Wahahahahha. Actually, aku memang dah list out apa nak makan and cari nanti lepas vaccine. Dah standby geng. HAHAH. Ayuh, mari kita mulakan dengan ....
Nasi Lan Kedah! Have been craving these beberapa hari sebelum vaccine. Bagitau FANS, nanti hari vaccine nak makan lah sebab masa 1st time makan dulu macam tak berapa nak puas. Ok, FANS bawakkan. Tapau for the whole family jugak. Alhamdullilah.
The cafe was viral lepas Elfira Loy up pasal coffee dekat sini. Eh taknak ketinggalan, kita cari genk! Since aku try Hazelnute Latte Monti Cafe ni, apa yang aku boleh ulaskan, Hazelnut Latte dia sedap. Puas aku fikir kat mana aku rasa latte ni, sebab macam familiar. Danggg! McCafe!
FANS craving Yong Tau Fu pulak. Ok, kita beratur and beli lah. Tapi aku makan sikit je, takda fav aku dalam ni. Mostly fav FANS je. Hehehehe. Tapi sedap.
Yang dinantikan. Lately, aku craving pavlova tahap maha dasyat ya. Bought at The Caravan Cafe Bangi sebelum tapau Lan Kedah. Last time aku beli Mini Pavlova and aku rasa manis bethoooool tapi habislah aku makan sebab bagi aku sedap je. Mehmehmeh. Then kali ni aku beli Double Deck Berries Pavlova Slice and Mini Pavlova of course! Hehehe. Sedap! Rasa macam nak beli lagi. Eh? π
July 20, 2021
Raya Haji Berdua π
Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilahda!
So far apa aktiviti korang harini? Aku, buat kerja office kejap sambil beborak dengan FANS.
Dan untuk raya haji kali ni, buat pertama kali nya aku masak rendang daging! fuhh hasil tunjuk ajar che nom gais, macam biasa.
June 22, 2021
June 21, 2021
My 30th Birthday π
Assalamualaikum.
Journey ke 30 tahun dimulakan dengan ....
1st dose vaccine on 3rd June. Alhamdulillah. Waiting for 2nd dose yang tak kunjung tiba itteww. Semoga adalah rezeki untuk 2nd dose. Insyaallah.
Sepanjang malam 11/6, FANS lah duk wish, menyanyi bagai walhal birthday aku on 12nd. HAHAHAH takpe, kita layankan je.
Balik Tekali on 12nd sebab dah janji dengan Adik nak tidur Tekali. Sekali ada makan-makan. Ma masak banyak weh. Busu buat Fettuccine Bolognese and FANS belanja llao llao. Achik Zikri belanja kek. OMG Yummyy!
Thank you Ma Baba π
Ucapan tahun ni lebih kurang sama. Semuanya mendoakan aku punya zuriat. Hehhee Insyaallah ada rezeki nanti, aku mesti bagitau semua orang. Dekat blog lagilah. Doa-doakan lah ye π
All the way from Taman Segar, E delivered these presents to me! The 30th Teddy Bear, mini cactus (kot?), cake and candles! Actually malam tu, aku baru cakap dengan FANS nak beli candle sebab dah habis, tau-tau .. hehehe Thank you, E π
Dah lama rasanya tak beli hadiah untuk diri sendiri. Berbelah bagi nak beli atau tak, then tanya FANS, tanya Adik, dorang suruh beli and Adik pilihkan yang mana satu. Heheh alhamdulillah I'm happy with this. Thank you, self π
And last but not least, orang terakhir. Aku syak dia lupa birthday aku. HAHAHA tapi she nailed it. Lunch treat Kimchi Jiggae and chocolate bouquet. Awwww thanks beb!
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati semua ini diusia 30 tahun ini.
Masih berharap yang Covid-19 ni akan hilang tidak lama lagi. Aku teringin nak road trip, nak makan steak dekat restaurant, jalan-jalan dengan tenang dan happy.
Semoga diumur ini, aku diberikan kesihatan yang lebih baik, kurangkan makan (tapi makanan semua sedap-sedap acaner?), diberikan apa jua rezeki yang melimpah ruah dan semoga dapat menjadi seorang anak/isteri/kakak/adik yang berguna untuk keluarga terutamanya. Insyaallah π
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan seorang Faizah ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya.
June 10, 2021
Reward Diri Sendiri π
Assalamualaikum.
While doing some works, terfikir ..
"apa eh nak belikan diri sendiri sempena nak masuk 30 dah ni"?
lol. tua dah aku. HAHAHHAHAHA
dan aku terfikirkan Air Fryer! Hehehhehe. Walaupun aku tak suka sangat pakai AF tapi kadang-kadang aku rasa AF patut ada dekat rumah.
Korang rasa Air Fryer tu wajib ke tak?
Macam wajib, eh macam tak.
Alaaa confuse π΅
Hmm oklah, nak siapkan kerja sikit then siap-siap untuk pergi buat swab test cos someone feeling under the weather and running rose. Takut anything bad happens katanya. Oklah kita teman lah kan.
Macam nak join buat swab jugak je? Eh. Hehehehe
Catch you later!
June 1, 2021
Hello June!
Assalamualaikum.
June is back! June is back! June is baaaaackkkkk! hehehe.
Selain daripada hari ini 1st of June, hari ini juga adalah hari pertama WFH gais.
Kalau tahun lepas, even WFH tetap busy ... didapur dengan Ma. Mencuba resepi-resepi baru gitteww sehinggalah berat naik agak drastik ye. Uniform office pun ngam-ngam je weh. Nasib baik tak jadi Hulk! Waaahhahaha.
Semoga tahun ni tidak lagi ye. Memandangkan tadi nurse dah call bagitau appointment date dah tukar ke tahun depan sesambil bagitau kena kurangkan berat badan. Kurangkan ambil gula. Aku gelak jelah mampu cos I love sugarrr! Muehehehe. Benda manis banyak kat rumah ni weh. I kenot resist. Heheheh
May 21, 2021
SELAMAT HARI RAYA !
Assalamualaikum.
Rasanya belum lambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada korang semua! Sama seperti tahun lepas, tak dibenarkan merentas daerah mahupun negeri. Takpelah, nanti dah boleh merentas, terus pecut balik kg ok?
Buat pertama kali nya, family aku buat photoshoot raya dekat studio. Seronok dan ia Pejah masih kayu seperti photoshoot Zalora dulu. Hahahaha. Tak boleh nak buat apa. Depan cermin, sakan posing. Depan camera, "kayu betul eh kau, Pejah?" Redha jelahhh ....
Paling best, kiteorang pakai baju yang sama untuk dua (2) hari berturut-turut, 1st and 2nd raya. Muahahaha. Jadi, baju-baju aku yang lain tu kita bawak ke tahun depanlah ye. Itu pun kalau muat. Hehehe. Kalau tengok badan sekarang, hmm macam yakin tak yakin je baju tu muat ke tak tahun depan.
Kuih raya kat rumah aku hampir habis. Alhamdulillah. Tinggal kacang-kacang, muruku jelah. Eloklah tu, boleh buat stock mengunyah sambil buat kerja takpun tengok drama. wewewewew π
So amacam raya korang? Ada orang raya setengah hari je. Ada orang masih beraya cukup 30 hari, kemon gais, puasa 30 hari kot.
May 8, 2021
Minggu Terakhir Ramadhan
Assalamualaikum.
Watching Hell's Kitchen while doing my work pada hari Sabtu yang hening ini. Memikirkan menu berbuka petang nanti ...
Aku tak tau mana silap, sejak kahwin, deria rasa aku pelik-pelik. Tawar, masin menjadi rasa wajib dalam setiap masakan aku. HAHAHAHA mungkin aku perlukan kuali yang biasa kat rumah family aku tu kot?
Adakah aku patut ada kuali ni untuk kembalikan mutu masakan aku? HAHAHAH alasan nak membeli letteww π
So amacam dengan preparation Raya korang? Dah ready for raya?
Aku tak. HAHHAHA. Even baju raya untuk 1st day pun belum hantar and siap lagi. Hehehe Power bukan? Oh tapi dah ada empat (4) jenis kuih raya. Mostly our favourites.
Memandangkan kita kembali PKP so aktiviti merentas daerah mahupun negeri tidak dibenarkan. Obviously kita semua macam marahkan? Raya setahun sekali tapi tak boleh balik kampung.
Alhamdulillah aku and parents satu daerah, so we gonna raya at my parents while FANS, ini tahun pertama dia celebrate raya without his parents, paling sedih, his siblings actually duduk dekat je dengan kiteorang. Tapi disebabkan berlainan daerah, dorang tak dapat beraya bersama.
Semoga ada sinar kegembiran selepas beberapa hari raya ya. Amin. Mudah-mudahan π
April 13, 2021
Ramadhan yang Berbeza
March 29, 2021
Ma's 50th Birthday!
Assalamualaikum.
Happy 50th Birthday Ma!
Semoga Ma diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa dirahmati olehNya.
Enjoy the Red Velvet cake ππ
March 15, 2021
Al-Fatihah buat Ibu ❤️
Kalau Ibu masih ada disini, bersama kita, harini Ibu genap umur 52 tahun π
Haaa.. rindunya kakak dekat Ibu. Rindu yang tak terperi ❤️
Alhamdulillah, dapat "temukan" Ibu dengan the only menantu lelaki Sabtu lepas.
Selamat Ulangtahun, Ibu. Semoga Ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tenang di alam sana. Amin π
Al-Fatihah buat Arwah Noor Aidah Binti Jamaludin
15/03/1969 - 12/07/2005
March 3, 2021
Story Telling
Assalamualaikum.
"Waalaikumusalam ..." - gitu balasan salam tu.
Dari tadi aku scroll Youtube tapi sampai sekarang tak tau nak tengok apa. Nak tengok video Ain Edruce, hmm dah tengok. So gais, video apa yang aku patut tengok kat Youtube ni?!
Oh yes, Selangor KL dah boleh rentas daerah gaissss! Jadi. bergembiralah semua orang. Yahooooo! heheh
February 24, 2021
supriseyourlovebywalawey
Assalamualaikum.
Gais, aku ada jumpa satu surprise delivery yang super berbaloi and paling penting, dia boleh buat mengikut budget korang! WOW!
Korang nak dia buat lain dari kebiasaannya pun dia takda hal. Bagilah idea apa pun, dia boleh buat yang paling power untuk korang. WOW lagi!
Aku pernah guna service dia, eventho last minute, dia ok, dia terima weh! WOW WOW WOW!
Yes, for Adik's 12 Birthday! Aku request around 12pm, sampai petang tu. Alhamdulillah penyelamat aku masa tu. Cuma bagitau berapa budget, apa yang penerima suka, dia akan cuba untuk carikan.
Bukanlah flower / chocolate bouquet je yang dia boleh buat, tapi korang nak buat hamper pun dia onzzzz! Nak bagi biskut dalam tin ke, air kotak pun dia takda hal. Korang just bagitau idea and budget sahaja. Semuanya bisa diatur.
February 23, 2021
February's Hot News π₯
Assalamualaikum.
It's been a month. Phew. Life changes. Does it hurt? Yes. definitely π©
---
2 jam lagi sebelum pulang ke rumah. Haa bestnyaaaa rumah. Bestnyaa bila dapat baring. Bestnyaa bila masuk dapur, bukak tudung saji ... Oh berat dah bertambah uolls. Mana taknya, dalam seminggu adalah beberapa hari ada supper ye. Tapi jaranglah aku makan berat, selalunya makan cereal je.
Oh, during CNY, we managed untuk staycation! Wehoooo. Dapatlah cuti 3h2m dekat Bangi. Hahahaha nampak macam jauh tapi tidak ye. Bangi je pun. Sebelah tempat aku nikah and sekolah adik. Hehehe.
Selain my family and bestfriend, in future, akan ada nama-nama baru dalam blog. OMG tak sabar nak include mereka dalam cerita-cerita seorang Faizah.
Welcoming on board;
Mama, Ayah, Kaklong, AbgF, Nuha, Mika, Syaz, Erin, Abu.
dan memandangkan kita masih didalam bulan Februari, Happy Belated Birthday Ayah & Nuha. Semoga semuanya sihat sejahtera dimusim covid ini.
Stay safe everyone π
January 23, 2021
FANS turning 30 πΉ
220121 - HAPPY BIRTHDAY MY FOREVER PARTNER IN CRIME π
Took halfday semalam sebab kena pergi hospital then planned nak jalan-jalan IOI tapi sebab memasing cuak takut ada roadblock, so kita cancel. Birthday boy belanja Root Beer A&W dan lepak je dalam kereta dekat hospital. HAHAHAHA.
Birthday boy nak tengok ML so kita layankan sebab dia dah teman kita pergi hospital kan.
January 21, 2021
From Stranger To Husband For Life π°π€΅π
Assalamualaikum.
Gitu tajuk tak menahan. Basically aku takda nak cerita secara details pun sebab aku malas nak edit gambar satu persatu. Itu pun aku berfikir nak letak gambar masa malam berinai and nikah ke tak sebab aku rasa selebet gila. Hahahaha.