Assalamualaikum.
While watching Red Notice / Central Intelligence, rasa macam nak update blog FANS last minute interview di Johor. Yang menariknya trip kali ini, kiteorang decided untuk naik flight instead of longggg driving. OMG, our first flight together. Hehehe
Sebelum start our journey, macam biasa, kita buat saliva test dulu. Benda ni dah jadi aktiviti wajib setiap kali nak balik Tekali, Johor, office atau mana-manalah yang ada ramai orang. Remember guys, sayangilah diri anda :)
Around 12pm sampai rumah Kaklong sebab nak tumpang park kereta. Sepertimana yang semua orang tau, park dekat airport adalah mahal namati ye. HAHAHA. Anw thank you Kaklong and AbgF sebab hantarkan ke airport. Walaupun pada asalnya kiteorang dah booked grab, lahhhhhhhh kena marah dengan kaklong π
hehehe
Beginilah keadaan didalam airport ye, in case korang lupa. Hehehe gurau! Disini lah bermulanya cerita yang paling seram dalam sejarah aku naik kapal terbang (walaupun baru dua kali naik kapal). Kiteorang hampir tertinggal flight ye. OMG nervous dia jangan cakaplah weh. Barcode tak boleh detected. Fuhh, staff suruh queue untuk re-print ticket and sampailah dekat FIDS tu keluar BOARDING dekat flight kiteorang. Masa tu FANS dah tak tentu arah. Dia pergi balik dekat staff and bincang. Ended up, kiteorang berjaya untuk re-print ticket tu.
Lepas je re-print, kiteorang terus check in dan bermulalah explore race seorang Faizah dan FANS ke gate J8. Lari sampai tak cecah lantai weh. Sekali sampai J8, haa korang tengoklah gambar atas ni, semua tengah relax, chill sambil main phone dan berborak. Jadi, apa function kiteorang menggelabah kat atas tu? Penat dia jangan cakap, semput weh! Geram tapi dalam masa yang sama, bersyukur sebab kiteorang finally dapat boarding. Alhamdulillah.
My precious view π
Alhamdulillah selamat sampai dengan penuh bergaya π
Welcome to Senai/Kulai.
Thank you Mama Ayah pickup kiteorang walaupun Mama Ayah busy dengan budak sekolah. Aktiviti hari pertama di Kulai adalah tiada. Hahaha memang melepak dekat rumah je, berborak pasal baju raya and stuff dengan Mama Ayah while FANS study lah apa lagi. Member nak interview kan. Rasa pelik bethoooool bila ada interview on Sunday.
Sunday time!
Sebab kat rumah takda orang, aku ikut FANS pergi interview. Plan asal while FANS interview aku nak jadi tourist lah. Jalan-jalan sekitar situ, so ni first gambar aku ambil lepas keluar dari parking kereta. Memandangkan perut aku sakit, aku masuk Galleria. Weh kedai dalam tu, tak bukak lagi weh. HAHAHAH. Oh kecuali UTC je bukak. Orang beratur panjang yeeeee. Around 10am, aku dapat whatsapp, FANS dah setel interview. Fuhh cepat gila. Tak sempat nak jadi tourist. HAHAHHA.
On the way balik, FANS bawak jalan-jalan. Lalu Stulang, teringat memori pernah datang sini tahun 2017 SEBELUM kenal FANS lah of cos. Then seberang tu kan dah Singapore, terus tagged Erin kat sana. Hehehe. Pelik betul lah rasa, balik Kulai, Erin takdaaaa ..
Hari Ahad yang panas dan mendebarkan. Hehehe
Isnin ...
Ready to take off > KLIA2 |
Took Grab dan boarding untuk balik KL. Alhamdulillah sampai KLIA2 jam 12.20pm dengan selamat dan kelaparan. Muehehehe. Lunch dengan Kaklong and AbgF dekat foodcourt sebelum pulang ke rumah.
Maka berakhirlah sudah our weekend di Johor/Kulai. Perasaan happy sebab finally dapat lagi naik flight selepas experience aku yang pertama tahun 2018 ke Vietnam.
Jadi, next kemana? HAHAHAHA
Semoga takda lagi PKP etc semua tu, so kite semua boleh terbang jalan-jalan.
p/s: lama tak typing panjang camni π
No comments:
Post a Comment