Assalamualaikum.
Sebenarnya kan, kalau korang jenis refresh blog ni sampai lebam, korang mungkin TERperasan yang bahawasanya pada hari Isnin, ada satu entri. Tapi tiba-tiba hilang. Kan? Grrrr jangan tanya aku sebab aku pun tak tau macamana boleh terjadi. Aku lagi terkejut sebab tiba-tiba ada draft. Sudahlah draft, isi-isi kandungan serta penghargaan pun hilang. Apa blog ni ada jin ke? Weh blah kau jin sebelum aku lipat dan buang kau! Aku dah lama tak usik kau dalam almari tu, kau jangan buat hal. Bagi aku kurus dulu.
Eh macam melalut. Jin dengan jeans mana sama? hmmm *garu dagu*
Tapi tu lah, pendahuluan aku selalunya merepek sikit. Ini kalau masa sekolah tulis pendahuluan macam ni, mesti cikgu aku bangga dengan aku sebab pendahuluan je dah lebih tiga baris. Belum masuk isi lagi; banyak nak kena reject. HAHAHAHAH.
Jadi sebab aku tak rajin nak tulis sedetail Isnin lepas, just cut the story, aku tersadai hampir satu jam dekat highway depan Aeon Cheras Selatan. Dan nasib baik dengan Zikri. Kalau aku sorang, mati kutu beb! Aku telah diselamatkan oleh adik kedua aku yakni Achik selepas setengah jam LEBIH menunggu. Aku redha dan pasghah tapi sebab panas, Achik kenalah terima bebelan dari aku. HAHAHAHHAAA dah lah cuaca macam mendung tapi panas tak berapa nak lit. Bayangkanlah sendiri.
Ya ya aku redha lagi sekali tapi bila tengok staf bengkel tu, terus rasa sejuk hati, mata dan segala-galanya. HAHAHAHHAAAHA
Kau pahal doh pejah?!
Takdalah. Staff dia telah membuatkan hati aku berkocak sebab cakap macam !@#$% Kejap kata esok baru boleh repair, kejap kata saya tengok dulu, eh tau-tau dah siap. Eeee takpa redha lagi. HAHAHAHHA
Hmm dah lah.
Eh gais, next entri, Sabtu jam 11 pagi. Hanya di blog ini. Wakakakkaka
p/s: lunch buddy last day! T_T
Hmm dah lah.
Eh gais, next entri, Sabtu jam 11 pagi. Hanya di blog ini. Wakakakkaka
p/s: lunch buddy last day! T_T