December 31, 2021

Good Bye, 2021. Hello 2022 🌸

  

 
2020 & 2021 has been tough year for all of us kan?
 
Assalamualaikum.
 
Soalan basic, adakah impian dan azam korang tercapai tahun ni? Share with me!
 
Untuk aku, ada yang tercapai dan ada yang tak. Rasanya yang tak tu, korang sendiri boleh tahu apa kan? HAHAHAHA. Ya ya, mision nak kurus tu. Entahlah eh, bila nak sedar diri pun tak tau lagi. Hahahaha. 
 
Jadi, jom recap apa yang terjadi dekat aku sepanjang tahun ni. Lets!
 
Januari
 
 
Setelah 2 tahun 24 hari, alhamdulillah selamat menjadi seorang isteri yang awesome untuk seorang FANS. HEHEHEHE. Outfit yang kiteorang pakai masa sanding ni lah paling menguji kesabaran. HAHAHAHA. Kalau ikutkan warna asal adalah baby blue tapi tu lah, kalau tailor ikut tekak dia je alter, tak boleh jugakkan? Sampai aku tak tahan, nangis depan ma baba. Frust nya tu sampai tak terluah. We ended up sewa dengan bridal lain untuk baju. Alhamdulillah went smooth and ikut size kiteorang yang unik ni 😎
 
Oh Happy 12th Birthday, Adik. Paling drama dihari kejadian sebab birthday and nikah on the same date. HAHAHAHHA.

Februari
Since kiteorang takda honeymoon, so we decided untuk staycation je kat Bangi. Saja nak menghabiskan sisa cuti yang memang sikit tu. HAHAHAHA

Mac
Happy 52nd Birthday, Ibu!
Happy 50th Birthday, Ma!

April
Our first puasa together and just two of us :)

May
 
 
 
Jun
Happy 30th Birthday to me and I'm vaccinated!
 
July
 Happy 57th Birthday, Baba!
Happy 21st Birthday, Zikri!
 
Dan disebabkan kena quarantine masa ni, terpaksalah beraya haji berdua je dekat rumah. Gigih belajar buat rendang daging. Fuhh sedap siot! HAHAHAHA
 
Ogos
Happy 29th Birthday, Achik!
Fully Vaccinated and food hunting. Kenyang gue malam tu.
 
September
Semua orang dah start bercakap "eh gemuk sekarang?!"
and welcoming on board, Zahirah and new cousin!
 
Dikala gembira, ada kedukaannya. Tengah happy-happy cousin aku nak majlis on 09/09, nenek pergi meninggalkan kami semua on 08/09. Innalillahiwainnailaihirojiun buat arwah nenekku, Hajah Siti Mariam Binti Wagio. Rindu nenek 😭
 
Oktober
Back and forth KUL-JHB untuk urusan paduka baginda FANS. 
Welcoming on board, Akhim and again, new cousin!

November
Our first flight together 😊

December
Banjir teruk sekitar lembah klang dan diikuti dengan negeri-negeri sekitar.
Langat banjir teruk gais. Sampai sekarang pun masih ada baki-baki banjir sepanjang jalan Hulu Langat ni. Berdebu jangan cakap. Semoga semuanya kembali seperti sedia kala. Insyaallah

 
Source: Twitter
 
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Take care & Stay safe, everyone ❤


Thank you for the great and awesome memories.
2021, you will be remember as part of my wedding year jelah 😛
lain takda ye cos we duduk rumah je separuh tahun ni. Boring tau tak.

Other than that, semoga tahun 2022 membawa sinar kebahagian, rezeki yang bertambah-tambah, melimpah ruah dan sihat-sihat hendaknya. Amin.

December 21, 2021

Banjir Teruk!

Assalamualaikum.

Seperti yang semua orang maklum, negera kita dilanda bencana yang bagi aku sangat teruk untuk kali ini. Dimulai dengan hujan lebat pada petang Jumaat dan Sabtu, disudahi dengan banjir teruk lewat petang Sabtu. Walaupun Sabtu tu hujan on off, kejap lebat, kejap berhenti dan akhirnya membawa ke banjir yang tenggelamkan banyak kawasan sekitar KL/Selangor terutamanya.

Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Masjid Jamek dan sekitar, jangan cakaplah ...

Kalau sebelum ni Hulu Langat pernah experienced banjir, tapi kali ni 2x atau 3x atau mungkin lebih dasyat than the previous one. Habis semua. Kawasan dalam macam Dusun Tua, Sg Lui terus takda coverage. Jalan pecah. Ya Allah. Kesian.

Dekat Nanding, Sg Serai pun sama. Banjir naik sampai atap rumah. Petronas separuh tenggelam. Kegilaan apakah itu? Masyaallah. 

Alhamdulillah getting better. Banjir dikawasan depan Hulu Langat dah surut. Tapi tidak pasti kawasan dalam seperti Dusun Tua, Sg Lui dan lain-lain. Rasanya dah surut jugak tapi yang pasti masih tiada coverage, api dan air dikawasan tu. Allahu.

Aku dah masuk kerja dari Isnin (semalam), bila otw nak pergi office tu, tengok kiri dan kanan jalan, masyaallah menggerunkan. Macam orang katalah, "macam kena Tsunami langat ni..". Betul weh. Teruk sangat. Bila pagi jalan tu dah kering, kalau ada basah pun, tak semua kawasan. 

Tapi bila aku balik rumah semalam (aku duduk luar langat sekarang, family je masih di Langat), jalan jem teruk dengan NGO's, Bomba, Bernama, Volunteer .. kiri dan kanan penuh dengan kereta, lori, 4x4 semua lah. Dan jalan pun dari kering jadi basah teruk. Berlecak. 

Yang bawak motor pun kena berhati-hati bila lalu kawasan berlecak, berlumpur tu. Bahaya sangat-sangat.

Itu baru kat Hulu Langat. Tempat lain aku tak sure sebab tak ada dekat situ kan.

Kalau kawasan rumah aku pulak, banjir dekat jalan masuk dan mengakibatkan jalan raya tu pecah je. Lain-lain, aku tak sure sebab aku tak tengok pun. Jalan rosak pun aku tau dari FB and aku lalu jalan tu hari-hari.

Other than that, take care and stay safe guys!