November 29, 2013

Ini Farah Hanim

Assalamualaikum.

Hari Jumaat baru terkedek-kedek nak sign in blog bagai. Bukan ada benda nak cerita pun. Sebab aku memang takda mood nak cerita. Tak tau nak cerita apa-apa walaupun otak aku dah bekerja keras untuk ingat semua memori yang berlaku sepanjang minggu ni. Yang Isnin tu aku update pun sebab tunggu nak masuk bilik exam. Gila kau, aku punya cuak macam tahap nak amik SPM. Masa SPM pun aku tak cuak macam tu! Hhahaha.

Dalam phone aku bersepah gambar sepanjang minggu. Dan aku kena tiap-tiap hari bukak sebab nak ingat apa yang berlaku pada gambar tu supaya senang aku nak cerita balik kat korang. Tapi ada aku update? Nan adooo! Maap lerr. Ai terlau sibuk dengan lelaki kacak sejak dua minggu lalu. Hahaha. Tak payah nak curious sangat siapa lelaki kacak tu. Lalallaa. Yang penting Oppaa memang kacak. Eh? Hahha. (merepek adalah aku, aku adalah merepek)

So tadi tengok insta Farah, tergelak baca caption dia dan tergelak bila tengok gambar tu sendiri. Kalau gambar orang, takda ah aku nak gelak sakan tapi ni gambar aku. So harus aku gelak. Hahha!
 

See, aku memang suka merepek. Dan Farah jenis melayan. Bagus! Satu team yang hebat. Memang hari-hari aku whatsapp dia. Sebab? Entah. Aku pun tak tau. Pernah gaduh, hmm bukan gaduh apa pun. Tapi gaduh manja gitu. Pastu okay dah. Dia ni taiko Jelebu oi. Korang yang jumpa dia, better berhati-hati, Dia gerun! Hhahahaha! Kau bagi dia Kinder Bueno sepeket, dia okay dah. hahaha (mati aku kalau poms ni baca)

Harini dengar cerita best dari dia. Harap-harap betullah. Hehe. 

November 25, 2013

Wish me luck!

Assalamualaikum.

I'm having my exam today. Hopefully everything going smoothly, Insyaallah. Pray for me, guys! Wish me luck :) take care.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

November 21, 2013

Bermulanya cuti sekolah

Assalamualaikum.

Bermulalah cuti sekolah. Wah wah wahh bergembira riang adik-adik yang sekolah tu. Adik aku yang bongsu pun bergembira jugak. Dia paling suka cuti sekolah. Hhaha. Tapi dia cuti-cuti pun, ma hantar dia pergi tuition jugak. Adik aku berumur 4 tahun. Sekian.

Aku memang suka cerita benda dah basi. Hehhe. Nak buat macamana, mood malas aku semakin berleluasa sekarang. Ni nak update pun aku fikir dari semalam. Hhaha. Padahal gambar dan separuh text aku dah siap since minggu lepas tapi aku malas nak karang. Jadi harini aku gigih jugak karang. Hhehehe.

Ni pun aku rasa macam tak sihat. Aku tak tau kenapa dari semalam aku rasa macam ni. Ni lagi lah, tetiba aku rasa sejuk semacam sampai kepala tetiba pitam, rasa mengantuk (walhal aku tidur awal semalam) dan jari serta anggota badan aku mengigil. Apa kehal kau badan?! Stress ah macam ni. Nasib takda kerja sangat.

So Sabtu lepas, makan malam dekat port favourite. Hahha mana lagi kalau buka food court Mydin Usj. Semua makan set ikan/ayam goreng bagai tulah. Adik je mee sup. Memang menu dia takda lain. Pergi mana-mana memang dia makan mee sup je. Favourite katanya. Takpe, kenyang. Makan tempat favourite pulak. Heewhewheww


Ahad pagi hantar Zikri dekat sini. Ma register dia kat situ sempena cuti sekolah ni. So duduklah dia kat situ sebulan. Yelah dari dia duduk rumah takda buat apa-apa kan, at least dekat sini dia dapatlah tambah ilmu sikit. Insyaallah mudah-mudahan :)


Balik dari hantar Zikri, singgah lah Congkak. Bukan nak mandi manda ke apa, jadah apa tengahari terik pegi mandi sungai? Pergi sana saja jalan-jalan, beli goreng pisang panas sampai boleh buat mulut melecur semua. Hahha itu tipuu sangat! Ma beli cendawan apa entah. Yang halus kecik-kecik tu, then tarus balik rumah. 

Dah sampai, rilex kejap, pastu lepas Zohor, balik Sepang pulak. Weehoooo sepupu baba kawinkan anak. Makan ayam merahhh. Ahhh excited ni. Sampai kenduri, tengok ada ayam merah, memang terus terkam. Tapi nasi sikit sangat ambik. Kengkonon tu nasi untuk adik tapi dia taknak makan pulak. 

Overall (macam juri AF dah) makan semua best. Meriah memang meriah, anak sulunglah katakan. So meriah lah. Boleh pulak family aku pakai sama tema pengantin. Biru turqoise. Cantik oii. Hhehe matilah puji diri sendiri.

Okay aku takda benda nak cerita dah memandangkan jari aku gigil teruk ni. Agak-agak tak tahan, ada aku amik halfday ni kang. Sumpah shacking teruk ni. Aku duduk pun rasa kena goyang-goyang. Hailaaa nasib badan.

Kbai.

November 20, 2013

Ia sangat menyeksakan !

Assalamualaikum.

Sedang aku membuat kerja sambil membaca travelog SUPERMENGMALAYA , aku sesajalah scroll Twitter. Hmm ada twithandle Yummy! , okay terus click. Masyaallah semua gambar makanan. Meh aku tunjuk sikit ...






 





Amacam terliur tak? Aku yang tengok ni pun dah terliur, apa tah lagi korang. Hahha. Aku memang teringin Chicken Wrap tu. Kat McD ada lagi rasanya? Tapi sampai sekarang aku tak berkesempatan nak makan. Bz sangat aku ni. hehhe. Teringin Y___Y

Kat office sejuk dan aku telah menyiksa perut / tekak / mata aku dengan gambar-gambar makanan yang vavavooooooom ni. Ahhhh keji sungguh. Kesian perut / tekak / mata aku terseksa. Hahhaa.

Yang ada kat atas meja ni biskut mini ala-ala cap Hup Seng tu, dengan dua ketul coklat pemberian officemate. Marilah kita bersyukur T_____T

Kbai.

November 19, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Final)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

Ahad lepas adalah minggu penentuan dimana siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA sekaligus membawa pulang hadiah bernilai lebih dari RM200 ribu. Well semua orang dah tau siapa juaranya bukan? Okay it's my turn untuk bagi pendapat. Pendapat kali ini tidak hanya fokus pada Aisyah seorang. Sebab final kan, so kita kumpulkan semua.


Persembahan pembukaan dimulakan dengan pancaragam oleh KL Drum Line dan diikuti dengan bekas pelajar yang sudah tersingkir. Persembahan bertenaga oleh mereka dan 


memperkenalkan barisan finalis #AF2013

Azhael | Nabila | Faizul | Aisyah | Indah | Amira


Lagu 1 : Penglipur Lara [Hazama]
Lagu 2 : Hentian Terakhir [Azhael]
Kedudukan : Naib Juara + Anugerah AFBUZZ

Secara keseluruhan, Azhael telah buat satu persembahan yang cukup happening dan sangat bertenaga. Lebih suka persembahan Penglipur Lara. Peminat AF2013 menjangkakan bahawa Azhael akan mendapat gelaran Juara pada malam itu tetapi bukan rezeki barangkali, Azhael cuma mendapat Naib Juara.


Lagu 1 : Terlalu Istimewa [Adibah Nor]
Lagu 2 : Sesaat Untukku [Amira]
Kedudukan : Tempat ke3

Secara keseluruhan, lagu baru Amira which is Sesaat Untukku memang sedap didengar dan memang kena dengan tone suara Amira. Tahniah Feroz Nazri. Walaupun Amira membuat persembahan yang menarik dan bersemangat, tetapi baju-baju yang dipakai oleh Amira mendapat perhatian oleh semua orang. Jika lihat di Twitter, semua orang membincangkan perihal baju yang digayakan oleh Amira berbanding suara mahupun lagunya. Sarat sangat kot? Hmm.. 


Lagu 1 : Seandainya Masih Ada Cinta [Dayang Nurfaizah]
Lagu 2 : Katakan Saja [Nabila]
Kedudukan : Tempat ke5

Secara keseluruhan, Nabila telah membuat satu persembahan yang sangat hebat pada malam itu. Kira dia all out malam final lah. Malam tu baru semua orang dapat dengar suara Nabila yang sangat sedap dan tiada lagi suara 'chipmunks'. Tahniah!


Lagu 1 : Jagalah Diri [Jaclyn Victor]
Lagu 2 : Percayalah [Indah]
Kedudukan : Tempat ke4

Secara keseluruhan, lndah memang buat semua orang terpegun dengan suaranya yang wow! Persembahan dengan lagu Jagalah Diri adalah terbaik dari semua lagu yang pernah Indah perform sepanjang #AF2013 . Itu hanyalah pendapat saya. 


Lagu 1 : Hanyut [Faizal Tahir]
Lagu 2 : Sepasang Sayap [Faizul]
Kedudukan : Juara

Secara keseluruhan, lagu baru Faizul antara favourite saya untuk #AF2013 ! Lagu yang sangat rilex dan bersahaja walaupun semua orang cerita tentang 'pari-pari' yang berterbangan dibelakang Faizul. Persembahan Hanyut jugak sangat bertenaga dan tahinah Faizul diatas kemenangan anda!


Lagu 1 : Lebih Indah [Dato Siti Nurhaliza]
Lagu 2 : Mimpi [Aisyah]
Kedudukan : Tempat ke6

Secara keseluruhan, Aisyah telah membuat satu persembahan yang cukup cukup bertenaga dan sangat cantik. Dimulakan dengan persembahan lagu baru, Mimpi, Aisyah membawa kita berkhayal dengan suaranya yang unik. Mimpi berjaya menawan hati orang-orang seni diluar sana. Tahniah Faizal Tahir, Tahniah Omar K diatas lagu Mimpi yang superdupper bombastik ni. 


Dikejutkan dengan kehadiran pelakon Adi Putra diakhir persembahan Mimpi.


Persembahan terakhir oleh Aisyah dengan Lebih Indah. Di Twitter kecoh dengan baju Aisyah, yang dikatakan koyak disebelah bawah tangan. Jawab Aisyah;




Anyway, tahniah kepada Faizul kerana menjadi Juara AF2013. 

Kepada semua Bintang #AF2013,
Tahniah dari saya. Selamat Datang kedunia hiburan tanah air. Menang kalah adat pertandingan. Teruskan berusaha untuk menjadi lebih baik. Kekalkan diri anda yang sekarang dan mohon jangan lupa diri. Sentiasa ingat siapa diri kita sebelum menjadi seperti sekarang. Good Luck guysss!


Acara penutupan oleh Dato Siti Nurhaliza.


Sekian sahaja.
Jumpa lagi jika ada AF2014 lepas ni. HEHhe.
Terima kasih kerana sudi baca.
Assalamualaikum.


Baca ni.


Gambar dari FB #AF2013

November 13, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week9)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *
AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

Bagi minggu penentuan / minggu separuh akhir / minggu ke9, pelajar-pelajar #AF2013 diberikan tugasan membawa dua lagu. Salah satu dari lagu tersebut ber genre ROCK.

Carta peratusan pada awal konsert menunjukkan yang Nabila mengungguli carta manakala Aisyah ditangga terakhir. Carta peratusan berubah dari semasa ke semasa. Memang kalau kita tengok dekat twitter, semua gerak gempur undi nak calon fav masuk final. Cuak memasing. Hhaha!

Dah nama pun sticky post untuk Aisyah, jadi haruslah cerita pasal Aisyah kanss. Hhehe. Kalau ada watak lain, tu semua sampingan je. Hahha! Okaylah taknak merepek sangat. Idea pun takda nak tulis apa ni. Btw post sebelum ini dah update lagu baru Aisyah which is Mimpi by Faizal Tahir. Jadi anak didik FT sekarang. Wow!


Persembahan untuk pusingan pertama - Matahari.
Matahari pernah dinyanyikan oleh Rubisa AF7 
ketika konsert mingguan AF7 #FaktaAF


Respons yang baik oleh semua juri untuk persembahan Matahari. Walaupun ada yang kata baju Aisyah pakai tu macam baju tidur (Yana cakap) tapi baju tu langsung tak dikritik oleh juri. Hhahaa. Bak kata Edry 
Aisyah ada identiti pada suara. Kita boleh tau ni lagu Aisyah.
Bak kata Sharifah Amani pula 
 Vote for QUALITY !

Persembahan untuk pusingan kedua - Suci Dalam Debu


Saleem membuat kejutan dipertengahan persembahan Aisyah. Hmm rasanya untuk lagu Rock, semua pelajar mendapat kejutan dari legend. Persembahan yang sangat wow oleh Aisyah. Rata-rata tidak percaya bahawa Aisyah boleh menyanyikan lagu rock dengan baik. Everyone loves her performance! Aww sampai bergaduh manja atas pentas bila semua nak I Love You dengan Aisyah. Hahha!

Anw pada malam Ahad lepas, Aisyah sudah buat yang terbaik untuk #TeamEsah . Tahniah kerana dapat masuk ke peringkat akhir. Buatkan lebih bagus dari sebelum ni kerana minggu ke10, minggu yang dinantikan oleh Aisyah kan? So buat yang the best untuk semua orang terutamanya keluarga dan #TeamEsah . You've a good voice and insyaallah kalau ada rezeki, awak akan jadi juara ikut jejak langkah abang. I know you can do it ! Good luck dearest :)

## Undian AFMasuk dibuka pada hari Isnin dan berakhir semalam (Selasa). Tahniah kepada Azhael kerana layak ke finall.

Lagu Aisyah untuk minggu ke10 :)

Lebih Indah - Dato' Siti Nurhaliza
Mimpi - Aisyah Aziz

Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20 AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah #Aisyahaf2013


KONSERT MINGGUAN

Setiap Ahad - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

November 11, 2013

Mimpi - Aisyah AF2013

Enjoy !

Ceritakan pada ku 
Cerita yang terdahulu 
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku 

Ceritakan semua .. 
Cerita kita cipta bersama .. 
Kisah terindah pernah ku rasa .. 
Selama pernah jantung ku bernyawa .. 
Berdua .. 
Hanya kau dan aku .. 

Andai ini hanya mimpi .. 
Tinggalkan ku begini 
Biar terus ku lena .
Sampai kau tiba 
Andai ku hanya bermimpi 
Biar aku begini 
Sampai ketemu lagi 
Aku di sini .. ohh ..

Ceritakan pada ku ..
Ceritakan pada ku selalu .. 
Kisah yang tak mungkin pergi lalu .. 
Selama akan ku hidup dengan mu .. 
Bersama .. 
Mengharungi semua .. 

Andai ini hanya mimpi 
Tinggalkan ku begini .. 
Biar terus terlena .. 
Sampai kau tiba 

Bawa daku ke angkasa .. 
Memetik bulan bintang .. 
Bawaku terbang bersama .. 
Jangan kau lafazkan .. 
Jangan kau tinggalkan semua 

Biar saja begini .. ohh.. 
Biar terus ku lena .. 
Sampai kau tiba 

Andai ku hanya bermimpi .. 
Biar aku begini .. 
Sampai ketemu lagi .. 
Aku di sini 

Andai semuanya mimpi ..
Biar saja ku terus begini ..
Ku mahu terus kisah cinta kita ..
Terus sampai hujung masa ..

November 10, 2013

Selamat Pengantin Baru Fizo Omar & Mawar

Assalamualaikum. 



Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Fizo Omar telah sah menjadi suami kepada Mawar. Syukur alhamdulillah. Ni kengkonon live update lah WALAUPUN aku sebenarnya kat rumah je. Macam biasa tengok thru Nasi Lemak Kopi O.

Selamat Pengantin Baru kepada Fizo Omar dan Mawar. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga kalian kekal hingga akhir hayat. Amin ♥

November 9, 2013

Selamat Bertunang Fizo Omar dan Mawar

Assalamualaikum.

Pertama kali ni update live. Nak kata live sangat tu takla sebab aku tengok tru tv9 je tadi. Tapi aku dapat rasakan betapa meriah dan happynya pasangan ni. Hehe.

Anyway,

Selamat Bertunang dan Selamat Pengantin Baru in advance buat Fizo Omar dan pasangannya, Mawar Karim. Semoga kalian berdua kekal hingga akhir hayat. Amin.

November 7, 2013

Mood dah macam hujan

Assalamualaikum.

First of all, nak minta maaf sebab tak update blog. Bukan nya takda masa, ada tapi kerja banyak dan ai kan bz woman! Hehe. Lepas tu mood swing sangat minggu ni. Fikir nak cuti je. Alhamdulillah kerja pun semakin berkurangan. Bukan sebab ada orang take over (walaupun berharap begitu) tapi atas dasar tanggungjawab (kononnya) aku pun dah siapkan hampir semua. Kiranya aku dah siap sebelum dateline yang aku buatlah. Aku punya dateline minggu depan. Syukur siap walaupun siap separuh akibat orang yang incharge tak bagi logo la bagai. Takpe, sabar menanti :)

Bila cuaca dengan mood tak menentu, haa mulalah banyak nak menyinggah. Macam-macam sampai bosan, rimas dah. Tapi takpelah, hadapi dengan tenang. Kalau boleh dicabut hidung ni, dah cabut dah. Gatal kemain! Bila gatal dengan selsema dah menyinggah, ha datanglah pulak geng seirama. Batuk dengan sakit tekak. Hamboii berduet ye korang! Lepas tu, sakit kepala, sakit pinggang bagai. Ishh macam-macam Y__Y

So tadi ma masak ayam merah kesukaan semua orang. Sedap weh! Lepas tu dah tengok Jep Sepahtu dekat Karoot, okaylah its time to get some rest :) Esok pepagi nak pegi rumah opah. Pagi buta noks.

Good Night fellasss. Assalamualaikum. Bye!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

November 4, 2013

Wedding vs Reunion

Assalamualaikum.

Apabila semakin meningkat dewasa ni soalan paling kerap ditanya adalah tentang jodoh. Dan aku sendiri tak pasti bila aku punya turn? Yang pasti aku gembira sangat bila kawan aku dah bertemu jodoh. Alhamdulillah.

Jumaat lepas Zulaikha dah selamat menjadi isteri kepada Hashim, haa suami dia lah :) Yey alhamdulillah dah jadi isteri orang dah. Walaupun masa sekolah dulu aku takdalah rapat dengan dia tapi adalah jugak kadang-kadang pergi rumah dia, study sama semua tapi tak rapat macam geng pondok. Okay itu nanti aku cerita. Rasanya nak buat special entry untuk Geng Pondok. Tunggu kayss.

Sabtu hari persandingan. So dekat group whatsapp memang dah riuh beberapa hari sebelum majlis. Ha Teyka siap suruh pakai baju ikut warna pilihan dia. ahhaha tapi ditolak habis-habisan oleh geng pondok yang lain. Hhaha!

So hari Sabtu tu Teyka amik aku around 12 lebih. Walaupun lambat, takpe, aku dah biasa. Hahaha! Terus amik Pina dengan FizaJoe then pergi Alamanda cari hadiah untuk pengantin. Cari hadiah satu hal. Puas cari yang berkenan, ok dah jumpa dan dah bayar. Masa untuk wrap pulak. Okay yang ni memang buat aku menyirap. Kau bayangkan dah jam 1ptg, hadiah tu belum siap balut lagi. Aku apa lagi, dah kecoh kat whatsapp group, suruh Teyka amik alih. Last-last kawan akak tu amik alih, okay lepas siap, terus blah dan menuju ke P11.


Sampai sana dalam keadaan yang dahaga, lapar dan panas. Pastu kaki aku macam menggigil yang aku sendiri tak tau kenapa? Poyo betul nak gigil bagai. Jumpa mak bapak pengantin, bagi hadiah dan terus ada sesi jejak kasih dekat khemah tu. Hahha. Jumpa Geng Pondok setelah hampir 4 atau 5 tahun tak jumpa. Akulah yang dah lama benar tak jumpa dorang. Dorang ada je jumpa sesama sendiri. Biasalah aku kan bz womannn!!


Lepas tu baru nampak pengantin perempuan yakni kawan sekolah dan kawan 1 block masa duduk dekat 4A dulu. hehe. Zulaikha. Memang masa ni aku tak nampak pun suami dia. Aku nampak dia je tengah berpeleseran dengan bebudak sekolah aku. mihmihmihh.


Acara potong kek. Ok ni ada suami dia tapi aku tak dapat tengok jelas sebab masa ni aku tengah makan dan beborak dekat meja. Gambar pun orang yang amik. Nak harapkan aku? Hmm taklaa. Panas dan dahaga masa tu. Hhehe.



Aku tak sure gambar ni sebelum acara potong kek atau apa. Rasanya sebelum. Masa ni aku dah bising dahaga. Hahah! Gila kau dari pagi aku tak minum. Eh ada minum, seteguk air milo maksu je aku minum sikit. Masa ni memang kecoh. Semua gelakkan cara Ayna amik gambar, Perghh profesional betul :D hehe.



Memperkenalkan Geng Pondok secara officially! Hahhaa. Inilah ahli sebenar Geng Pondok. Terdiri daripada (dari kiri) Teyka, Aqilah, Hale, Zuraini, Me! dan Aziela. Korang jangan terperanjat bila tengok gambar bawah ni. Sama kan? Memang sama. Tapi nampak tak ada orang diantara aku dengan Aziela? Yes, ada Farahana disitu. Macamana dia boleh sesat, aku tak sure. So Zuraini amik pendekatan untuk edit gambar bawah ni dan menjadi gambar diatas. Perghh gigih! Terus jadi gambar group dekat whatsapp. Maaf ye Farahana. hehe







 

Last bergambar sebelum memasing membawa haluan. Heheh. Rasanya ada gambar dengan pengantin lelaki tapi bila tengok dekat fb Hale, takda. So abaikan jelah. Yang penting dengan Zulaikha ada. Hahah kejam gila! Berharap ada yang dapat jodoh cepat so boleh reunion lagi. Awww rindu dah 


Kepada Zulaikha Azlin & Pasangan (Hashim), 
Selamat menempuh alam yang baru (perkahwinan). Semoga kalian berdua kekal hingga akhir hayat (ayat sama macam dalam buku wish kat kenduri tu). Cepat-cepat dapat baby dan semoga berbahagia. Lastly, Selamat Pengantin Baru !



Terima kasih Ayna (yang bertudung, Hale's sis) kerana sudi ambil gambar kita-kita. Mekasih jugak sebab dapat ambil shot yang boleh buat kita semua mengimbau kembali memori ni suatu hari nanti. Ayna dah besar. Gigih aku puji Ayna lebih-lebih. Hahhaa. Okaylah terima kasih 'adik' :)

Okbai.

# Dah betulkan semua typo. So boleh baca tanpa gangguan :) ehhe