November 21, 2013

Bermulanya cuti sekolah

Assalamualaikum.

Bermulalah cuti sekolah. Wah wah wahh bergembira riang adik-adik yang sekolah tu. Adik aku yang bongsu pun bergembira jugak. Dia paling suka cuti sekolah. Hhaha. Tapi dia cuti-cuti pun, ma hantar dia pergi tuition jugak. Adik aku berumur 4 tahun. Sekian.

Aku memang suka cerita benda dah basi. Hehhe. Nak buat macamana, mood malas aku semakin berleluasa sekarang. Ni nak update pun aku fikir dari semalam. Hhaha. Padahal gambar dan separuh text aku dah siap since minggu lepas tapi aku malas nak karang. Jadi harini aku gigih jugak karang. Hhehehe.

Ni pun aku rasa macam tak sihat. Aku tak tau kenapa dari semalam aku rasa macam ni. Ni lagi lah, tetiba aku rasa sejuk semacam sampai kepala tetiba pitam, rasa mengantuk (walhal aku tidur awal semalam) dan jari serta anggota badan aku mengigil. Apa kehal kau badan?! Stress ah macam ni. Nasib takda kerja sangat.

So Sabtu lepas, makan malam dekat port favourite. Hahha mana lagi kalau buka food court Mydin Usj. Semua makan set ikan/ayam goreng bagai tulah. Adik je mee sup. Memang menu dia takda lain. Pergi mana-mana memang dia makan mee sup je. Favourite katanya. Takpe, kenyang. Makan tempat favourite pulak. Heewhewheww


Ahad pagi hantar Zikri dekat sini. Ma register dia kat situ sempena cuti sekolah ni. So duduklah dia kat situ sebulan. Yelah dari dia duduk rumah takda buat apa-apa kan, at least dekat sini dia dapatlah tambah ilmu sikit. Insyaallah mudah-mudahan :)


Balik dari hantar Zikri, singgah lah Congkak. Bukan nak mandi manda ke apa, jadah apa tengahari terik pegi mandi sungai? Pergi sana saja jalan-jalan, beli goreng pisang panas sampai boleh buat mulut melecur semua. Hahha itu tipuu sangat! Ma beli cendawan apa entah. Yang halus kecik-kecik tu, then tarus balik rumah. 

Dah sampai, rilex kejap, pastu lepas Zohor, balik Sepang pulak. Weehoooo sepupu baba kawinkan anak. Makan ayam merahhh. Ahhh excited ni. Sampai kenduri, tengok ada ayam merah, memang terus terkam. Tapi nasi sikit sangat ambik. Kengkonon tu nasi untuk adik tapi dia taknak makan pulak. 

Overall (macam juri AF dah) makan semua best. Meriah memang meriah, anak sulunglah katakan. So meriah lah. Boleh pulak family aku pakai sama tema pengantin. Biru turqoise. Cantik oii. Hhehe matilah puji diri sendiri.

Okay aku takda benda nak cerita dah memandangkan jari aku gigil teruk ni. Agak-agak tak tahan, ada aku amik halfday ni kang. Sumpah shacking teruk ni. Aku duduk pun rasa kena goyang-goyang. Hailaaa nasib badan.

Kbai.

No comments:

Post a Comment