Tak terlalu lambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan kepada semua yang baca blog ni. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berpuasa bersama keluarga. Kelainan tahun ni, semua orang boleh fokus beribadah dirumah. Yelah, nak keluar tak boleh kan? Bolehlah kita buat dan penuhkan apa-apa yang kita tak sempat during last ramadhan. Insyaallah. Antara harapan aku jugak tu.
Aktiviti aku setiap kali bulan ramadhan dalam blog ni adalah update menu juadah berbuka kan? tetapi tahun ni takda over sangat macam tahun-tahun lepas sebab aku takda rasa nak ambil gambar pun. hahaha. so aku update mana yang ada je.
Tepung Pelita. First attempt dari ma untuk ramadhan kali ni. Tak sabar nak rasa 😋
Oh btw, ni juadah untuk harini yakni puasa ke3.
Ayam Bakar Noxxa. Second attempt dan ia sangat sedap!
Juadah berbuka semalam (day 2) dan sahur ke3. Yums! 😋
Dan aktiviti sepanjang Covid-19 dan puasa ni selain dari masak-memasak, segala jenis permainan semua kita try. Hari kemas mini library Adik, lepas tu terjumpa Carrom board. Disebabkan dah bosan main UNO, marilah main. Ok, dah addicted. HAHAHAHA
dan harini kiteorang nak cari Saidina atau Jutaria pulak. Nak main online macam semua orang tak dapat main. So tak sabar nak jumpa Saidina/Jutaria untuk bermain bersama-sama.
Tapi kan, Jutaria ni macam pin tudung tau. Bila dah beli, tau-tau hilang entah kemana. Nasib Jutaria ni murah among other board games. Takpelah, tak ralat sangat kalau hilang tapi stress lah jugak. 😑
p/s: rasa nak letak semua fav board games dalam dulang hantaran je 😜