November 20, 2015

Bakar Bakar Steamboat Grill House, Bangi

Assalamualaikum.

Setelah berhari-hari, berminggu-minggu planned, akhirnya pergi jugak menjejakkan kaki dekat Bakar-Bakar Steamboat Grill House ni. Memula aku tengok dekat FB page dorang je. Okay menarik. Kena bawak seisi keluarga pegi ni since memasing suka makan kan. So yeah!

crdt pic: Google

Apa yang aku baca, nak datang sini, korang kena buat reservation dulu. Takut dah datang tapi takda meja. Baiklah, aku ikut pesanan korang. Aku call, and buat reservation dulu. Janji 5.30pm aku sampai. Aku sampai around 5.30pm dari Ampang.

Aku dah baca banyak review pasal tempat ni. Tempat solat, tempat makan, environment dia macamana, semua okay je. Sampai je sana, aku terus pergi bilik solat. Okay besar, luas. Kira selesalah. Cuma, kena letak cermin satu kot. Biasalah wanita kan. Ehcehh. Toilet pun takda cermin ni. Nanti letak okay :)

Okay, jom pi makan!



Ma up gambar ni dekat whatsapp. Terus aku cepat-cepat turun. Tak sabar uolls. Hahhaa.

Aku sampai, aku terus pergi tempat makanan. Okay macam-macam ada, standard tempat steamboat grill lah kan. Daging, ayam, seafood semua ada. Sayur, maggi, buah-buahan pun variasi jugak ni. Terus blank tak tau nak makan apa.

Aku amik daging paling banyak. Banyak-banyak tu, aku suka gilaaa daging yang diperap dengan blackpepper. Sedap gilaaa! Sampai aku tanya dekat staff situ, ada lagi tak since dalam mangkuk dah habis. Nasib baik ada weh NASIB BAIK! hahaha.

Aku ada tengok dekat FB page dorang, yang dorang ada sushi jugak. Tapi masa aku datang, ada satu jenis sushi je. Mungkin yang lain dah habis kot? Mungkinlah. Kalau masa korang datang ada pelbagai jenis, itu rezeki korang. Okay? :)



Happy family iolls.

Alhamdulillah dapat makan steamboat grill satu keluarga. Haa aku dah rasa macam nak beli je benda alah steamboat ni. Boleh buat dekat rumah. Tapi nak kena mintak green light dulu. Kang, tak pepasal takda guna, rugi!

--------------------------------------------

Bakar Bakar Steamboat Grill House ni ada dua cawangan. Satu dekat Uda, dan satu lagi dekat Bangi. So kalau korang call nak buat booking, mereka akan tanya. So jangan risau.

Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat : 2pm - 12am
Sabtu , Ahad & Public Holiday : 12.30pm - 12am

Ni alamat:

No 2, Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bangi, Selangor.
(dekat dengan Tutti Frutti)

Harga:

Dewasa : RM45
Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM20
6 tahun kebawah : PERCUMA

Untuk booking / pertanyaan, korang boleh hubungi :

Puan Suzana - 012 7105549

4 comments:

  1. Replies
    1. HAHAHHA haruslah. tunggu next entry. hari yang sama pulak tu -.-' beza masa je T_T

      Delete
  2. Replies
    1. alamak! yang tu tak pasti pulak. boleh try call no kat atas kot? sorry!

      Delete