October 30, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week7)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

Minggu ketujuh telah berakhir dengan penuh tawa dan sedih oleh bintang-bintang #AF2013 kali ni. Kenapa? Apa yang sedih? Alahaii, bila part elimination tu haruslah sedih. Sebab akan tersingkirlah seorang daripada mereka.

Untuk minggu ketujuh, dengan tema Duet, Dato' Siti Nurhaliza adalah inspirer mereka untuk 3 minggu ni. Untuk minggu yang pertama dibawah jagaan Dato' Siti, nampaknya ada kelainan dimana setiap pelajar menunjukkan sisi mereka yang kita sendiri tidak jangka yang mereka boleh buat sebegitu. 

Persembahan pembukaan dengan lagu inspirer Dato' Siti iaitu Destinasi Cinta telah membuatkan pentas menjadi sangat meriah dan happening. Tahniah. Oh lagu Destinasi Cinta pernah dipentaskan di konsert AF7 untuk minggu duet oleh Akim Ahmad dan Farah Anuar (AF2).


Aisyah Aziz membawa lagu Sembunyi (Misha Omar dan Andy Ploppy) berduet bersama Hafiz Suip, juara AF7. Sampai mic Hafiz terjatuhlah dari tangan. Tak tau sebab apa. Nak kata nervous, tak mungkin. Hhehe. Ok nervous mungkin?


Rata-rata semua orang suka persembahan Aisyah yang ini. Okay termasuklah tuan belog, ye aku lah. Lalala.Oh make up untuk Aisyah malam tu sangat cantik. I love her eyes so much! Cantik sangat!

** Harini 30 Oktober, Aisyah dan pelajar AF yang lain sedang menyiapkan MV untuk lagu mereka sendiri. Good luck from me to all of you. Oh Aisyah dapat lagu dari Faizal Tahir, 1st Inspirer for #AF2013 :)

** Konsert AF2013 akan bersiaran semula pada hari Sabtu. Harap maklum.

Lagu Aisyah untuk minggu kelapan :)

Price Tag - Jessie J

Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20 AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah #Aisyahaf2013


KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

October 29, 2013

Kerja Gila

Assalamualaikum

Sejak adik beli topeng Ironman ni, aku punya fikiran memang nak buat kerja gila je. Yelah macam pergi mall pakai topeng ni. Memanglah orang akan pandang, itu pasti tapi macam cool gila kalau dapat buat.

Aku teringin nak buat kerja gila macam tu. Macam Ahad lepas, pagi-pagi aku dah pergi car park dekat rumah aku tu pakai topeng Ironman ni. Lepas tu, berdiri dekat court badminton, amik gambar. Aku tak letak gambar tu dekat mana-mana lagi kecuali dekat dp bbm aku. Hahaha saja.
 

Tengok adik, dengan patung jagung dia pun, dipakainya topeng Ironman ni. Tapi aku suka. Macam hebat gilaaa. Hhehe. Ada jugak gambar dia dengan topeng ni, tapi lain entry aku up. 

Aku akan buat kerja gila ni lagi. Bila? Itu tak pasti. Tungguuu!

Kbai.

October 28, 2013

Lemang lembut buatan sigadis manis.

Assalamualaikum.

Selamat hari Isnin semua! Hehe. Nampak tak aku girang gembira harini? Haa korang mesti curious en? Alaaa tak payah nak geleng kepala atau buat muka 'eh mana ada'. Aku dah masak sangat dengan korang ni. Takpe, aku maafkan. Haa aku memang suka merepek melebih sangat. Biasalah Sabtu kena kerja en. Hmm

Ahad semalam aku tolong buat lemang. First time buat uolls. Ingat macam susah, rumit semua. Bila dah buat semalam, alahaii senang gilaa! Yang part tunggu masak je kena ada kesabaran sikit. Yelah duduk dekat asap en. Tapi aku takdalah jaga api semalam. Paksu yang jaga. Lepas siap segala, aku blah masuk rumah baca metro. Gilaa macam tuan besar aku -.-


Beras pulut ni dah siap basuh dan tos ye. Aku tak tanya pulak berapa kilo beras pakai untuk buat 22 batang lemang ni. Bukan terlupa tapi memang aku tak terfikir untuk tanya. Hhehe. Kalau korang nak buat, pandai-pandai korang lah nak agak okay? hehe
 

Ni aku saja nak tunjuk proses pembikinan buat lemang. Busu yang ingatkan suruh masuk dalam blog sebab aku tak teringat pun. Lagipun masa ni phone aku kat dalam rumah. Pastu aku kan tolong buat lemang ni, so memang takla aku nak bergambar bagai. Tapi demi korang yang gigih refresh blog ni, ku gagahi juaa. ehcehh pfftt!
 

So bila bahan semua dah siap, mula-mula kena potong daun pisang tu mengikut panjang buluh tu ye wahai rakan taulan semua. Bila dah potong mengikut saiz, bolehlah gulung untuk masukkan kedalam buluh tersebut. 
 

Bila daun pisang tu dah selamat dalam buluh, bolehlah masukkan berat pulut kedalam buluh lemang pulak. Masuk kena lemah lembut. Okay itu gurau. hahha. Masuk kenalah betul pada landasannya sebab kalau suduh kau lebar, memang beras pulut tu akan masuk lane lain. Korang faham tak? Macam terabur lah. Nanti beras pulut tu ada dekat balutan belakang la apalah, macam tak kemaslah. 



Bila semua dah siap, pegilah letak dekat tempat nak bakar tu dan tunggulah dikau sampai lemang tu masak dengan sempurna. Aku suka lemang yang lembut. Aku kalau lemang ada kerak yang ala-ala nak hangus ni, kurang sikit. Tak gemar lerr tapi aku ngap jugak kalau lapar. hehe. Buat masa ni, lemang dari rumah Opah adalah terbaik sebab lembut gilaa! So macam semalam punya lemang, lagilah lembut sebab aku yang buat :D hehe.


Korang tengok jelah gambar dekat atas tu. Maaflah bersepah sikit. Yelah dah tengahari pun. So lapar. Hahaha! Lemang tu panas berasap lagi masa tu, semua tak sabar nak 1st bite. Perghh lembut gilaaa lemang aku buat ni (lagi sekali puji diri sendiri) Lepas ni aku boleh bukak kelas ajar buat lemang. Hahhaha! Okay memain je, jangan take serious eh.

Sampai sekarang aku ingat step buat lemang. Teruja sampai pagi tadi aku sarapan lemang dengan rendang ayam kampung dekat rumah opah. Perghh masih lembut lemang aku buat tu. Hahahhaa korang dah biasa tengok aku puji diri sendiri kan? Heheh good!

Okbai.

October 26, 2013

Separuh hari terasa dunia ni aku punya!

Assalamualaikum.

Hahha jangan terkejut lagi eh pepagi ni nampak aku up entry. Ha jangan nak gelak sangat baca tajuk aku yang vavavoom poyo tu. Saja nak mempoyokan diri dihari Sabtu yang sejuk lagi mengantuk ni. Llalalaaaa. 

Saja nak up satu entry sebelum memulakan kerja. Ya aku kerja harini. Pertama kali you'alls! Excited tu takdalah tapi aku orang kedua jugaklah datang selepas manager Dept. Transport. Hahhaa!


Aku memang dah bajet aku akan lewat masuk harini sebab aku gerak dari rumah around 8.30 macam tu. So dah redha dah masa on the way nak ke office. Aleh-aleh boleh terawal 15mins pulak. Hahha. Contoh pekerja cemerlang :)

Memandangkan aku banyak kerja nak buat sebenarnya, jadi moleklah aku undurkan diri. Aku nak siap awal then boleh blah. Harini aku kerja sambil bayangkan McWrap. Serious aku mula bayangkan. Bestnyaaa kalau dapat McWrap sekarang. Hhehe.

Officemates baru masuk dan dorang terkejut aku dekat office. Good tak payah nak terkejut sangat ye wahai rakan sepejabat. Lalallalaaa

Okbai.

October 23, 2013

Aku dengan Batman bukan saudara :D

Assalamualaikum.



Gigih aku bawak balik semua artworks. Nak kejar dateline punya pasal. Penat ooo. Aku mengantuk gilaa sekarang ni. Bahu lenguh gilaa. Dapat urut, sedap ni. Heheh macam orang tua dah aku rasa =___='

Sekarang ni masa lunch untuk dept lain. Dept aku dah habis rehat dah tapi aku tengah ambil mood nak buat artworks ni. Heheh. Biasalah nak buat artworks ni kena ada mood yang betul, baru menjadi. Tak caya tanya Nora? EH? Aku kalau melalut memang macamni (merujuk gambar dibawah)

Batman pun sokong aku :D hahaa

Waktu aku belajar dulu, untuk amik mood ni senang je caranya. Aku akan buat lawatan ke cafe/koperasi untuk membeli belah dekat sana. Lepas tu, baru terhegeh-hegeh masuk studio sambung buat artworks semua. Hhaha. Baru animasi. Animasi sangat. Puihh! So memandangkan office aku takda cafe mahupun kedai runcit berdekatan, jadi laci aku memang kena ada stock makanan untuk aku. Tapi takdalah banyak sangat macam kat kedai tu. 


Ni je yang ada buat masa ni. Nutries tu paling lama dalam laci. hahaa

Kalau takda barang makan ni, otak aku boleh jem sekejap. Tak boleh jem lelama kang aku yang angin. Hahhaa! Aku takdalah melantak sekali harung semua ni dalam masa satu hari. Ikutlah. Kalau boleh tahan, aku tak makan. Aku syak sejak ada makanan-makanan ni, berat badan aku naik menggila okay. Aku pun tak tau macamana terjadi. Sebab hari-hari aku naik turun tangga, jalan kemain panjang dalam office. So takkan takda effect? I is hairann -.-'

Dah beribu kali aku ajak Achik pergi jogging. End up, non adooo aku jogging. Kadang-kadang aku rasa timbang tu rosak. Hahah! Semua aku nak salahkan :D Nasiblaa. Okay mood nak datang ni, esok kena hantar draf keybox. Petang ni ada tiga artworks nak kena submit. Ahhh mak stress nok !@#$%^&*

kbai.

AF2013 - Aisyah Aziz (Week6)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777


Minta maaflah sebab tak update untuk minggu lepas. Kekangan masa menyebabkan tak dapat update, dengan kesihatan yang tidak bagus tapi sekarang alhamdulillah dah sihat, syukur. So kita update terus cerita konsert keenam yakni Ahad lepas. Okay? Senang! Benda dah lepas usah dikenang gitu. hahhaa.

Minggu keenam, Aisyah membuat persembahan dengan lagu Ikut Rentakku oleh Jaclyn Victor. Walaupun mengalami kecederaan dibahagian kaki tapi dengan semangat, Aisyah berjaya membuat persembahan yang menarik semalam. Alhamdulillah syukur.



Aisyah ada juga mencuba untuk berdirii tapi tak lama. But it's okay. Ada effort dekat situ. Bangga dengan semangat Aisyah untuk minggu keenam ni. Dari persembahan solo hinggalah ke menuju puncak, semua dia turut serta. Congrats girl! 


Perkembangan lain, hmm tak tau lah kenapa dengan Suhada Ahad lepas. Aku rasa persembahan dia slow sangat. Macam boring. Sorry to saylah, aku tak suka persembahan Suhada semalam. Thanks Zizang sebab kutuk tv rumah ai ! Mung Kejam T__T. Overall yang lain, semua okay.

Dukacita dimaklumkan bahawasanya Irmisa diundi keluar. I'm sure ramai yang tak setuju dengan keluarnya Irmisa. But girls, don't worry. Rezeki ada dimana-mana, Insyaallah :) 

Lagu untuk minggu ketujuh (Minggu Duet) :)

Sembunyi Misha Omar ft Andy Flop Poppy

Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20 AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah #Aisyahaf2013


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Ahad - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

October 21, 2013

Majlis Tunang

Assalamualaikum.

Minta maaflah tak update apa-apa last week. Eh ke ada? Rasanya Sabtu je ada update kan? Ha itupun dah malam. Tengah layan perasaan lagi. Haha. Thanks Oppaaa, Farah, Pina sebab gigih melayan ai memalam tu. Hhehee :)


Sampai rumah maklang, takda masa aku jinjing beg tu aihh. Orang sibuk, simpan elok-elok dalam kereta sudah. Hehehe. Padahal segala macam harta karun ada dalam beg tu. Nampak tak yang aku ni pemalas nak pegang beg-beg ni sebenarnya. Hehhe.


Congrats sissyy !




Suka sangat dengan pelamin ni. Cantik dan ahhh suka laa!

Anw selamat sudah majlis pertunangan kak Atin dengan Abg Faiz semalam yakni Ahad. Ye semalam dehh. Meghiahh uolls. Lepas tu majlis paling sempoi dan cepat, pantas dan tangkas! Yelah, belum 11.30, majlis dah setel. Kira masa ni, semua dah dekat meja makan tengah menjamu selera. Cepat kan?



Lepas tu terus tolong kemas apa yang patut. Kiranya sebelum 4 petang, semua dah selesai. Rumah dah kemas, sampah dah bakar, ha pokoknya semua laa. Kiteorang boleh borak-borak sambil makan kek lagi. Best!

Selesai rumah maklang, terus pegi sekolah Zikri hantar lauk semua. Then balik. Haishh penat jugak walaupun keje aku masa tu cuma cucuk lidi marshmellow. Eh adalah tolong sesikit tapi tak macam Kakna. Kakna lagi penat rasanya. hehe.

kbai.

October 19, 2013

Terima kasih

Assalamualaikum.

Malam-malam macam ni, korang jangan expect aku nak cerita apa yang terjadi dekat aku sepanjang minggu ni. Aku masih lagi mood raya dan baru baik sakit. Syukur takde apa-apa yang teruk. Doktor pun cakap okay cuma aku kena makan ubat yang superdupper banyak. Okay mekasih doc. Hmm

Mood malam ni tengah swing. Aku tak tau kenapa. Aku tak tau kenapa lagu dalam playlist aku malam ni semua nak bagi aku sedih. Dari lagu Aizat ke Akim ke Nsync ke Ainan Tasneem ke Anuar Zain .. Haishh. Nak delete, sayang. Jadah sayang lagu?

Anw thanks Oppa sebab sudi dengar merepek ai yang entah pape ni. I've tried, oppa :( ... Farah, Pina thanks eh sahabat!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 10, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week4)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

Konsert yang berlangsung secara langsung di Perkarangan Astro Gempak memang satu idea yang bernas. Walaupun aku tak pergi sana dan hanya mampu tengok live dekat tv tapi aku dapat rasakan yang crowd di JB sangat happening. Yelah selalu buat dalam auditorium, so kapasiti tempat terhad. Jadi feel pun lain.


Minggu keempat, Hanya Aku dari Hyper Act menjadi taruhan Aisyah untuk bersaing dalam Konsert Akademi Fantasia. Alhamdulillah dia berjaya bawak lagu dengan cara dia yang te tersendiri walaupun aku tetap rasa Iris lagi bagus. Dan buat pertama kalinya, Roslan Aziz suka dengan persembahan Aisyah. Syukur alhamdulillah. Akhirnya kan.

Drama dengan AF memang tak dapat dipisahkan. Seperti mana AF yang lain, AF2013 juga tidak terkecuali terbabit dalam 'drama' AF. Kali ni dibintangi oleh Aisyah, Suhada dan Aliff Aziz. Hmm bagi aku, AF tak patut gunakan mereka sebagai alternatif untuk mencari publisiti. Maksud aku, tak payah suruh Aliff mengamuk sakan dalam AF tu untuk tunjukkan dia sayang adik dia. Hmm memanglah dia abang dan ingin protect adik dia tapi bukan tu caranya.

Aku sebenarnya setuju dengan tindakan Aliff tu. Rilek eh. Bukan tindakan serang secara melulu tu, ha itu memang aku tak setuju. Tapi nasihat Aliff untuk Aisyah, itu aku suka. The way dia ingatkan Aisyah apa aim Aisyah untuk masuk AF. Yelah, aku tengok asyik memain je dorang ni. Kita (eh ke aku je?) yang tengok macam risau, takut dorang hilang fokus. Harap-harap taklaa. Sebab sayang kalau dorang hilang fokus. Beribu orang datang auditions weh. Kalau bebudak AF ni main-main, haii rugilahh.


Juri-juri mengatakan ada lagu yang sesuai dan tidak sesuai dengan pelajar/bintang ini tapi ini kan Akademi Fantasia, kenalah sahut cabaran! Walaupun ini sticky post untuk Aisyah tapi nak tahniah kepada Indah sebab dia berjaya untuk buat lagu Putih-Putih Melati tu sebagai lagu dia sendiri walaupun rata-rata mengatakan lagu tu tak patut dipertandingkan. Hehe.

Lagu untuk minggu kelima :)

Ada Apa Dengan Cinta - Melly Goeslaw

Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20 AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah #Aisyahaf2013


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Ahad - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

October 9, 2013

Mewarna Day

Assalamualaikum.

Ahad lepas pagi-pagi adik dah semangat pakai baju sukan sekolah dia sebab ada pertandingan mewarna untuk satu karnival ni. Aku sebenarnya tak tau karnival apa. Hahah yang aku harapkan ada makanan yang dijual haruslah banyak pilihan. See tak habis dengan makanan!

Kebetulan masa semua tengah on the way nak siap, baba baca surat sekolah, lah adik punya mewarna tu petang around 3pm macam tu. Haa adik pukul 7pagi dah siap okay! Dengan hati yang hampa, adik tukarlah baju dan moh ler kita gerak balik kampung sekejap. Hehehe.

Lepas pergi beli sarapan dekat Pasar Banting dan beli barang-barang ma, teruslah gerak balik Sepang. Ontheway balik tu ada excident yang tragis jugaklah dekat area situ. Keluar metro okay. Jem jangan cakaplah, rakyat Malaysia yang PRIHATIN ni nak tengok. Huh!

Sampai Sepang, okay nenek takda pergi kondangan. So ada atok, maksu's family, cik ijan's family je. Ha tetiba aiskrim datang, 'Moh ler adik-adik, pilih apa yang berkenan dihati dan tekak mu itu' hHaha, aku takdalah cakap macam tu dekat bebudak tu. Kang memasing garu kepala, aku yang susah. 


Aku makan ni je. 

------------------------------------------------------------------------------

Aku tak tau nak asingkan cerita pagi dengan petang, tu yang ada --- banyak kemain kat atas tu. Asal korang faham, kira okaylah tu :) Adik sampai je dekat karnival ni, terus daftar dan cari tempat. Aku sebenarnya malas nak cerita sangat sebab banyak gambar untuk ni. Akukan gigih amik gambar adik dari depan belakang. Aku malas nak kedepan sebab cikgu-cikgu ramai kat situ.


Teruja





Aku dah siap weh! (monolog adik didalam hati)
 

Final touch kengkonon :D
 

Kau tengok! Ada mamat yang jaga situ kutuk lukisan adik aku. Dia cakap macam kena tsunami. Aku sabar je. Niat dihati nak lempang dah. Tapi aku kan baik, aku joinlah gelak sekali. Hahhaah poyo puji diri senditi =.=
 

  
Pusing-pusing sebab dah target nak blah tapi cikgu tak bagi. 
Hhaha!
 


Dah habis bosan. End up, cikgu dia amiklah lukisan dia tu. Hahha bebudak, mana boleh lama-lama. Cepat bosan. Lepas hantar, terus beli keropok lekor kesukaan dia. Habis, beli lagi. Lapar benar budak kecik ni.
 

Baba menang cabutan bertuah. Bertuah betul :)
 

October 8, 2013

Halfest 2013

Assalamualaikum.

Kami satu keluarga memang penggemar makanan. Gila kau tak gemar. Semua hantu makan. So tak rugilah bawak kita-kita pegi makan. Hhehe. Memandangkan minggu lepas berlangsungnya Halfest 2013 di Mines, jadi rugilah kalau tak pergi. Ye dak? Heheh.

Ada 500 booth (kalau tak silap) dalam Halfest ni. So kau boleh bayangkanlah betapa meriahnya event ni. Dan yang paling best, ada disediakan ATM Machine dalam event ni. Haa kau mampooo ke? Aku kira first time jugaklah tengok ada ATM dalam event macam ni. Yelah, takut orang tak cukup duit nak berbelanja, boleh cucuk kat situ. Hehe. 

Barang sana ada yang promosi dan ada yang harga tetap. Macam Dominos, ada dua jenis je Hawaiian Chicken dengan Beef apa ntah, memang ada satu saiz je iaitu size kecil, harga RM7 !! haa terus aku sambar dua kotak. Sebab adik-adik aku memang penggemar pizza. Ha banyaklah jugak yang disambar oleh family aku. Sempat jawab soalan lagi mak aku tau. Kelasss sangat. Heheh.


Masa ni tengah tunggu ma dengan baba beli barang dekat satu booth ni. Tak silap booth jual ubat pencegah kanser. Entah aku tak sure sebab aku layan budak kecik ni. So aku dengar tak dengar je. Hhehe. Masa ni layan adik kat tepi tingkap, dan pada masa yang sama ada pertandingan mewarna. Adik nak masuk tapi aku tau pertandingan makan masa, so aku pujuklah sebab esoknya yakni Ahad, adik ada mewarna jugak. 
 

Ingatkan tak dapat jumpa maskot Upin Ipin ni. Masa ni dah nak sampai dekat pintu keluar dah, pastu ternampak maskot ni, ha berlari anak lah adik kat situ. Adik ni takut-takut berani. Sebab dia semangat nak bergambar, alih-alih ma yang amik gambar dengan maskot tu sebab adik takut terus berlari kat baba. Hahah kelakar pe awak dek? Memang itulah terjadi setiap kali jumpa maskot -.-'

 

Balik dari Halfest, singgah Mines lerr. Saja cuci mata dan kengkonon nak main bowling tapi masyaallah ramai gila orang dalam bowling. So tak jadi. Teman adik main benda alah ni which is favourite adik. Suka gila main benda ni. Apa yang best pun aku tak tau. Ada budak yang main warna pasir dengan adik ni, dia pilih corak yang penuh satu kad tu. Haa mak dia dah habis main bowling pun, dia tak sudah-sudah lagi. Adik rilek je, amik gambar kapal. Setel, terus balik.

Sekian. 

October 6, 2013

Page yang hening. Hening sang at!

Assalammualaikum

Hai korang! Bila korang terbaca belog ni dan nampak ia terupdate pada hujung minggu, haruslah diingatkan bahawasanya si penulis belog yakni aku, sedang cuba untuk hilang bosan ataupun idea tengah mencurah-mencurah ke ladang gandum. Hahhaha. Okay memain je.

Aku dekat rumah nenek ni dekat Sepang. Baru lepas 'shopping' aiskrim dengan sepupu-sepupu kecik. Walaupun aku tak berapa rapat sangat tapi aku cubalah jadi kakak sepupu yang penyayang dan baik hati. Hahahaha marilahh lempang muka aku sedass! Heheh. Lepas 'shopping' aiskrim, memasing buat hal sendiri baliklah. Main kat luar dengan geng seusia. Aku? Duduk dekat ruang tamu je mengupdate ni.

Oh malam ni konsert #AF2013 untuk minggu keempat. Jangan lupa tengok ok.

Kbai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 4, 2013

Kalau tak drama, itu bukan adik

Assalamualaikum.



Apa yang ditenung adik tu? Setiap hari dia akan tenung longkang tu kalau korang nak tau. Motif dia tengok longkang tu satu je, ye takda dua mahupun tiga. Hahha okay tak kelakar. Dia macam peliklah ada air dekat situ. Semalam je kat situ macam dah kering. Pagi tadi, melimpah air dekat longkang tu. Korang boleh tengok sendiri kan? Ha itu je motif adik tengok. herhehrherr.


Bila disuruh posing, ha mulalah macam-macam gaya dia buat. Yang ni, dia dah buat gaya lain, tak sempat aku nak picit punat (rare gila guna perkataan punat instead of button), dia dah tukar gaya lain. Takpe, aku tetap letak gambar ni dalam belog. Hehe. Tunggu Achik lambat giloss masa ni. 


Dari hari apa ntah, dia ada cakap dengan aku yang kawan tadika dia ada bawak buku ultraman kot dekat sekolah. Ha taknak kalah, dia bawak jugak harini. Heh! Padahal hari-hari dia nak bawak tapi aku takutkan dia dengan guna nama busu aku. Hahah terus simpan balik. Entah macamana harini boleh terlepas pulak. Takpe, asalkan dia tak berdrama dekat depan pintu. 


Masa ni aku rasa aku tinggi sangat ! Hahhaa dah cuba kebawahkan camera, tapi rasa macam tinggi jugak. Tu gambar macam tak center. Nasiblah eh dapat kakak abang tinggi. Tak lama lagi dia pun tinggi jugak ni. Zikri pun dah nak lepasi ketinggian aku dah. Habislah aku jadi katik lepas adik-adik membesar :O taknak!!


Fav gambar aku ni. Macam cantiklah. Dinding tu boleh buat wallpaper nak bergambar okay. Hehhe. Apasal awak tutup mata dek oi? Tengok dah tak nampak mata awak. Takpe, kakakmu ini tetap masukkan gambar ni dalam belog. Jangan risau. Hehehe


Ni acah-acah nak posing silang kaki lah. Kan trend sekarang, so dia nak jugek lerr. Hhahaa tapi macam tak jadi. Kau tengok, tinggi benar dia silangnya. Nasib tak jatuh, kalau jatuh, dah berdrama lagi. Hhaha. Mood dia okay pagi tadi. Suap dia mee goreng yang super marvelos ma buat, lagi-lagi dalam tu ada sotong dengan fish cake/ball , lagilah dia menggila. Kesukaan kan. Terus makan dua kali tambah. Eh ke aku yang tambah dua kali tu? ahh lantak, yang penting kami berdua kenyang. hewhewhew.

Happy weekends uolls!

October 3, 2013

Hati yang berbunga

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya takda benda pun nak cerita tapi saje ambil masa sikit kengkonon nak bebual dengan korang. Hehehe. Kang takut korang rindu aku pulek? Biasalah aku kan sibuk mengalahkan menteri, so update pun agak-agak ingat, aku updatelah. Gagah, edit dulu gambar sebelum nak update. Biasalah aku tak rajin nak edit sesatu pastu peram kat dalam phone balik. Semak boh! herhehrherr .. Tajuk mengalahkan tajuk dekat beautifulnara sangat. HAHHAHA

Okay Ahad lepas, aku pergi KUD dekat Putrajaya. Tapi dah petang, so banyak booth dah tutup. Ha persembahan kawad dari adik-adik tabika kemas yang menyambut kedatangan aku. Ehcehh gelabah gila ayat. Menyambut kedatangan kununss. Puihh!

Tapi serious aku nak cakap yang adik-adik ni lagi hebat kawad. Adik-adik ni takda buat salah step pun. Sekali pun takda salah, hebatkan? Entah berapa lamalah dia practice tu tapi yes, aku tabik dekat adik-adik tabika kemas ni. Adik aku pun tabika kemas jugak. Eh? hehe
 

Adik memanglah suka jumpa benda-benda yang boleh dia bergambar. Dia suka bergambar aku rasa. Ni baru jumpa beca. Tapi kalau dia jumpa dinosour, menangis pulak. Padahal beria nak jumpa. Hhahaa apalah adik ni. Dia ni kalau boleh aku nak gigit je sebab dia kuat bebel. Sampai kadang-kadang tak tau macamana nak suruh dia diam. Haha. Gedik betul.
 

Ni Selasa lepas, tengah cuaca memang sedap untuk tidur tapi aku kena kerja, ha masa tulah perut aku buat hal. Lapar! Tapi aku kengkonon malaslah nak makankan. Nak diet katanya. Tapi? Diet ke? Haremmmmsss aku nak diet. Hahhaha. Macam haritu beria set dengan Achik nak joging lah apa lah, end up, aku jogging dalam rumah. Hhaha boleh? Takpe, selamber. Berbalik pada gambar roti diatas tu, aku bukan laci amik roti ni dan makan. Dah lepas separuh aku telan dengan hati yang riang, sambil aku belek pembalut roti, aku ternampak tarikh luput. Okay aku makan Selasa yakni 1 Oktober. Kau tengok tarik luput bila? 30 Sept okay!! Gilaa apa aku makan roti expired ?? Tapi bila aku tengok roti tu macam elok, aku tutup mata je dan habiskan roti tu. Hahhaha! Takkan nak membazir? Ish ishh tak elok. Amalan syaitan tu. Wakakka!
 


Fresh dari oven sebab gambar pagi tadi. Heheh. Abaikan muka aku yang ... Adeeb ohh Adeeb. Pantang dengar bunyi motor, mulalah dia melalak. Motif? Dia nak ikutlah apa lagi. Haishh. Okay ni cerita masa aku lunch tadi. Aku kan lunch rumah opah hari-hari. Busu baru sampai rumah dari bank, pastu nak bawak Adeeb ni pegi amik Ain dengan Aliff dekat sekolah. Pastu Adeeb ni terhantuk ke apa ntah dekat kereta. Tapi dia tak nangis okay. Sebab? Sebab dia dalam kereta. Hahha dasyat betul. Dia kalau dalam kereta, baik budi pekerti. Hhahaha, kecik-kecik dah suka merayap ye. 
 

Fav buku aku sekarang. Okay asalnya ni buku adik. Selalunya lepas makan, aku akan baca buku ni. Macam-macam tajuk ada. Dari kenal planet sampailah pasal dinosour pun ada. Tak rugi for those yang dah beli buku ni. Bagi aku sangat baguslah untuk daya ingatan budak-budak. Kalau hari-hari baca, insyaallah bolehlah tau sains sikit-sikit dan bahasa inggeris pun mungkin akan lancar. Kenalah try baca. Ma beli buku ni dekat pesta buku rasanya. Dah lama buku ni. Baguslah senang cerita.

Okaylah, aku nak update kerja aku sekejap. Korang, terima kasihlah sebab sudi baca. Hehe. Walaupun aku merepek je dalam ni. Yelah nama pun blog aku, makanya sukati aku lah. Hahaha. Kbai