May 21, 2021

SELAMAT HARI RAYA !

Assalamualaikum.


Rasanya belum lambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada korang semua! Sama seperti tahun lepas, tak dibenarkan merentas daerah mahupun negeri. Takpelah, nanti dah boleh merentas, terus pecut balik kg ok?

Buat pertama kali nya, family aku buat photoshoot raya dekat studio. Seronok dan ia Pejah masih kayu seperti photoshoot Zalora dulu. Hahahaha. Tak boleh nak buat apa. Depan cermin, sakan posing. Depan camera, "kayu betul eh kau, Pejah?" Redha jelahhh ....

Paling best, kiteorang pakai baju yang sama untuk dua (2) hari berturut-turut, 1st and 2nd raya. Muahahaha. Jadi, baju-baju aku yang lain tu kita bawak ke tahun depanlah ye. Itu pun kalau muat. Hehehe. Kalau tengok badan sekarang, hmm macam yakin tak yakin je baju tu muat ke tak tahun depan.

Kuih raya kat rumah aku hampir habis. Alhamdulillah. Tinggal kacang-kacang, muruku jelah. Eloklah tu, boleh buat stock mengunyah sambil buat kerja takpun tengok drama. wewewewew 😆

So amacam raya korang? Ada orang raya setengah hari je. Ada orang masih beraya cukup 30 hari, kemon gais, puasa 30 hari kot.

May 8, 2021

Minggu Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum.

Watching Hell's Kitchen while doing my work pada hari Sabtu yang hening ini. Memikirkan menu berbuka petang nanti ... 

Aku tak tau mana silap, sejak kahwin, deria rasa aku pelik-pelik. Tawar, masin menjadi rasa wajib dalam setiap masakan aku. HAHAHAHA mungkin aku perlukan kuali yang biasa kat rumah family aku tu kot?

Adakah aku patut ada kuali ni untuk kembalikan mutu masakan aku? HAHAHAH alasan nak membeli letteww 😝

So amacam dengan preparation Raya korang? Dah ready for raya?

Aku tak. HAHHAHA. Even baju raya untuk 1st day pun belum hantar and siap lagi. Hehehe Power bukan? Oh tapi dah ada empat (4) jenis kuih raya. Mostly our favourites.

Memandangkan kita kembali PKP so aktiviti merentas daerah mahupun negeri tidak dibenarkan. Obviously kita semua macam marahkan? Raya setahun sekali tapi tak boleh balik kampung.

Alhamdulillah aku and parents satu daerah, so we gonna raya at my parents while FANS, ini tahun pertama dia celebrate raya without his parents, paling sedih, his siblings actually duduk dekat je dengan kiteorang. Tapi disebabkan berlainan daerah, dorang tak dapat beraya bersama.

Semoga ada sinar kegembiran selepas beberapa hari raya ya. Amin. Mudah-mudahan 😉