July 10, 2025

Vertigo in me 🥴

Assalamualaikum.

Harini genap 2 minggu aku rasa benda sekeliling aku berpusing. Aku dah jumpa doctor and doctor kata Vertigo. First time aku dengar pasal Vertigo ni. Basically, akan buat kita spinning and rasa nak muntah.

What Is Vertigo? Symptoms, Causes, Diagnosis, Treatment, and Prevention

🤢 Simptom yang Berkaitan:

  • Rasa loya atau muntah ✅

  • Hilang keseimbangan ✅

  • Pening kepala ✅

  • Mata berpusing (nystagmus) ✅

  • Berpeluh ✅


semua aku ada and rasa berpusing tu real ok. haha ada yang tak real ke? IDK! even masa aku tengah baring elok je ni, aku boleh rasa macam berpusing. Masa drive? hahah mestilah pernah juga. Loyo? hmm lama dah aku tak rasa loya, tapi sekarang loya tu datang balik dan sangatlah tak best. Sebab tak boleh muntah. haihh. tak selesa betul.


Apa aku buat? aku standby hot tea lepas lunch hour and strawberry tea saya pun nak habis dah. lupaaaaaaaaaaaaa pulak nak order kat Ika masa dia pergi Cameron haritu. hmm ... kena cari kat Shopee lah macam ni.

Last week Khamis Jumaat aku mc sebab Vertigo ni. Semalam (Rabu) pun aku wfh. Pagi ni (Khamis) masih pusing tapi aku masuk office lah. Kalau tak larat, baliklah nanti. Cumanya dia datang secara tiba-tiba. Tengah duduk elok, tetiba rasa pusing kepala, rasa loya. Pergi toilet, takda pulak rasa nak muntah. Even kalau muntah, keluar angin dengan cecair kuning je. Pahit lah ekkk.


Seteres ðŸ¥´ðŸ¤¢