December 31, 2013

2013, Year In Review

Assalamualaikum.


Akhirnya sampai ke hari terakhir untuk tahun 2013. Syukur sebab masih bernafas dengan sempurna walaupun kadang-kadang ada batuk sikit so nafas tak berapa nak sempurna. Heheh okay tak kelakar. 2013 was pretty good in real life. It was straight-up amazing!

2013 bermula dengan birthday adik iaitu pada 8.1.2013. Oh tiap-tiap tahun pun macam tu jugak. Hhehe. Untung birthday awal tahun. Orang tua cakap siapa lahir dalam bulan January ni, dia bijak. Orang tua cakaplah. So kalau salah, salahkan orang tua. Hahhaha!

Februari 2013. Banyak sangat kenangan yang terindah. Indah sangat ni sebab jumpa abang badan ketaq menari lagu Ali Cafe. Hahha sumpah aku gerun tiap kali tengok iklan tu. Oh my Fahrin Ahmad  


Nampak tak? Siap satu family jumpa dia. Ada harapan ni. HAHAHHA!

Mac 2013. Kesedihan terpancar di muka seisi keluarga. Seminggu bertarung nyawa di Hospital Ampang. Makcik Aya meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tuhan lebih menyayanginya. Sampai sekarang masih terasa seperti arwah ada disisi tiap kali ada kenduri kendara dirumah Opah. Kami redha diatas pemergianmu, makcik. Al-fatihah :(

April 2013. Sekali lagi berpicnic ke Port Dickson. Okay selain Melaka, PD adalah tempat favourite keluarga aku. Hhehe. Picnic kali ni bersama-sama cikgu-cikgu sekolah ma. Memang havoc gilaa! Dah lah panas, nasib tak ireng je. Heheh. Aku macam biasa, ditugaskan untuk mengambil setiap gambar. Aku kan dasar malas, so zoom je selagi boleh. Aku suka Canon dan aku rasa Canon memang tercipta untuk orang pemalas nak gerak ketika cuaca terik macam aku. Hahahha!

 


Dua-dua gambar zoom dari khemah. Hahha tapi hasil sangat tip top vavavomm! Tahniah Canon

Mei 2013. Selamat bertunang kepada my cousin, Mahfuzah. Selamat bertunang juga kepada my housemate/roomate , Amy Amir. Dan selamat lahir kedunia, Adeeb Ismail (busu's son)


Jun 2013. Officially 22 tahun. Rasa sekejap sangat, tau-tau dah 22 tahun. Hehe. Masih maintain muda remaja gitu. Hahah. Masih selekeh seperti biasa, masih hmmm .. hmm .. malas? hehe.

Julai 2013. Takda pape sangat sebab ini bulan umat Islam menyambut ramadhan. Okaylah, dapatlah berbuka dengan Nasha Aziz, Beego, Tasha Shilla dan Kak Ros Kilauan Emas. Hehe. Kali kedua jumpa Nasha Aziz dengan Tasha Shilla. 


Ogos 2013. Raya datang lagi. Raya pertama di Sepang. Best. Baju kurung lawa. Suka semuanya. Baba buat lawak on first raya, lemang tertinggal dekat atas motor dekat rumah. Terpaksa baba balik sorang-sorang ke Kajang untuk amik. Kelakar sangat. 

 

September 2013. Hmm takda cerita yang havoc sangat. Aku jejak sekali lagi di Cruise Putrajaya. AF2013 bermula. Lagi apa eh? Hmm takda rasanya. Biasa je.

Oktober 2013. Majlis Pertunangan Kak Atin dengan abg Faiz. Alhamdulillah. Kalau takda halangan, tahun depan kahwin ler depa ni. Hehe. Dan aku belajar buat lemang. Hmm takdalah susah sangat sebenarnya. Kena sabar masa nak tunggu dia masak je.

 

November 2013. Weding vs Reunion. Sumpah best. Sebab jumpa kawan sekolah, kawan masa duduk Presint 8 dulu. Yelah, masing-masing dah pindah. So masa kahwin Zulaikha, semua datang. Even Geng Pondok pun ada. So terharu jap. Hhee

 

 


Disember 2013. Bulan yang aku sibuk dengan artworks. Tapi berjaya untuk siapkan sebelum hujung bulan. Alhamdulillah.

Last but no least, I hope you enjoy it as much as I do. It's people like you who make this place fantastic, and I'm very happy to have you here!

Bye 2013 and Hello 2014

December 24, 2013

Happy Birthday Qaqa Din !

 ** Birthday Shout Outs!**


Strawberries are red,
Blueberries are blue,
Today is your birthday,
I'm thinking of you.

Happy Birthday my dear good friend,
Nur Atiqah Binti Ismauddin

 

I hope all your wishes and dreams come true on your most special day (it's today!). Let someone make you laugh for a change today and now let's see that 22nd birthday smile :)  Good Luck for your final :)


Again,
Happy 22nd Birthday, Qaqa Din.

December 23, 2013

REVIEW: NOVEL THE WEDDING BREAKER (ARIANA ROSE)

Assalamualaikum.

Baca tajuk mesti korang ingat ni novel dari luarkan? Eh jap, aku lettew. Mula-mula aku ingat novel ni dari luar sebab tajuk English tapi tak! Rupanya anak tempatan, Evelyn Rose yang punya :) 


Aku baca novel ni dari blog penulis ni sendiri tapi takdalah semua bab tapi aku dah settle baca novel ni pun. Hhehe. Anw TWB pernah menjadi novel paling laris pada bulan Januari 2013. So memang bestlah kan? Kalau tak best, takdalah laris kan?


Sinopsis :

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

# Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang telah mengandungkan anak kepada Tengku Adam Kamil. Juwita tidak suka dan tidak mahu berkahwin dengan Adam lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Akhirnya perkahwinan dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil tercalar. 

# Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam telah mengupah penyiasat peribadi untuk tahu siapa perempuan itu (Ariana lah tu). Bila dah siasat dan tahu, Adam telah menculik Ariana dan bawa ke Cameron Highland untuk berbincang. Tapi usaha itu tidak membuahkan hasil sebab Ariana taknak bagitau.

# Tengku Adam Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan Ariana menceritakan hal sebenar. Sejak dari kejadian itu, Ariana membenci Tengku Adam Kamil. Ariana pun mula melakukan kerja-kerja amal untuk melupakan apa yang terjadi. Dia sebenarnya tak tau yang Tengku Adam Kamil ni penyumbang besar dana kebajikan dekat office Ariana. Dan dari situlah Tengku Adam dah mula jatuh hati dekat Ariana Rose :)

#  Ariana dipinang oleh keluarga Tengku Adam Kamil tanpa pengetahuan Ariana mahupun Tengku Adam Kamil sendiri. Tapi Ariana tetap menerima lamaran tersebut. Tengku Adam Kamil menunaikan umrah selepas selesai majlis perkahwinan Thoriq (bff Adam) di Arab. Lagi sebulan tarikh perkahwinan mereka, barulah Adam balik ke Malaysia. Ariana tahu siapa bakal suaminya ketika akad nikah dilafazkan. Ketika itu, barulah dia tau yang Tengku Adam Kamil telah berubah. Syukur.

Bagi aku cerita ni best. Walaupun banyak sangat watak sampingan dalam cerita ni tapi ia tidak menhalang untuk aku terus membaca untuk tahu kesudahannya. Nasib baik ending best, kalau tak best, mau stress aku! Hahha

Okay aku dah point sampai bab 40+ kot ni? So cukup-cukuplah eh? Takkan nak review sampai habis kot? Baik aku scan je setiap muka surat, setel. Dan korang jangan malas sangat. Yang pasti cerita ni boleh buat korang happy dan tambah sikit pengetahuan. Sebab ada terselit pelbagai hadis dalam ni. Yelah Adam kan berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah :)

Anw cerita ni tengah shoot lagi rasanya dan akan keluar dekat TV3 slot 7ptg pada 31hb nanti, ganti Playboy Itu Suamiku rasanya. Siapa pelakonnya? Haa korang ni, malas nak google lettew? Meh ahkak bagitau. Dan kalau tak silap aku juga, tajuknya telah bertukar ke Ariana Rose.


Pelakon Utama

Keith Foo - Tengku Adam Kamil
Nur Fathia - Ariana Rose
Tasha Shilla - Tengku Juwita
Hisyam Hamid - Harith
Nabila Huda - Liyana
Arja Lee - Ramzul
Syatilla Melvin - Sophoe
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz (bapa Adam)
Liza Abdullah - Puan Sri Lisdania (mommy Adam)
Datin Ziela Jalil - Datin Asra (Umi Ariana)
Jalaludin Hassan - Datuk Wan Jusoh (ayah tiri Ariana)

So jangan lupa tengok okay !

Rate: 4.5/5  

Happy Reading :)

December 20, 2013

RunningMan

Assalamualaikum.

Aku ni takdalah minat menggila dengan Korea stuff ni. Serious! Sebab aku rasa macam 
Laaa Korea je pun. Boringgg ...
Okay itu persepsi aku yang dulu. Sebelum aku diperkenalkan dengan RunningMan. Masa aku dapat semua video RM dalam hardisk, aku tak tengok pun. Okay adalah tengok itu pun 1st episode je, lepas tu non adoo aku nak tengok. Balik-balik aku ulang dua drama Korea dalam hardisk tu. Itu pun terjebak lepas aku tengok A Gentleman Dignity dekat NTV7. Then tanya KakAtin (sebab dia peminat tegar Korea) dia ada tak drama ni sebab aku tengok dah separuh jalan dekat tv dan dia cakap ada. Apa lagi, terus passing hardisk lerr.

Lepas A Gentleman Dignity, aku terjebak dengan Playful Kiss pulak. Ni terjebak sebab bosan, dan terbukak 1st episode dan ternampak Baek Seung Jo. Hhaah terus jatuh hati. Ehcehcehh poyo sangat ni.


Lepas tu, baru terjebak dengan RunningMan. Mula-mula ingat bosan sebab bagi aku episode awal-awal tu semua bosan. Macam ..
perlu ke aku gelak ni? Tak kelakar pun. Apa yang best sangat cite ni??

 Luls. Aku terus tengok episode 20 keatas. Okay dah best. Penat aku tahan gelak. Aku paling suka part dorang kena makan. Macam kelakar gila!


 Atas ni adalah episod aku baru tengok malam Rabu lepas. Kelakar episod ni. Mencari King macam tu lah. Dorang kena buat Kimchi dan episode ni kena tengok! Lupalah pulak episod keberapa, cari jelah okay?

Aku macam kehabisan idea. Kbai.

December 19, 2013

Aku hanya mampu melihat tanpa merasa

Assalamualaikum.

Tengok tajuk tu, kemain tau. Ala-ala lirik lagu yang mendayu-dayu gituuu.Aku ada satu perangai yang aku rasa makin menjadi-jadi sekarang. Lagi-lagi kalau aku kat office. Ha kemain nafsu membuak-buak. Aku pun tak tau macamana nak buat ni. Mungkin sebab itu jugak, aku tak kurus-kurus? Mungkinlah eh, MUNGKIN. Hehehe.

Korang tengok ni ..
 








Ha ni baru western food. Belum lagi makanan tok nenek moyang kita, makanan melayu. Lagi rambanglah mata aku ni tengok T__T





Okay bubur sum-sum ni memang favourite aku. Nak makan ni, kena tunggu ada kenduri dekat rumah nenek. Aku tak pasti ni makanan orang apa tapi dari besar sampai kecik ni, aku memang jumpa bubur ni dekat rumah orang jawa je. Hehehe. Nenek! Buatkannnnnnn ^___^



Woii sedap ni. Favourite seisi keluarga! Baru makan kambing bakar semalam. Ma bakar. Ya Allah sampai nak tidur pun, masih bau lagi kambing bakar kat meja makan tu. Sedap sangat !


Okay, kalau ikutkan aku, ada banyak lagi gambar aku nak letak untuk tontonan aku korang. Hehhee. Saja nak buat korang lapar. Aku yang letak ni pun, dah terliur tengok. Aku tak lapar lagi sekarang ni :) 

Macam dah lama ma tak masak tomyam. Eh? hehehe. Hai ma! Hai baba!

December 16, 2013

English Breakfast

Assalamulaikum.

Cuaca kan sejuk sekarang. So memang memerlukan air panas untuk stabilkan suhu badan. Okay, takda kena mengena pun sebenarnya. Heheh. Saja, aku kan suka bagi mukadimah yang merepek macam ni. Sebab dari zaman sekolah, aku tak tau macamana nak mulakan sesebuah ayat. Tu jadi macam ni.

Aku kalau masuk pantry, mesti ternampak kotak uncang teh ni. Office yang beli, letak kat dalam pantry so that everyone can have a cup of tea. Tapi aku tak pernah try lagi sebab aku ada air sendiri. Lagipun, mana ada gula kat pantry, takkan nak minu, teh kosong? Just not me lah kan.

 

Ahmad Tea (English Breakfast). Nama taknak gah lagi kan? Hehhe. So since benda ni ada je dalam pantry tu, aku mesti tengok adakah ia terusik atau tak. Gila kpochi aku. Hehe. So sedang aku minum milo panas, aku tengok kotak ni, sesambil aku baca perkataan English Breakfast tu, terus aku teringat Oh Ha Ni. Sebab dia sebut macam slang english pelat, macam bestlah dengar :)


Ke aku dah gila cerita ni sebenarnya? Ke aku gila dengan Baek Seung Jo ni? Ke aku memang gila?! Hahaha! Aku sampai dah hafal jalan cerita dia sebab asyik ulang tengok cerita ni dari semasa ke semasa. Asal aku bukak laptop, memang aku akan bukak cerita ni. Tak tengok full episode, dapat tengok setengah pun kira okay dah. Asal tengok muka Baek Seung Jo tu. Pastu baru sambung tengok RunningMan. Hahhaa aku dah gila Korea!!


Korang ada ke cup love bersepah macam tu? Hahah memang bukan stail aku lah pun ada love bagai ni tapi ni kira 1st souvenir dari manager export untuk aku. Aku macam terharulah, yelah 1st day kerja, mana ada bawak apa-apa kan. Then dia datang meja aku bagi cup merah love ni. So kalau aku nak minum ke apa, memang aku gunalah cup ni. Tapi aku tengok sekarang, dorang letak sudu dorang dalam cup aku. Ini memang boleh mendatangkan amarah! Ingat cup aku ni untuk letak sudu dorang agaknya? Letaklah dalam cup sendiri. Ishh angin aku!
 

Terliur tak? Ha jemputlah tengok. Kalau korang nak minum sama macam aku, pergilah pantry, buatlah sendiri ye. Hhehe. Aku dekat rumah pun tak rajin macam ni. Kat office je mood poyo nak buat milo bagai membuak-buak. Tapi aku jarang buat air dekat office ni. Sedangkan air kosong dekat meja pun aku jarang minum, inikan pula air yang kena buat. Aku buat kalau aku rajin dan terasa macam nak minum, ha barulah aku berjalan seperti lipas kudung ke pantry.

Itu jelah aku nak merepek pun. Sebab English Breakfast, berjela entri aku. hehee. Okay, bye!

December 13, 2013

Pasar Pagi

Assalamualaikum.

Harini aku macam ada idea nak post apa. Haha. Terima kasih ma sebab bagi idea. Jarang berlaku ni. Hehhe. Sampai terlupa aku nak bagi baki duit ma dekat Achik tadi. Biasalah teruja sangat dengan idea ni. Dah feeling mak-mak dah. Bahahhaa!

Gelak je tak guna. Meh aku cerita apa idea tu. Sebenarnya aku pergi pasar pagi ni. Alaa tengok tajuk je dah tau kan? Saja buat mukadimah yang vavavoomm meletop sikit. Ai kan over?! Lalallalaaa. Untuk pasar pagi Jumaat ni, aku jarang pergi. Sebab aku kerja kan? Memandangkan harini aku awal sikit pergi kerja, so aku singgah dengan Achik pagi ni untuk membeli sayur yang ma pesan. 

Senarai pesanan dari ma
Abaikan orang ni. Aku tak kenal. Aku amik gambar ni secara random sambil
cover dari orang perasan. Hahha macam segan lah pulak amik gambar curi-curi macam ni.
Tapi kisah pulak aku? Hhahaha!


Semua ada. Pucuk manis, pucuk ubi, petai segala tapi rebung je takda. Pasar petang nanti akan ku cari untuk ma. Heheh. Kalau takda, memang bukan musim lah kot? Chop! Rebung tu ada musim ke? Aku rasa macam ada je tapi mungkin pagi ni takda. Adik fav dia tu lah pucuk manis goreng dengan telur. Dia makan macam tu je tanpa nasi. Dalam banyak-banyak sayur, pucuk manis jugak dia bedal. Yang lain, mampu tengok je.
 

Barang sudah beli, jadi marilah kita kerumah opah untuk ngeliat opah sebentar sebelum pergi kerja. Pasar pagi ni dekat belakang masjid bt14 tau. Sebelum naik Bukit Ampang, korang akan nampaklah pasar ni. Dia bukak Jumaat dengan Ahad pagi ni. Sebab hari-hari tu je aku nampak. Hari lain, tak perasan pulak. Hhehe
 
Pasar yang kian jauh dari pandangan ...


Jalan yang nak kerumah opah ni, hujan atau tak, cuaca memang macam ni. Dingin, sejuk gilaa! Kadang-kadang panas tapi rasa sejuk. Aku kadang-kadang jerit kat Achik 

Welcome to Genting Highland !
  

Aku tak gila tapi feel sejuk macam kat Genting memang ada. Serious. Aku pernah je update pasal jalan kerumah opah sebelum ni. Kau carilah sendiri, aku malas nak carikan. Tengoklah tu, bukit bukau semua tak nampak. Nak nampak, kau tunggu dalam pukul 12 tengahari karang, insyaallah ada nampak masa tu. Aku suka tengok view sebelum masuk rumah opah. Bukit situ macam cantik. Tapi aku takdalah nak amik gambar view tu sebab view tu khas untuk pandangan aku je. Hhaha gila kuajar, bagitau tapi taknak share sini. Lemak ah semua nak share sini. Mihmihmihh ..
 

Masih lagi dijalanan. Selain aku feeling-feeling aku kat Genting, kadang-kadang aku rasa macam nak pindah Seoul terus. Kenapa? Sebab aku punya sukalah! Muahahhaa! Okay memain. Actually tak kisahlah Seoul ke Aussie ke yang penting negara beriklim sejuk. Sebab aku rasa aku dah sebati dengan cuaca sejuk walaupun aku sebenarnya tak selesa dengan cuaca sejuk menggila macam ni. Hehe. (Matilah aku kena keji dengan Farah kalau dia baca ni)

Nak cari pattern ni. Bye!


December 11, 2013

Alat penghubung sudah okay !


Hi!

Tengok apa yang Farah whatsapp tadi? Gilaa kejam kau Farah!! Kau tunggu eh, kau tunggu je. Lalallaalaaa. Hamboii makan cake ye? Esok hari penting kau, kau boleh makan cake ye?? (Okay aku ulang ayat sama 2x) anw Good Luck esk babe!!

Penat je update pasal phone problem tadi petang. Tengok dah okay :) heeheh. Terus bersyukur. Terkejut ia masih bernyawa. Hehe. Balik tadi, terus charge phone. Sajalah cuba nasib. Kat rumah opah dah charge guna kakna nye charger tapi tak nak hidup, charge guna pc pun taknak hidup, eh dia nak yang kat rumah jugak baru nak hidup. Syukurlah, takdalah melayang duit. Muahahahah!

Anw lagi, hehe. Selamat Pengantin Baru kepada Jovian dan Nina Ismail Sabri serta Zain Saidin dan Che Ta. Semoga kalian semua berbahagia dan kekal hingga akhir hayat, insyaallah, amin :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mati dan Musnah segalanya Y__Y

Assalamualaikum.

Hari ini hari Rabu. Semalam dah puas tengok drama dekat MasterCheff kan? Hahaha! Drama sangat. Penat bergelak tawa, habis riuh satu ruang tamu tengok muka sedih AA. Muahahaha! Tapi part Raja Azmi tikam kawan tu pun best jugak. Sumpah kelakar.

Hmm okay, itu baru mukadimah. Cerita takda benda pasal Mastercheff pun. Sesaja nak buat mood ceria tapi sebenarnya mood swing lagi petang hari ni. Macam-macam hal. Dengan stress pasal berat badan, ni datang lagi satu masalah yang dari dulu aku dah tau. 


Muka comel kan? Lebih kurang macam ini lah expresi muka aku sebelum aku tau hal ni jadi. Aku ingat masuk office, semua akan jadi okay. Tapi sampai sekarang, nan adooo! Elok je aku simpan dalam laci tu. Malas nak pandang dan fikir dah. Baru je pakai (okay setahun lebih dah) dah macam-macam hal. Well, kawan-kawan aku dah bagitau dah yang dia memang sentiasa ada masalah. Tapi biasalah, aku kan bangsa yang poyo, so aku guna jugak lagipun masa aku baru-baru pakai, tengah in kau. So haruslah pakai, ye dak?

 

Apabila muka aku dah start mencebik dari pagi, macam ini lah. Comel jugak. Wakakkaka korang jangan kejam kutuk iolls eh. Macamlah korang tak suka perasan sendiri? Aku suka, sebab tu menjadi-jadi sekarang. Mihmihmihh. 

Aku kalau tengah buat artwork, lepas tu takda mood, aku mesti whatsapp kawan-kawan aku, kengkonon nak cari idea. Kadang-kadang borak kosong pun dapat idea tapi sekarang, takda dia, aku mampu tengok je dia kat dalam laci tu.


Macam sekarang, aku dah habis bosan sebab main artwork dah siap lepas tu aku tak tau nak buat apa. Nak buat milo, macam malas. So aku karanglah panjang-panjang ni untuk mengisi masa aku. Nak tunggu 6.30pm tu lama kemain. Meja aku ni dah tak macam meja masa aku mula-mula masuk kerja. Bersepah kemain dengan kertas. Aku tengok meja Kocham (dua pupu aku yang sama bidang kerja dengan aku) bersepah, so aku nak feeling-feeling jugak meja macam tu tapi aku sendiri rasa rimas. Acaner?

Kim Hyun Joong
 Aku fikir nak balik je sekarang ni, lepas tu dating dengan lelaki kacak. Wuu lama tak dating ni. Balik nanti nak dating lama-lama lah Haa korang jangan muntah darah pulak tengok lelaki kacak i tu. I tau dia memang kacak. Wakakkaka.


So kalau aku tak dapat jawab call / sms / bbm / whatsapp korang, janganlah korang maki mahupun marah aku eh. Dah sampai masa aku tukar yang baru kot? Oppss! Hehhe. Aku on tweet / fbchat during office hour je buat masa ni. Agak-agak nak kena cakap dengan aku ASAP, datang je rumah. Hhehe.


Phone is having problems that can not be identified. Thank you.
휴대 전화의 캔 식별 할 수없는 문제가 있습니다. 감사합니다.
(hyudae jeonhwa ui kaen sigbyeol hal su eobsneun munjega issseubnida. Gamsahabnida)

kbai.

December 9, 2013

Iqbal's Birthday

Assalamualaikum.
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Iqbal Hanafi ..
Happy Birthday to you !

Happy 4th Birthday Iqbal !
 
Sempena birthday Iqbal yang ke 4 tahun, Sabtu lepas makndak dengan pakndak ada buat celebration sikit walaupun birthday Iqbal yang betul-betul jatuh harini yakni hari Isnin. Memang meriah gila! 

 

 
Oh ma buatkan mee goreng dengan tempoyak ikan bilis rasanya. Okay tempoyak ni kegemaran semua orang! Serious, sampai maklang dah order kat ma untuk kenduri Fuzza nanti. Fyi kenduri Fuzza tahun 2015 okay. Cepat gilaa buat tempahan. Hahahha! Oh lupa, tempoyak ni tidak dijamu kepada tetamu ye. Sebab favourite, so simpan elok-elok dekat dapur. Dengar cerita, makndak siap masak nasi putih untuk semua orang sebab nak makan lepas majlis, betul ke? Hehhee.

Selain dari mee goreng yang ma bawak, ada lagi menu lain dan dibuat sendiri oleh makndak. Perghh gigih tau. Ada nasi ayam, spegeti, meggi goreng, cuppies, dessert dan main menu ialah steamboat. Dah macam kat kedai, beratur nak makan steamboat. Okay kenyang jugaklah.

Aku takda benda nak cerita lagi. Rasanya. Layan jelah gambar yang aku ada ni. Hhehe.






Suka tengok muka Yin (sebelah ai)



Dah nak habis, baru tunang Tput join -.-'

December 7, 2013

Artworks

Assalamualaikum.

Amat jarang sekali nak tengok aku update on weekend kecuali aku kena kerja atau tahap kebosanan aku dah sampai tahap maksima (sambil nyanyi lagu Impak Maksima - KRU). Kalau korang rasa aku tengah kerja sekarang ni, aku nak tepuk tangan sebab korang dapat teka dengan BETUL ! *clap*

Disebabkan minggu ni aku terlampau bz dengan redesign produk office aku, so aku memang takda masa nak update apa-apa. Minggu depan pun aku tak sure aku ber-entry ke tak. Kalau ada, maknanya aku auto publish atau memang aku free masa tu. Yelah, nak tahun baru kan, semua nak baru lah. Tu aku macam panda sekarang. Kalau panda tengok, dia pun ingat aku geng dia =.=

Ni pun aku dah selesaikan few arworks. Syukur. Isnin sambunglah memana yang tak sempat nak siap harini. 

Minggu ni ramai ahli keluarga aku yang sakit. Opah sakit, baba demam, Iman, Ain pun demam. KakNa batuk, Busu selsema. Hmm musim la kot. Yelah hujan je. Sekarang ni susah nak tengok matahari. Kalau ada matahari, uishh rasa macam nak bersidai kat halaman (halaman rumah opah maksud aku, rumah aku mana ada halaman) Macam berberebut nak sidai kain semua. Hhhee comel.

Anw, nanti kalau aku rajin, aku up cerita pasal Family Day belah baba okay? Tu ada satu gambar je. Gambar pun aku tangkap balik dari tab ma. Nak aku send dari tab ke phone? Hmm lagi aku malas. Hhaha, perangai malas dah sebati dah ni. Ampunnn.


좋은 주말 되세요!

Bye.

December 6, 2013

(REVIEW) 4U2 Dreamgirl Faith BB Cream

Assalamualaikum.

*Kejap nak tengok tarikh barang ni sampai*

Aku bukanlah seorang yang suka bermakeup sangat. Kadang-kadang aku keluar TANPA secalit makeup dekat muka. Even aku pergi kerja pun aku tak makeup. Setakat letak bedak Carrie jr yang warna pink tu je kat muka. Hehhe. Simple gilaa woi.

Tapi bila datang mood nak ada makeup sikit kat muka, terus cari compact powder lah, eyeliner lah, bb cream lah. Tapi kadang-kadang aku pakai bb cream je semata, macam sekarang. Satu perangai aku, bila barang tu dah habis, baru mengada nak pergi cari. Selagi ada isi dalam bekas tu, memang taklah aku nak beli baru. Bukan kedekut tapi aku malas!

So bila aku tau ada kenduri aku nak kena attend minggu tu yakni bulan lepas (ye, ni cerita bulan lepas tapi baru teringat nak up harini), aku terus ushar Hi Shop. Ha itu adalah antara hobi aku kalau takda kerja dekat office ni. Stalk segala website yang ada menjual segala barang sebab aku tau aku takkan beli dekat kedai. Hahha.

Bila dah bukak website HiShop, terus searh BB Cream , ha keluarlah segala jenama untuk BB Cream. Aku terus teruja! Haha teruja sampai aku blur, tak tau nak pilih mana. Memandangkan aku jarang makeup dan guna bila terasa nak guna, aku jumpa ni

 4U2 Dreamgirl Faith BB Cream 30ml
 
Dan aku beli ye !

3 in 1 product: Make Up Base, Liquid Foundation, Powder. Natural Look, Blendable, Long lasting, universal Color

Dah hampir sebulan aku jarang guna, memang bestlah pakai. Tapi dia macam cair sikit. So aku letak secara terbalik. Penutup tu kat atas. Yang kat gambar tu, pagi tadi baru aku amik gambar, Tegakkan sekejap sebab takut dia melimpah (padahal tak pun) Paranoid sangat aku ni. Hhehe.

Jadi kepada sesiapa yang suka makeup ikut mood macam aku, korang boleh try produk ni. Serious murah. Bawah RM20 je pun plus korang boleh pilih dua atau tiga sample PERCUMA dari HiShop dan korang akan dapat voucher lagi! Ya Allah pemurahnya HiShop ni. So jom shopping dekat HiShop !

Okay nak sambung shopping. Byebye!