June 9, 2026

Tukar Hadiah Dulu, Menangis Kemudian ๐Ÿ˜‚

Assalamualaikum.

I am back with another family story! Kali ni kita ke Melaka untuk Family Day keluarga FANS pula. Setelah berbulan-bulan planning dibuat, hiccup di saat akhir tu tetap ada. Biasalah, kalau bukan kita yang buat silap, orang lain yang buat. Benda pun tak dirancang, tapi Alhamdulillah semuanya dapat dikawal dengan baik oleh semua orang.

Tapi ada satu hal yang berlaku selepas dapat refund tu yang sampai sekarang masih buat aku geram. Aku geram, ahli keluarga lain pun sama. Nanti dekat hujung cerita aku share apa yang jadi.

To be honest, aku TAK AKAN share dekat mana kami menginap disebabkan satu isu ni. Walaubagaimanapun, tempatnya memang best. Rumahnya cosy, cantik dan selesa. Somewhere in Melaka lah I would say. ๐Ÿ˜†

Jadi, Family Day kali ni berlangsung pada 30/05 hingga 01/06 di Melaka. Alhamdulillah semua selamat sampai sebelum petang. Walaupun dengarnya jalan menuju ke Melaka agak sesak hujung minggu tu, kami tak masuk kawasan bandar pun. Sikit-sikit je terkena jem.

Macam aku sendiri, perjalanan dari Jasin (aku pergi kenduri cousin) ke homestay mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit. Disebabkan itu, kami berdua menjadi orang pertama yang sampai. Lepas tu barulah diikuti oleh Kaklong sekeluarga, Mama Ayah dan juga keluarga Syaz serta Erin.

Sampai je dekat homestay, aku melepak-lepak kejap sementara tunggu Kaklong sampai. Then kami keluar pula ke Mydin MITC untuk beli barang dapur yang masih tak cukup. Biasalah, walaupun dah buat list awal-awal, mesti ada juga benda yang tertinggal. ๐Ÿ˜‚

Lepas selesai membeli-belah, kami terus balik ke homestay dan sambung melepak. Selepas Maghrib, kami solat berjemaah sebelum memulakan aktiviti pertama malam tu iaitu sesi tukar-tukar hadiah.

HAAAAAA... yang ni memang semua excited!

Eh kejap, dinner dulu sebelum buat apa-apa. ๐Ÿคฃ

Menu malam tu agak simple tetapi mengenyangkan. Ada nasi putih, ayam kicap, kangkung dan ulam-ulaman. Tapi ulam dia tak macam ulam sangat. Entah macam mana nak explain. Hehe. Yang penting, Alhamdulillah kenyang.

Selesai sesi tukar hadiah, kami teruskan pula dengan aktiviti kedua iaitu Parents Challenge.

Untuk game ni, kami sediakan pelbagai soalan berkaitan Mama dan Ayah. Ada soalan tentang mereka berdua, anak-anak dan juga perjalanan kehidupan sepanjang mereka membesarkan FANS adik beradik.

Serius, game ni antara yang paling best.

Ada masa kami ketawa sampai terbahak-bahak bila dengar jawapan yang tak disangka-sangka. Ada masa pula suasana jadi sebak dan emosional bila bercakap tentang masa depan anak-anak serta harapan Mama dan Ayah untuk keluarga.

Memang banyak momen yang buat kami sedar betapa cepatnya masa berlalu.

Lepas habis Parents Challenge tu, semua orang dah tak berapa nak challenge dah. Masing-masing penat dan mengantuk. Oh, yang lelaki mostly nak ready tengok bola lah apa lagi kann.

Sebelum masuk tidur, kami sempatlah briefing sikit pasal aktiviti esok. Nak bagi semua orang bersedialah kononnya๐Ÿคฃ 

Dan begitulah berakhirnya Day 1.

p/s: no gambar sebab phone semua simpan. fokus! hahaha

June 3, 2026

Bila Family Berkumpul, Memang Tak Duduk Diam

Assalamualaikum.

Selepas dah berpenat lelah dengan segala persiapan dan urusan kenduri, ma pula buat satu lagi majlis makan-makan santai depan rumah. Kecil-kecilan je sebab yang datang pun keluarga terdekat dan saudara-mara sekitar kawasan sini. Tapi walaupun kecil-kecilan, meriah tetap meriah. Hehe.

Macam-macam menu ada tengah hari tu. Antaranya kambing bakar, mashed potato, coleslaw, tembikai, laksam dan banyak lagi. Memang boleh dikatakan penuh meja dengan makanan. Sampai ada lebihan kambing yang boleh ditapau bawa balik. Rezeki jangan ditolak, kan? HAHAHAHA.

Ni je ada dalam gallery.

Malangnya, ni je gambar yang sempat ada dalam gallery. Bila dah seronok makan dan bersembang, memang terlupa terus nak ambil gambar banyak-banyak.

Sambil menjamu selera, sambil lah bercerita pasal apa yang jadi sepanjang kenduri hari tu. Dari cerita persiapan, kejadian-kejadian yang tak dirancang, sampai lah benda-benda lawak yang jadi sepanjang majlis. Macam biasa, bila keluarga dah berkumpul, memang tak kering gusi dibuatnya.

Sempat juga celebrate birthday untuk yang lahir bulan Mei dan Jun. Sekali harung terus. Hehe.

Sempatlah celebrate birthday May/June

Tapi cuaca hari tu memang tak boleh dijangka. Mula-mula panas betul sampai rasa nak cari kipas tambahan. Lepas tu tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Terus kena asingkan meja kepada dua bahagian dan cari tempat yang lebih selamat untuk berlindung. Tapi biasalah, hujan-hujan pun majlis tetap diteruskan. Hujan boleh turun, makan tetap kena jalan. HAHAHA.

Yang paling kelakar, tengah-tengah makan dan berborak tu, entah macam mana boleh muncul idea nak main badminton malam tu. Mula-mula macam sembang kosong je. Semua orang bagi reaksi 50-50. Tapi Balqis memang bijak. Dia terus book court tanpa banyak soal. HAAA... bila dah book tu, tak ada siapa boleh tarik diri dah.

Kelam-kabut lah semua orang lepas tu. Yelah, court pukul 8 atau 9 malam, tapi pukul 6 petang masih lagi duduk dekat majlis makan-makan. Lepas kemas meja, packing makanan dan bersihkan apa yang patut, masing-masing terus balik rumah untuk bersiap.

Nasib baik rumah dekat-dekat je.

Bila dah sampai court dan mula main, terus rasa macam...

"Haa... patutnya kita book dua court terus."

Yang datang awal termasuklah sayerrrrr

Wahhh, siap ada perancangan untuk next time terus tu. ADA NEXT TIME OKAY GAISSSS. ๐Ÿคฃ

Tetiba court sebalah ajak lawan

Dan sehingga entry ni ditulis, masih belum nampak lagi bayang-bayang "next time" yang dijanjikan hari tu. Tapi biasalah, benda macam ni selalunya bermula dengan ayat:

"Nanti kita repeat lagi eh."

Yang hadir!