November 23, 2015

Maggi Ketam, Bangi Gateway

Assalamualaikum.

Ahad lepas (15 Nov), masa kiteorang tengah rileks tengok tv (baru lepas lunch ma masak), kat group, Ujah tanya kata mana jual maggi ketam tu. Cik Zura kata dekat Bangi. Okaylah, mak buyong tu (Ujah) dia plan nak makan hujung bulan, lepas gaji. 

Alolooo kesian mak buyong itteww. Then ma ajaklah dia makan. Eh semua orang pun nak join. Ayuh! 

Aku masa ni dah nervous sebab aku dah booking nak makan steamboat. Kang takut tak sempat. At the end, semua setuju jumpa lepas Maghrib dekat Bangi. 


Kiteorang sampai sebelum jam 8 malam. Dah siap Maghrib semua dekat kedai sebelum ni. So being us, kiteorang suka jalan-jalan dulu. Yelah awal lagi kot. Plus semua tak sampai lagi walaupun kata lepas Maghrib. Biasalah manusia. Hahaha (tengah tahan angin)

So masing-masing sampai around 8.30 pm kot? Dah Isyak weh! Haha. Aku adik sempat pergi bookstore beli buku. 

Order lah makanan yang nak dimakan. Okay, aku satu family tak makan pun maggi tu sebab kekenyangan. So amik bau jelah okay. Tapi nampak macam sedap weh!


Muka mak buyong yang tak sabar nak makan maggi ketam. Hahah. Pastu mengomel mana maggi tak sampai lagi. Hhaha. Ingat dia magic ke order, terus siap?! Derr sangat awak ni -.-'



Tarraaaaa~~

Ni maggi ketam Ujah. Bapak besar weh ketam dia. Serious ah aku ingat dia akan bagi anak ketam je tapi jangkaan ku meleset sampai kemana-mana ntah. Besar dan puas hati lah kan kalau macam ni. 


Dah dapat maggi pun nak membebel lagi -.-'

Letak gambar tu dekat group, pakndak reply gambar bawah ni

...


Hahahah!

Bolehlah ndak.

---------------------------------------------

Korang, kalau nak try, boleh pergi dekat Bangi Gateway. Dekat food court tingkat 1 tu je. Jangan risau, tempat duduk mesti ada punya.

crdit pic: blog Ibu Siti

November 20, 2015

Bakar Bakar Steamboat Grill House, Bangi

Assalamualaikum.

Setelah berhari-hari, berminggu-minggu planned, akhirnya pergi jugak menjejakkan kaki dekat Bakar-Bakar Steamboat Grill House ni. Memula aku tengok dekat FB page dorang je. Okay menarik. Kena bawak seisi keluarga pegi ni since memasing suka makan kan. So yeah!

crdt pic: Google

Apa yang aku baca, nak datang sini, korang kena buat reservation dulu. Takut dah datang tapi takda meja. Baiklah, aku ikut pesanan korang. Aku call, and buat reservation dulu. Janji 5.30pm aku sampai. Aku sampai around 5.30pm dari Ampang.

Aku dah baca banyak review pasal tempat ni. Tempat solat, tempat makan, environment dia macamana, semua okay je. Sampai je sana, aku terus pergi bilik solat. Okay besar, luas. Kira selesalah. Cuma, kena letak cermin satu kot. Biasalah wanita kan. Ehcehh. Toilet pun takda cermin ni. Nanti letak okay :)

Okay, jom pi makan!



Ma up gambar ni dekat whatsapp. Terus aku cepat-cepat turun. Tak sabar uolls. Hahhaa.

Aku sampai, aku terus pergi tempat makanan. Okay macam-macam ada, standard tempat steamboat grill lah kan. Daging, ayam, seafood semua ada. Sayur, maggi, buah-buahan pun variasi jugak ni. Terus blank tak tau nak makan apa.

Aku amik daging paling banyak. Banyak-banyak tu, aku suka gilaaa daging yang diperap dengan blackpepper. Sedap gilaaa! Sampai aku tanya dekat staff situ, ada lagi tak since dalam mangkuk dah habis. Nasib baik ada weh NASIB BAIK! hahaha.

Aku ada tengok dekat FB page dorang, yang dorang ada sushi jugak. Tapi masa aku datang, ada satu jenis sushi je. Mungkin yang lain dah habis kot? Mungkinlah. Kalau masa korang datang ada pelbagai jenis, itu rezeki korang. Okay? :)



Happy family iolls.

Alhamdulillah dapat makan steamboat grill satu keluarga. Haa aku dah rasa macam nak beli je benda alah steamboat ni. Boleh buat dekat rumah. Tapi nak kena mintak green light dulu. Kang, tak pepasal takda guna, rugi!

--------------------------------------------

Bakar Bakar Steamboat Grill House ni ada dua cawangan. Satu dekat Uda, dan satu lagi dekat Bangi. So kalau korang call nak buat booking, mereka akan tanya. So jangan risau.

Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat : 2pm - 12am
Sabtu , Ahad & Public Holiday : 12.30pm - 12am

Ni alamat:

No 2, Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bangi, Selangor.
(dekat dengan Tutti Frutti)

Harga:

Dewasa : RM45
Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM20
6 tahun kebawah : PERCUMA

Untuk booking / pertanyaan, korang boleh hubungi :

Puan Suzana - 012 7105549

November 19, 2015

Ahad yang sibuk. Ahad yang penuh dengan makanan!

Assalamualaikum.

Kembali lagi kita. Hahah. Grrr ni cerita hmm Ahad lepas? Yes! Lagi 3 hari, dah seminggu cerita ni. Haha. Weh well aku bz weh. Bz teruk gilaa! Ni pun update sebab takut lupa. Lagi lama aku peram, lagi lupalah aku. So sementara si Bigbang tak masuk lagi, marilah.

Ahad lepas, since semua orang ada dekat rumah. Ye, SEMUA. Semua orang cuti hari Ahad. Apa lagi, jomlah semua ikut ma cari barang. 

First stop, Pasar Pudu (kalau tak silap aku). Ma beli barang-barang basah dekat sini. Fresh kan. Orang, janganlah ditanya. Ramai gilaaa weh! Bersesaklah dalam tu. Lepastu aku nampak produk company aku dekat situ. Aku terus macam orang gila! Haahah saiko -.-'

Lepas dah beli barang, pergi sarapan pulak. Sekali lagi, jangan tanya kat mana aku sarapan. Aku tak tau. Yang aku tau, dia berdepan dengan dua CIMB. Kedai dia tepi jalan, ramai orang. So aku assume, kedai ni makanannya sedap. Okaylah. Tapi lepas tu aku sakit perut. Hahah. Sambal pedas nau kot?

Second stop, Jln Tar. Aku dah lama tak pergi sini. Lama tak lama, adalah beberapa bulan. Ma amik barang dia dekat sini, sesambil cari tudung ma nak pakai untuk Majlis Graduasi sekolahnya. 


Achik sempat tangkap gambar aku, lepastu letak dekat group whatsapp. Koajar sangat!



Third stop, Kenanga City. Ma nak amik barang yang kawan dia order. Ni kali kedua aku datang sini. Haaa rambang mata iolls dekat sini. Semua nak, semua cantik. Standard perempuan lah kan. Baba achik Zikri rilek je. Hahaha. Adik pun rambang jugak mata dia okay. Biasalah bebudak. Hiks!


Dah siap beli barang, balik lah rumah. Ma masak. Pastu ada mak buyong teringin makan maggi ketam. Tu cerita malam nanti.

So since semua ada dekat rumah, aku dengan Achik memang planned nak ajak ma baba and semua orang dekat rumah (padahal weoll 6 orang je) makan steamboat & grill. 

crdt pic: Google

Aku baca review sebelum datang sini. Aku tengok FB dia jugak. Okay, ada sushi since adik sukaaaa gila sushi. Pilihan pun banyak. Tapi masa aku datang, sushi ada satu jenis je. Aku tak sure sama ada memang dorang letak satu jenis atau yang lain dah habis. Daging semua dorang refill bila kita suruh refill. Nasib baik.

Tadi awal-awal aku ada mention yang ada mak buyong teringin makan maggi ketam kan? Okay, lepas makan steamboat, aku sekeluarga terus ke tempat yang menjual maggi ketam ni. 



Ku sangkakan ketam yang dihidangkan hanyalah anak ketam sekali bila dia letak atas meja, mak datuk, bapak besar weh ketam. Not to worries, aku tak makan pun maggi malam tu. In fact, the whole family aku tak makan. Dah kenyang makan steamboat kan.

And kiteorang balik dari situ around 10 mlm macam tu. Fuhh dasyat ni.

p/s: Untuk full version kedai-kedai makanan ini, NEXT POST ya!

November 11, 2015

Azlina's Reception vs Presint 8's ladies

Assalamualaikum.

Ni cerita Sabtu lepas. Awal en aku update. Hahah dah nak seminggu pun. Okay, last minit tau benda ni. Aku tau hari Jumaat, sehari sebelum majlis. Hahhaa. Mungkin dorang nak pungpangpungpang dalam group tapi aku tak amik port sangat sebab group ni lebih kepada budak acc waktu form5 dulu. Budak art ada 2 orang je, which is aku and Azliana. So seganlah nak masuk campur. Gitu. 

Biasalah tak semua yang kita plan, menjadi. Betul tak? Macam kenduri Farah. Ma baba dah bagi tapi ada kenduri pulak kat Banting plus aku kerja. So otoke? Terpaksalah cancel. 
Sorry Farah. Aku tau kau touching dengan aku. Aku tau Facebook Cry Emoticon
Aku dah bagitau ma pun aku MUNGKIN tak jadi pergi kenduri kawan aku ni. Sebab the girls tak pergi. Pastu Teyka ada hal. So takkan sorang-sorang kan? Then pagi tu, masa aku buat kerja, Hale whatsapp suruh siap. Dia amik! Apa lagi kegembiraan berganda-gandalah kan. Hahaha. Aku tak siap pun. Dia janji pukul 11 tapi biasalah melayu. Hahaha. Pukul 12 lebih baru sampai. Aku pukul 11.15 dah siap segala. Sementara tunggu Hale datang, aku siapkan kerja aku dulu. By dia datang, kerja aku dah siap 80% pheww Facebook Kiki Smiley 

Sampai dewan p8, pengantin dah siap-siap nak masuk makan beradap. Weh banyak kenangan aku dalam dewan ni. Masa aku duduk Putrajaya, aku aktif teater jugak. Hale lah partner in crime aku. Hahaha. So kiteorang pernah teater dekat sini, selain library p8 and Taman Botani. Taman Botani lagi memorable sebab masa tu Tun M yang merasmikan Taman Botani tu. Aww rindu dulu-dulu.

Okay, dah tersasar cerita teater pahal kau pejah? -_- 

Kiteorang masuk dewan, hmm macam terkejut sebab dewan kosong. Terkejut weh. Ingatkan dah habis kenduri sebab meja kosong. Adalah 6 7 meja yang ada orang, yang lain kosong weh. Mungkin orang ramai dah balik kot? 

Aku suggested amik meja dekat dengan meja buffet, senang sikit. Haha. So yes, sebelah je uolls. Perangai sangat ni.


Meja sebelah buffet uolls! kehs
Masing-masing dah keluar dari Putrajaya. Sorang Kajang, sorang Ijok,
haa ni paling jauh, Perak nun!
Ni perangai standard ah ni. Ein mana ntah.

With pengantins


Aku cakap 'Hale amik gambar, berdiri tengah' tapi dia tak dengar kot?
Last sekali, hmmm tengahlah sikit -.-
Aku dalam toilet masa ni. Qila muka dulu kini selamanya sama je. Cantik!

 Qilala , Ein , Meh , Hale , Pengantin's Banner , Illa , Zuraini , Aziela , Liyana

Lepas dah bergambar dengan pengantin, baliklah kita ke rumah masing-masing. Aku lapar lagi tapi tahan sebab dah ajak family aku makan luar malam tu. Tapi tak jadi sebab adik tak sihat. Next time! Wohooo~

Anw, thanks Hale and Noh sebab sudi amik/hantar iolls balik. Susah-susah je. Lain kali, susahkan lagi ye? Hahaha.

And, Selamat Pengantin Baru, Azlina dan pasangan. Semoga berkekalan , bahagia hingga akhir hayat. Amin.

November 8, 2015

Weekend, why you end so fast?!

Assalamualaikum.

Yes, harini Ahad. Hujung minggu bakal berakhir dalam masa beberapa jam je lagi. Haaa kenapa sekejap sangat? Selasa cuti kan? Bos, why not cuti direct je sampai Selasa? Hehehe. Nasib baik bos tak baca blog picisan ni. Kalau tak, habislah kau pejah =.=



So yeah, harini ma buat donut. Aku tolong goreng jelah. Tu je sempat. Hehehe. Sedap weh. Dah lah kecik, pastu gebu-gebu pulak. Kat kedai memang tak dapat lah macam ni kan? Aku baru telan dua. Tengoklah kejap-kejap lagi ke?

Baba dengan Achik tengah tengok Bizzarre Foods: America. Fav program seisi keluarga. Sedapnyaaa dia makan. Kejap lagi Achik kerja. Ma pun kerja, ada hari sukan sekolah. Mungkinkah kita akan menyusul kemudian? Haaaa nak teh tarik cool blog T_T

Dah, nanti aku update pasal kenduri Azlina. Itupun kalau aku rajin lah eh? Heheh. gambar takda langsung dekat phone aku. Malas nak guna phone aku semalam. Anw selamat pengantin baru, Azlina.

Bye.

November 6, 2015

CoolkiesMega

Assalamualaikum.

Ada satu hari tu, sedang aku tengah rehatkan mata, aku scroll Twitter aku and nampak orang-orang ni RT tweet yang sama. Haaa tweet apakah? Facebook Confused SmileyFacebook Confused Smiley


Haaaa mulalah hati tak keruan Dancer Emoticon

So Selasa (minggu ni) aku halfday. Pastu masa tengah lepak dengan adik tengok tv, eh nampak lagi tweet yang sama. Kebetulan sebelum ni aku memang pernah DM dia, tanya harga/based dekat mana semua. Haa dekat Saujana Impian je. Dekat jugaklah dengan rumah aku. So haritu, aku tanya dia ada buat delivery area rumah aku tak haritu, then Mega (owner #coolkies) dia reply kata ada. Aku terus order 3 pack which is RM10. Promo katanya.

Tunggu punya tunggu.. Padahal setengah jam je. Hahah. So around 4 lebih, dia mesej kata dah sampai. Dengan hujan lebat gila, si Mega salah block. Nasib baik dia tak naik atas. Kalau tak, penatlah weh. Hahhaa. Last sekali, aku suruh dia tunggu je dekat bawah.

Pastu nampaklah kelibat kereta berwarna kuning memasuki ruang Car Facebook emoticonCar Facebook emoticonCar Facebook emoticon

Thanks Mega sebab sudi hantar walaupun hujan lebat gilaaaaaaaaa Umbrella EmoticonFacebook Thunder Emoticon

Adik suka gila yang #mrblack . Alaa chocolate kan. Ada ke chocolate yang tak sedap? Smirking smiley

Emoticon in love


Bagi aku, aku prefer #mrblack daripada #mrswhite . Kenapa? Sebab aku punya sukalah! ahhahaa. Taklaa, #mrwhite ada oat so aku tak gemar sangat. And yes, promo still on going and aku tak dapat pape pun by blog benda ni. Saja nak share.

DM @CoolkiesMega NOW!!

November 2, 2015