December 31, 2018

End of 2018


Assalamualaikum.

2018 hampir ke garisan penamat. Adakah impian korang terlaksana?
Untuk aku, banyak! Benda yang aku sendiri tak expect pun ada. Betul-betul takda dalam wishlists 2018 tapi aku terima dengan hati yang penuh gembira. Alhamdulillah. Let's recap apa yang terjadi dekat aku sepanjang tahun 2018 ni.  Semoga aku ingatlah setiap detik yang berlaku sebab ada je detik yang aku dah lupa. Biasalah semakin hampir dengan 3 series gittewww ..

Januari
#PurWhi bertukar tuan! Ego kesayangan aku. Harta pertama yang aku ada sejak aku bekerja. Sebab dia jugaklah aku merasa show atas highway. HAHAHAHAH disebabkan nyawa dia pun dah macam semput, boleh pulak dia termati sendiri dekat highway, nasib baiklah dekat dengan rumah aku. Gigih aku tolak sampai bengkel. Memori sangat.

Februari
10 tahun aku sebagai penulis blog aku yang superAWESOME ni. Wahahah siapa lagi nak puji blog aku kalau bukan aku sendiri, ye dak? Tapi sekarang aku ada FANS yang puji blog aku. Hehhee

Mac
My very 1st take off, dan ke Vietnam. Wehooo akhirnya impian aku untuk terbang tu tercapai. Alhamdulillah. Aku memang tak pernah terfikirlah sebenarnya sebab hmm takda sebab pun lah. Aku memang had fun dekat sana cuma takdalah semua makanan Viet aku dapat rasa. Tomyam dia manis, tu je. HEHEHEHE

April
Aku semakin serious dalam mencari kawan-kawan baru sebab aku dah start bosan bila malam je aku tak boleh tidur. I need someone to talk with. Tak kisah perempuan ke lelaki, semua aku kawan. So far D (korean girl) masih menjadi kawan aku and aku jumpa FANS.

Mei
Bulan dimana aku kembali keep in touch dengan FANS selepas dia MIA secara tiba-tiba. Heh betul -.-

Jun
Happy 27th Birthday dearself 🌹

Julai
Met FANS for the first time!

Ogos
Dearest Bestfriends, Teyka & Zera selamat mendirikan rumah tangga. Dasyat sangat ni, majlis selang seminggu je memasing. Alhamdulillah

September
Plan something yang berat untuk masa depan diri sendiri. 

Oktober


Zalora's Thread Writer Photoshoot!
Nervous dia, jangan cakaplah. Even kawan kau ada kat situ secara tidak sengaja pun, kalau dah kayu tu, memang sampai bebila lah kayu. HAHAHAHAH tapi seronok! My second year with Thread by Zalora

November
Aku belajar untuk jadi FAME dropship tapi nampaknya usaha tu gagal, yang mana takda siapa pun nak beli dengan aku. HAHAHAH gila sedih weh. Oh Bet je beli. Thank you Bet, andalah penyelamat. Dan lagi sekali, aku jatuh motor. HAHAHAHAH

Disember
Bulan yang penuh onak dan cabaran. Alhamdulillah, one step closer orang cakap.
I'm Officially FAN'S Clingy Fiancee 💜

Semoga tahun baru 2019 membawa aku ke tahun yang penuh gembira dan gelak tawa. Aku dah penat nak sedih, sentap semua sebab 2018 terlalu banyak aku bazirkan air mata. Not worth it at all. Jadi, semoga aku semakin kuat menghadapi hari-hari mendatang. 

Selamat tinggal 2018, tahun yang penuh misteri, memori dan kenangan 🌺

December 25, 2018

Christmas Day

Assalamualaikum

Live update dari grandstand Padang Langat. Adik ada game dari pagi sampai petang. So far Adik tadi seri dengan apa tah aku lupaaaa..

dan macam biasa, aku dan lapar tak dapat dipisahkan. Aku lapar dan aku rasa annoyed dengan makcik-makcik depan aku. Aku faham konsep tengok bola, support kena jerit sebab excited bagai kan? tapi aku tetap annoyed sebab aku lapar! hahahah so aku tengah emosi. Dengan pakcik depan aku makan apam mini tu, haishh mulalaj rasa nak makan jugak.

why you so mengada pejah? WHY?!

Cuaca dekat padang ni kejap panas, kejap redup. Hujan tak pun.

Gtg, adik's turn now!

December 17, 2018

December 10, 2018

Mood: Cuti 1.0

Assalamualaikum.

Harini macam biasa, aku masuk awal jugak. Mungkin sebab tadi aku nak dropped adik dekat padang kalau tak, aku lepas 8:30am jugak clock in. HAHAHAHHAA. Aku tak tau lah kenapa macam tu sekarang. Esok mesti aku lambat sebab adik tuition instead of pegi padang. Hmmm :(


Artworks basically semua dah siap. Aku bahagia gilaa. Eh tapi pagi ni dah dapat yang baru lah. Takpe, aku masih dalam mood excited nak siapkan kerja sebab nak cuti. Tak sabar nak cuti, cuti, makan. HAHAHAHAHA. Semua orang dalam office pun excited nak cuti. Shir siap cakap sudah mood cuti harini ... dia bila je takda mood cuti tah 😝

Ok, aku ada paparazzi or since dia adalah seorang wanita, makanya Hi Mamarazziiiii 😊 

Dah, aku nak sambung buat artworks yang baru dapat ni supaya esok boleh cuti dengan tenang dan sambung kerja balik pada Rabu dan Khamis dengan hati yang tenang jugak. 

p/s: aku cuak sebenarnya harini.

December 6, 2018

New article is up on Thread!

Assalamualaikum.

Update korang dengan HEY! My latest article is up on Thread guys!



Click HERE


Happy reading!

December 4, 2018

Malam hari ..

Assalamualaikum.

Agak lama ya aku tak buat kerja dekat rumah and I'm back with aktiviti-aktiviti menyiapkan artworks dirumah.

Sigh.

Aku mengantuk ni gais. Serious mengantuk tapi aku baru lepas makan jadi aku amik masa untuk buat kerja sikit sebelum tidur. Tapi masalahnya aku buat ke kerja? Haaaa ini pun sign in blog dulu. HAHAHHAHAHAA sesambil tengok Meletop lagi.

Haishhh lah pejah ..

Sesambil lagi adik makan laksa selepas acah-acah nak diet 😒

December 3, 2018

One more week.

Assalamualaikum.
Good morninggggggg :)

7.59 am, aku dah terpacak kat depan office. Aku macam terkejut sebab semua orang masih melepak kat area parking lot. 

eh tak masuk lagi ke? 
eh awal sangat ni aku sampai!
eh biar betul belum pukul 8?!
- bisik hati kecilku ...

Gittew sekarang, bermonolog 😎

Jadi sebab dah sampai terlalu awal, aku curi masa sikit untuk update blog. Mungkin next week tak terupdate ke apa, we never know. Hahahah. Aku dah start busy, pening semua dah ni. Eh tak tak. Aku acah-acah busy je lah macam biasa. Wakakakak 😜 Relax ahh, nak stress buat apa. Aku stress dengan diri aku sendiri dah lah kan?

Have I mentioned yang aku ada jatuh dua minggu lepas kot? eh entahlah, aku lupa. Ok bahu kanan aku dah start sakit. Haritu sakit jugak pastu macam ok dah tapi weekend, dia kembali sakit. Sengal-sengal macam tu. Haishh amenda tah sakit-sakit ni. Aku ada banyak benda nak buat lah, dia datang. Masa aku chill, free and easy, taknak pulak dia datang menyinggah. Haa kan dah membebel 😑

Haa aku jumpa gambar FANS dizaman muda mudi dia. Wow muka belia remaja uollsss. Pose bergambar adalah sama sampai sekarang. Tak tukar. Aku rasa trademark dia. Heheheh eh Hi my fav FANS!

And I got to goooooo. Aku nak siapkan sebanyak mungkin artworks and kerja-kerja yang lain sebelum next week tiba. Form cuti pun tak apply lagi ni. Takut lah macam biasa 😰 

Bye.

💜 I'll see you in a week!

December 1, 2018

Happy 27th Birthday, Bet 🎂

**Birthday Shoutout**

Cerita ringkas. 
Masa sekolah kiteorang bukan kawan baik pun. Ia lebih kepada pembuli dan dibuli. Hahaha. Anda ingat Betty, la fea? Yes, itulah punca wujudnya nama Bet untuk si Birthday Girl ini. Siap tukar sekolah sebab tak sanggup nak kena buli. Hmm kesian kau, Bet.

Cerita terbaru.
Kitaorang sekarang hari-hari nak call/whatsapp sebab nak bergossip! Hahahaha. Ya ampun macam-macam lah benda nak cerita. Memasing drama kan, memanglah cerita non stop 😎


Dikesempatan ini, dihari yang memang ditunggu-tunggu oleh
seorang Nur Liyana Syafiqah ini, Happy 27th Birthday my fav PA, Bet !

Macam biasa, doa-doa cliche ..
Semoga kau dipanjangkan umur - dapat membahagiakan mama dan abah kau.
Semoga kau diberikan kesihatan yang baik.
Semoga apa yang kau impikan tercapai tahun ni, kalau tak tahun ni, tahun depan lah :)

Thank you sebab jadi kawan aku - kawan yang nak dengar aku borak tengah-tengah malam no hal. Kawan yang boleh bergaduh pasal filem Malaysia. Kawan yang boleh masakkan untuk aku jugak. HAHAHA.

p/s: Agak-agak aku dapat tak spaghetti sebab dah wish kau kat sini? 😜🍝

Happy 27th Birthday, Liyana Syafiqah !