April 28, 2016

Salted Egg Yolk Croissant

Assalamualaikum.

Sekarang aku tengah free ~~~~ Hehehe. Kerja siap dah tadi, so dah tak tau nak buat apa lagi. Chop! Bukan aku takda kerja ye. Kerja pagi tadi dah siap. Kerja untuk petang, nanti 3:30pm baru turun. So ada masa sejam ni untuk tunggu 3:30pm. Well boleh je turun awal tapi .... takpe! I is tak rajin nak turun panas-panas ni. So kita relex dulu ~~

Anw korang tau kan aku memang peminat roti / pastri segala kan? So haritu aku adalah terbaca dekat blog SuperMeng pasal molten salted egg yolk custard croissant ni. Masa tu macam ishh sedapnyaa tapi aku tak makan croissant, camne?

Pastu lupa dah. Hahaha

Then ada satu hari, singgah Tesco Semenyih. Ma nak jumpa kawan dia, and busu satu family pun ada dekat situ. Masa nak naik atas tu, nampak ada salted egg yolk croissant ni. Masa tu macam nak beli lah try. Pastu tanya busu, busu kata dia tak makan benda pelik-pelik. Hehehe.

Lepas baba ma dah setel jumpa kawan mereka, kiteorang nak balik lah kan. Jadi aku singgah dekat King's. Mula-mula beli jelah apa-apa pastries yang terkenan dekat hati. Salted egg yolk croissant ni aku tak pandang pun sebab takut nak try tapi tadi kata nak try -.-'

1st round: setel.
2nd round: masuk balik King's lepas cuba tester salted egg yolk croissant ni. Lepas tu ada promotion pulak. Kalau 1 - RM5+, 2 - RM9. Kau rasa aku beli sebab apa? Of course lah sebab promotion! HAHAHA! Sebab aku rasa yang tester ni sedap gila weh.


gambar dari encik google


Tapi bila dikoyakkan, takdalah macam ni pun. HAHAHA! 

Aku beli around pukul 2 atau 3 pm macam tu. Aku makan salted egg yolk croissant ni malam tau. Dan ia sangat lembut walaupun dah berapa jam aku beli. Sedap!

Fine! Aku teringin!!

April 25, 2016

Short weekend getaway - Cameron Highland

Assalamualaikum.

Dah kenyang makan besarkan? So Sabtu, pagi ni aku ma busy sikit. Aku ada kelas, Ma pun ada kelas. So aku habis kelas pukul 10 pagi. Hahah. Aku dah cakap, pukul 10 aku nak blah, so memanglah. Hahaha! Tak sanggup aku nak duduk kat panas terik lama-lama. Pening. 

Balik rumah, kemas baju semua. Sharp 2 petang, semua keluar. Okay, we're going for short weekend getaway. Achik je tak ikut. Aku tak tau apa masalah mamat ni. Macam dia sorang je kerja. Tak reti nak cuti ke camne tah. Stress aku.

Pukul 2pm bertolak. Adalah singgah menyinggah dekat RNR, Mydin semua. Aku tapau roti. In case lapar ke, so roti pilihan aku. Sebenarnya aku memang lapar roti masa tu. Aku berharaplah ada Kings dekat mana-mana. Tapi hampeh, takda. Adalah bakery kat Mydin tu. Roti tak banyak choices. Ada sikit je. Aku beli jugaklah.


Masa ni dah start lapar. Dah nak malam tapi tak sampai-sampai lagi. Sebab apa? Sebab jem weh!! Kereta belakang semua potong line, so makin lambatlah sampai. 




Menikmati keindahan sepanjang jalan dulu lah. Masa ni dah start sejuk, rasa macam haishh bilalah KL nak sejuk macam ni balik? Terus rasa excited naik Cameron tu. Jem punya jem, kiteorang cari hotel. Weh ni kira percutian paling gamble yang pernah family aku buat. Hahaha. Rasa macam explorace! And finally, 11:40pm, we're finally  got our room at Hotel De'La Ferns. Hotel dia lawa. Cantik. Walaupun nampak macam kecik.


 Our hotel - Hotel De'La Ferns


Our room. Baba dengan ma amik satu bilik tapi bilik tu ada 2 king/queen bed and 2 single bed. Besar kan?  Memang puas hati lah. Oh puas hati gilaaa! Please tidur sini lagi eh kalau kita naik Cameron?! hehe. Kira aku satu family memang sesuai lah bilik ni.



Our night view. Masa ni dah midnight weh. Tu kedai tepi tu pun dah on the way nak tutup. Gigih aku duduk tunggu orang  amik order. Weh lapar ok. Last makan lunch kot. Sekali Zikri suruh tanya, waiter kata dah tutup. Terus seret kaki naik bilik. Wahh drama sangat kau pejah. Hahaha



Hey, good morning from Cameron Highland! Ni pukul 7am. Masa ni dah kelam kabutlah siap, sebab busu sekeluarga, cikyah sekeluarga and opah dah on the way datang. Masa Busu called, dia kat Tapah. So kiteorang decided nak breakfast dulu. Makanan dia weh sedap! Siap bertambah aku makan. Haha. Tak tau lah sebab memang sedap atau aku lapar. Atau aku memang pantang nampak makan en? kekee. Hari terakhir di Cameron. Kejap je dah last day T_T


They're finally here! Masa ni nak keluar pergi pasar pagi dekat Brinchang tu. Opah dengan Paksu je tak ikut. Penat, mereka tidur dalam bilik. Nak pergi pasar tu, JEM!! sabar kan, sabar.


Lepas membeli belah dekat Brinchang. Busu memang tapau strawberi banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaa dekat Brinchang. Adik dapat jeket tobot dia and dia sempat pau baba gloves and mainan. Bijak adik. Pastu whatsapp Achik gambar adik. Hahaha



A family potrait (?) without Achik. Adik muka asal macam tu dol?

 

Ma petik (?) terung kat ladang. Kurang dari 10 rasanya ma beli. Dekat sini jugak Busu dengan Cikyah beli salad, daun sup semua. Daun sup wangi.
 
 

Lepas dari ladang ni, kiteorang singgah beli petai kat tepi jalan tu. Dapatlah free seikat sebab pakcik tu kata kiteorang tak banyak songeh. Mueeheheh tapi petainya kecik-keciklah. Jadilah dari takda. Anw terima kasih pakcik yooo!

Singgah sana sini and sampai rumah dalam pukul 10 atau 11 malam macam tu. Penat gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa weh. Unpacked semua barang yang dibeli. Pastu mandi, rehat. Konon nak tidur awal lah. Penat kan? Last sekali dah pukul 2, aku masih segar tapi dah menguap tapi taknak tidur. Akhirnya aku tidur jugak lepas paksa diri untuk tidur, Dan aku malas nak kerja esoknya (Isnin) tapi aku sampai office awal. 

okbye.

April 21, 2016

Late birthday celebration.

Assalamualaikum.

Cerita last week. I is busy nowadays so takda masa nak update blog ke apa, unless free *macam sekarang* hahhaa. Sebenarnya dari semalam dah free, tapi takdalah free sangat tapi still ada masa lah nak mengadap Hangouts dengan bebudak Pondok giteewww :p

Ok, memang dah plan lamaaaaaaa since March. Tapi March macam semua orang busy. Baba Ma kursus. Aku Achik kerja. Zikri sekolah. Adik jelah kot yang free? Hahaha! Pastu adalah satu malam tu, memang nak pergi sangat, tapi bila sampai, steamboat semua dah habis. Weh almost midnight kot. Hahaha! Akhirnya makan dekat kedai makan biasa je sebab lapar. Kahkahkah sedih ok. Sedih!

Jumaat lepas (15 April), masa ni aku Achik tengah busy. Tiba-tiba ma whatsapp dekat group ajak makan steamboat malam nanti. Woii terus aku siapkan kerja sepantas boleh. Means sharp 6:30pm, aku nak blah. Called Achik tanya join tak? Mamat tu kata join sebab dia rasa macam tak ramai orang. 7:30, semua dah get ready nak makan. Oh Zikri pun ada masa ni. Memang asal ajak makan je, dia ada rumah. Rezeki dia.


Bersteambot and grilled lah kita! Heheheh. Family aku hmm takdalah penggemar steamboat sangat tapi kiteorang suka. Hahaha! Aku kalau makan macam ni, aku suka daging dengan salad dengan maggi je dengan desserts. Lain macam tak sangat, lagi-lagi seafood. Ketam semua tu, adik aku amik tapi aku tak makan. Bukan memilih, tapi aku tak pandai makan ketam sangat. So tak payahlah. Makan je daging sampai lebam. Hehehe.

Adik paling best. Dia amik semua yang dia nak makan lepas tu semua tak habis. Lepas tu, dia keep on amik yang baru. Dia sebenarnya nak main masak-masak je. Aiskrim pun sama. Dia amik tapi orang lain makan. Gedik sungguh budak rongak ni.


Ni pinggan semua the waiters dah amik. Semak atas meja banyak pinggan mangkuk cawan sudu bagai. Ni dah last trip, so semua dah kenyang. Tinggal nak habiskan apa yang ada je. Malam tu, ramai gilaaaaaaa manusia weh. Berlagalah bahu ni. Ehcehh :p

Next time kita pi makan besar lagi ye?

p/s: Happy Belated Birthday ma ♥☺

April 18, 2016

[SELLING] CNBLUE 6th Mini Album [BLUEMING]

*** Iklan ***

CNBLUE 6th Mini Album
[BLUEMING]

A Version.
Unseal.
Never Used.

Photocard: Kang Minhyuk
Postcard: Lee Jungshin

RM60 including postage (WM)
RM60 + RM5 (SM)

 


If YOU interested, do pm me or leave a comment here ^^

email: faizah.azmi@yahoo.com

thank you so much!

p/s: album still open for let go.

April 12, 2016

Tewol by nenek ♥

Assalamualaikum.

Ahad lepas, lepas Zohor, balik rumah nenek sebab nenek cakap dia buat tewol. Pagi tu, adalah tanya baba, 
Tewol apa ba?
tau baba cakap apa?
kau tak tau. Tu makanan orang jawa. Kau tak pernah makan.

amboiii I ni mix tau. Haruslah Iolls tau Tewol ni apa ~~! hahaha
alaa apa pulak tak tau? (tengah google) yang masak guna tepung ubi tu kan?

pastu baba senyum senyum gelak gelak. Amboii kemain sangat baba ni. Suka tau memperkotakatikkan anak dia yang gojes ni. HAHAHAH matilah kalau baba baca ni =.=

So for those yang malas nak google Tewol tu apa, ni lerr Tewol. Rasa dia macam putu mayam tapi versi hancur lah. Sedap. Aku rasa aku pernah je makan dulu. DULU LAH.


Tapi kan, gambar atas ni aku amik kat google je since phone aku takleh transfer gambar tetiba. Entahlah. Malas aku nak fikir kan. Hhahaa. Nenek buat, kelapa dah siap gaul. Hmm ada lagi ke tak eh kat rumah? Semalam lupa nak makan. Harap-harap adalah lagi.

Oh lama nenek tak buat bubur sum-sum. Haa bubur ni lagilah. Masa birthday atau kenduri je jumpa. Nak buat sesaja memang taklaaaaaaaaa! Haaa teringinnyaaa kiteeeee T_T

 

sekali lagi, gambar dari google.

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedapnya bubur sumsum 

April 4, 2016

You're So Fine, CNBLUE is back on track!

Assalamualaikum.

and CNBLUE is back on track bebehhhh ~~~!!

Omg! I'm soooooooooooooooooo excited for CNBLUE comeback like seriously. Padahal tahun lepas baru je keluar #2gether en? Hahaha biasalah pejah kan emosi lebih. Biasalah tu.

and and my colleague going to Seoul this Wednesday. Apa ni apa ni? Please please bring me with youuuuuuuuu ~~~ 

pejah dengan emosi -_-'

So guys,  You're So Fine dah released tepat pukul 00:00 am / 4 April which is pagi tadi. Paling tak boleh blah, aku boleh lupa pasal benda ni. Hahaha! Tertido weh. Aku penat. Panas ni buat aku cepat mengantuk. Hahaha =.=

Jadi silalah tengok.




crdt to kak Sally sebab ingatkan tentang mv ni. iolls boleh terlupa dan tidur nyenyak malam itu. and thanks to Wawa jugak sebab gigih bagi code mv ni. Hehehe

April 2, 2016

Merepek sangat ni.

Assalamualaikum.

Dah tak terkejut kan nampak iolls update hari Sabtu? Hahah! I is kerja and I is sad somemore. Aku nak balik pukul 12 sebenarnya tapi HR ada. So aku decide balik 12:30 instead.

Harap-haraplah kedai aku nak pergi kejap lagi bukak. Kalau aku rajin, aku updatelah nanti. Kalau tak, faham-faham dah lah. 

Aku kan acah-acah busy sekarang. Weh aku dah empat episod DOTS ketinggalan okay. Penat kemain. Semalam buat stock take. Harini buat sikit dengan update itu ini, artwork semua. Siap dah.

Dah lah. Aku semakin lapar, dari pagi gatal tak makan.

Aku nak balik. okay bye!