January 29, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014

Assalamualaikum.

Ahad lepas takda aktiviti sangat. Selalunya pagi Ahad aku mesti pergi Banting, ikut ma dengan baba. Yelah, duduk rumah pun takda benda nak buat kan? Tapi Ahad lepas tak ikut. Adik nak tengok Power Rangers tapi sampai ke sudah takda cerita tu kat tv. Dulu ada kat ntv7 tu, sekarang tak sure sebab yang layan adik tengok Power Rangers ni Apis je. 

So petang tu balik rumah opah kejap dengan baba and adik since ma kena pergi sekolah dia. Langat, biasalah, jem manjang. Dah macam Kuala Lumpur .. Langat ni. Hairan aku. Dari dulu macam tu je. Bila jalan tak jem pun, aku tak tau. Teringin jugak nak tengok jalan tak jem kat Langat ni. Heh!

Aku ingat sambutan Maulidur Rasul dekat Tekali ni buat pagi, sekali petang rupanya. Kebetulan, aku nak balik Kajang dah sebenarnya tapi busu kata jalan tutup sebab nak berarak. Okay, moh ler kita pergi tengok dorang berarak. Orang kg standby depan jalan masuk ke rumah opah. Busu lah ajak teman. ehhehe


Orang kampung tengah ready ni. Menunggu green light untuk berarak dari pakteh. Gambar atas ni dari penduduk kampung tengah. Kampung ni ada tiga kampung tak silap aku. So dorang macam ada tema lah kot. Sebab aku tengok ada yang tema hitam merah segala. Macam meriah lah jugak. (makanan pun meriah)


Ni dah mula berarak dah. Bebudak berarak last sekali. Mana budak sekolah rendah, pakai baju raya lah. Mana bebudak sekolah menengah, semua pakai baju sekolah hari Jumaat. Budak-budak lah paling excited bila ada perarakan macam ni. Macam aku masa kecik-kecik dulu. Heh teringat masa perarakan kat sekolah ...

Meh layan dua video yang aku sempatlah record. Dua je sempat sebab phone aku asyik hang je, so bila tak hang, sempatlah aku record. Silaaakan menengok yerr :)
 



Aku dah start cuti mulai esok sampai Rabu depan. Gila lama en? Hehe, Selamat Tahun Baru Cina lah kepada semua terutamanya boss dan colleague :)

January 27, 2014

Novel Terpakai.

Assalamualaikum.

Since hari-hari cuti bakal menjelma kurang dari 72 jam saja lagi, maka dengan itu, aku nak update blog lah harini. Hahhaha takda kena mengena pun sebenarnya. Sesambil aku menaip ni, sambil tu jugak aku cari idea nak tulis apa. Sesambil cari idea, sesambil aku bersin non stop dari malam tadi. Stress tau?!

Aku rasa macam nak tercabut hidung ni asyik hashumm (ALAAA GEDIKNYA TAIP HASHUM BAGAI PADAHAL BOLEH TAIP BERSIN JE KAN?!) je. Nasib kerja tak banyak, so takdelah mengganggu sangat. Heh! Tekak jangan cakaplah, perit gila lepas bangun tidur pagi tadi. Semalam cuma rasa tak selesa je. Bila aku batuk, hamik kau! Aku macam kena siat-siat je tekak ni dengan pisau. Pedih kot T__T

Aku macam dah lama tak keluar dengan bestfriends. Uishh lama jugak. Last kenduri Hafiz Merdeka tahun lepas. Sorry ye kengkawan, aku sibuk sangat *sigh*

Oh aku rasa macam aku dah tergendala banyak kali design kad kawin. Sorry kak. Cuti ni Fe sambung buat ye. Hehhe. Tengok, kerja orang pun aku tangguh lama gila. Nak sebulan dah kot? Tapi tengoklah, kalau aku free dan sihat, aku sambunglah. Kalau tak, memang tidaklah aku nak on AI dekat rumah. Malas betul.

Oh sebenarnya, aku baru perasan. Entry novel paling tinggi viewers dekat blog ni. Entry merepek macam ni, takdalah viewer ramai pun. Tu maknanya aku kena banyak buat review novel ke macamana? Cakap pasal novel, aku macam nak let go novel-novel yang aku buat review ni. Since aku dah habis baca en, so aku nak jual dekat korang dengan harga yang berpatutan.

Korang boleh comment atau email ( faizah.azmi@yahoo.com ) kalau ada yang nak bertanyakan tentang novel-novel ni :) 

Novel aku tak banyak tapi aku malas nak simpan dekat rumah, so better aku jual kat korang, ye dak? Heheh.
Ok aku dah rasa macam aku merepek lebih dalam entry ni. Babai.

January 24, 2014

Backpackers .. Suatu hari nanti :)

Assalamualaikum.

Harini kita borak-borak jelah ok? Aku dah ketandusan idea nak tulis apa. Hari-hari aku fikir macamana nak bagi panas badan ni bila dekat office. Sekarang ni cuaca panas pun tak berpeluh. Hmm .. Aku sejuk ni kurang sikit, nanti mulalah datang macam gatal-gatal dekat badan tapi lama dah tak kena. Nasib baiklah.

Bila bersembang dengan Zera via skype, kiteorang berangan kengkonon nak backpackers lah suatu hari nanti. Bila tu, tak tau lah kan. Nama pun berangan. Zera lagi tak boleh blah, nak jadikan itu sebagai hobi dengan bakal suami. Heheh so Fareez, get ready dengan hobi ni ye :D

Dalam banyak-banyak negara, aku teringin nak backpacker ke Korea. Ahh susah betullah bila dah terjatuh hati dengan Yong Hwa ni. Semuanya nak Korea. Aku siap cakap benda ni dekat Zera. Dia cakap 'Korea tak best. Singapore sudah!' Hhaahahah asal aku yang berangan, confirm kena tolak mentah-mentah dengan Zera ni. Stress! Tapi aku kalau dapat pergi Busan pun okay jugak. Yong Hwa lagi !! (Busan tu kampung dia)

Okaylah, mana-manalah kakchik =___=''

Aku kalau dapat backpackers dengan bestfriends takpun dengan cousins aku ke Perhentian pun best jugak. Walaupun secara kasarnya, aku takdalah minat pantai sangat tapi suka duduk dekat pantai. Sebab aku pernah duduk dekat pantai malam-malam, memang best. Sunyi dan tenang je. 

Harap suatu hari nanti aku dapatlah buat benda-benda ni. Teringin sangat.

Mabul pun okay jugak. Cantik gilaaaa

January 23, 2014

Tahniah Achik !

Assalamualaikum.

Isnin MINGGU LEPAS yakni 13hb, Hafiz Azmi (adik aku lettew) dah selamat konvo. Tempat bagi aku habis grand okay, nun kat PWTC sana. Semua orang cuti kecuali baba, baba halfday rasanya. Yelah konvo dia pun start lepas Zuhur, aku je gigih cuti satu hari -.-'


 


So sampai PWTC tu hampir 2.30pm, biasalah kalau tak jem bukan KL namanya. Rasa macam takdalah ramai sangat mak bapak yang datang. Sebab hall tu tak penuh mana pun. Lepas aku duduk adalah dalam setengah jam, tiba giliran Chef Joe pulak berucap. Chef Joe ni penasihat untuk FIM ye. Dia adalah cuba melawak tapi tak berapa nak kelakar sangat dan aku macam

ba, tak kelakar kan? (sesambil angkat kening) 
aah tak kelakar (tapi baba senyum)



Sebab Chef Joe suruh tepuk kuat-kuat, kalau kuat dah boleh masuk Mastercheff. See takda kena mengenakan? Memang tak kelakar lah cite dia. Tak kelakar tapi bolehlah buat aku, baba tersenyum. Hehhe. Ma waktu ni tak sihat, demam. Selsema ma macam a bit worst jugaklah. Kesian ma, lepas urut baru tengok macam okay sikit.


Then disebabkan ma tak berapa nak sihat, ma dengan baba pun balik dulu. So aku kena tunggu budak terima konvo ni. Lepas dia keluar, pergilah makan dan duduk satu meja dengan batchmate dia, dari Kedah rasanya sebab dengan mak pak dia punya loghat. Okay, boleh tahan gurau pakcik ni. Penat aku gelak. Hahaha!


Lepas setel semua hal, moh ler kita balik. Naik LRT okay! Untuk 2014, itulah kali pertama aku naik train. Menapak dengan berwedges nya dari PWTC ke Sg Besi, dari Sg Besi ke BTHO naik cab. Wahh jem tak ingat lepas tol dekat dengan Palace Golden tu. Ohh kali pertama naik cab untuk 2014 jugak :) 


Sampai Manjakaki, terus interview abang dekat situ dan ada promotion setengah jam untuk RM20, jadi moh ler kita. Satu family aku berurut. Achik je buat resdung. Baba dengan aku urut kaki je. Baba kata kaki dia ada rasa ringan lepas urut, aku? Hmm takda rasa pape pun. Sama je sebelum dan selepas. Mungkin sebab aku masih pakai wedges masa tu, mungkinlah.






Anw Tahniah Hafiz Azmi diatas kejayaanmu .. Kakak always be anywhere for you. Work hard and please don't hate me too much! Hahaha. I will always hunting your life! Muahahha :D

January 16, 2014

Jangan Diucap Selamat Tinggal, Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal ♫

Assalamualaikum.

Mood sedih kembali lagi. Tapi takdalah sedih sampai nak hentak kepala kat dinding ke apa, waras lagi ni :) Rasa berat hati sangat nak tinggalkan teamwork yang hampir dua tahun bersama. Macam makanlah, korang dah biasa makan benda tu setiap hari, then sampai satu saat, korang dah tak boleh makan. Rasa sedih kan? Ha macam tulah yang aku rasa sekarang.


Gambar memang takda kena mengena. Foot massage Isnin lepas SELEPAS seharian pakai wedges, turun naik tangga PWTC / LRT. RM20 untuk 30mins di ManjaKaki, BTHO.

Aku cuma terkilan dengan #MamatAnnoying1 ni. Sebab dia, aku dah tak boleh buat apa yang aku dah biasa buat. Aku kena fokus pada dua hal je sekarang. Aku sebenarnya okay je tapi mungkin sebab aku dah terbiasa kan. So bila dah tak buat, aku mesti akan jadi macam ..
eh kenapa orang lain yang managed sekarang? hmm  ..
Aku buat-buat happy je semalam dan aku tengah siapkan diri untuk ajar orang yang akan buat bekas-bekas kerja aku ni nanti. Walaupun dengan hati yang berduka lara sangat. Aku tak dapat bayangkan :O

Sekarang aku masih buat semua kerja tu lagi dan ni akan jadi kerja terakhir aku dengan team luar negara. Perghh sedih weh Y__Y Lepas ni dah tak boleh feeling-feeling nak pergi Korea dengan team luar negara dah. Wahh double kejam ni ... *sepak kaki meja*

Aku macam nak makan ice cream banyak-banyak, biskut banyak-banyak tapi terpaksa batalkan hasrat sebab nak diet. Hahaha jangan lempang aku please. Aku saja nak bergurau senda dengan uollss :D

K k bai.


January 15, 2014

Teaser: Achik's Convo


Gambar takdalah banyak mana tapi bolehlah untuk aku mengabadikan gambar-gambar masa konvo Achik Isnin lepas. Tapi bukan sekarang, tunggu aku dapat semua gambar, baru aku update. Sebab aku macam sibuk sikit minggu ni. Rasanya minggu depan baru free.

 

So tolong tunggu dengan hati yang tenang dan senyuman yang manis dimuka ye? hehe. Anw aku hutang korang satu post family day kan? Ha itu lagi satu hal. Aku dah mula tak ingat apa yang berlaku. Kalau tetiba aku ingat, aku update lah ye. Maaf. Hehee~

Babai.

January 10, 2014

Jung Yong Hwa vs Sleepy

Assalamualaikum.

Pagi Jumaat ni sejuk je dekat kawasan office ni. Macam biasa, aku mesti feeling dekat Korea. Hahaha! Aku tak tau kenapa aku asyik ingat Korea je, padahal tak pernah pergi sana pun. Ahhh ni semua Jung Yong Hwa punya pasal. Hehehe gila dah aku ni.

 
 
Mula-mula terfikir nak update benda lain sebab aku mengantuk gila tapi bila dah tertulis nama Yong Hwa, terus macam 
eh, nak selitkan pasal Yong Hwa lah :D *gelak jahat sorang-sorang dekat meja*
Sejak aku tengok Heartstrings, aku terus aim mamat Lee Shin dalam cerita tu. Aku suka dia main gitar. Like seriously, dia main gitar gila hebat! Lepas tu aku macam suka bila ada part gitar dengan alat tradisional muzik Korea tu bergabung. Mantap gila bunyi dia. Aku sampai google cari lagu tu. Akhirnyaaa jumpa jugak. So aku buat ringtones. 

Kalau dengar lama-lama, boleh tidur jugaklah tapi bila dah masuk part gitar, kau mampu ke nak tidur? Hahhaa aku gerenti korang tak akan tidur sebab elemen rock tu dah sampai. Tapi aku takdalah sampai lompat-lompat atas katil. Aku waras lagi, nanti patah/roboh katil tu, aku jugak kena marah dengan baba mama. So kita chill :)


Aku sendiri tak percaya yang aku boleh letak gambar ni (ye gambar ni) sebagai wallpaper kat phone aku. Ohh my! Kau dah kenapa Pejahh?! Tapi bila orang nak tengok phone je, aku cepat-cepat tukar wallpaper sebab aku masih tak boleh terima hakikat. Hahahah saiko!

Yelah aku yang dulu bukan aku yang sekarang .... (sambil nyanyi lagu Tegar)

Oh aku memang minat lagu-lagu CNBlue since aku tengok cerita The Gentleman Dignity lagi. Dan aku baru perasan kat phone aku ada lagu dorang. So koleksi lagu CNBlue bertambah lah sekarang. Dari lagu yang Jong Hyun nyanyi dalam TGD, sekarang dah ada lagu Because I Miss You, Where You Are (favourite) dengan You've Fallen For Me (favourite). Aku rasa macam ada lagi tapi ni je aku ingat. Hhahaha.

Aku google jugak pasal dorang ni, dan aku baru tau si Yong Hwa ada join We Got Married dan aku macam perasan dalam external aku ada program ni. So marilah kita tengok. Dah nak seminggu aku tengok, sampai sekarang tak habis lagi. Malam tadi aku tengok dah sampai Yong Hwa bagi hadiah birthday dekat Seohyun. Lepas tu mata aku dah tak tahan, so tutup laptop dan tidur. Malam ni sambung lagi memandangkan esok cuti. 

 

Gambar pertama dorang dalam We Got Married. Ye aku tau aku lambat (sangat lambat) mengikuti cerita ni tapi ada aku kisah? Aku baru nak berjinak gitu. Hhhee jadi bersabarlah. Jangan risau Lelaki Kacak masih di tangga teratas carta. Lalalalalaaaa... :D

Dah aku banyak merepek ni. Dan aku masih mengantuk. Aku nak cari headphone baru. Headphone aku dah dah putus wayar sebelah so tak boleh dengar dah Y__Y Penat google, semua tak mencapai piawaian aku. Hishh payah betul nak cari. Kbabai.

January 8, 2014

Happy 5th Birthday, Faiz Aziz Azmi

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah dua minggu aku takda kerja. Bukan takda kerja langsung. Ada tapi tak bertimbun. Maknanya, boleh siap dalam jangka masa yang pendek. So selalunya bila kerja sikit, aku suka buat lambat-lambat sebab nanti nampak banyak padahal ala dua je?! Jadi takdalah aku tengok screen pc ni sampai nak terkeluar biji mata. Kang aku yang stress. Hahahhaa!

Aku bila takda idea nak update apa-apa pun aku boleh jadi stress. Sebab aku tau aku nak menulis tapi dalam masa yang sama aku takda idea nak tulis apa dalam ni. Hahaha gila ke aku? Tak tak tak, aku tak gila. Cuma aku poyo sikit. Hehhe dah biasa kan? Good *thumbs up*

Harini yakni 8hb Januari 2014 adalah ulangtahun adik bongsu aku, Muhammad Faiz Aziz bin Azmi. Alhamdulillah dah 5 tahun dah umur budak gedik ni. Makin besar makin becok. Asyik nak membebel je. Aku pun confuse mana dia dapat tenaga asyik bercakap pastu lompat sana sini bajet power rangers =.=' I is confuse you know. pftt~

Malam tadi pergi pekan Kajang, belilah jajan sikit untuk bagi dekat kawan-kawan sekolah dia pagi tadi. Adalah dalam 30 packs kot? Entah, achik yang kira. Aku tukan staple pack tu je semalam. Tahun ni tak sure ada celebrate ke tak sebab opah tak sihat. Selalunya, bulan Januari mesti ada kenduri dekat rumah Opah, sebab buat tahlil arwah atok jugak. Tapi dah tak sihat, takda buatlah kot. Tunggulah Opah sihat nanti.

Pagi tadi hantar goodies pergi sekolah dia. Kawan dia macam excited sikit. Heheh biasalah budak-budak, memang suka jajan ni. Dalam googies tu ada layer cake, pen, tamtam, coklat, jelly, belon dan roka ke apa ntah nama benda tu yang panjang tu. Aku pun tak tau apa nama dia sebab aku tak makan benda tu. 

Anw Happy 5th Birthday to my youngest gedik poyo lil brother, Faiz Aziz 

January 3, 2014

Hari Pendaftaran PraSekolah & Sekolah Rendah

Assalamualaikum.

Sabtu tahun lepas. Hehhe. Nampak sangat aku malas nak update blog sampai cerita tahun lepas pun masih ada. Jangan risau, ini cerita kedua akhir untuk tahun lepas. Hhehe. Cerita akhir nanti aku update bila aku dah ingat apa yang berlaku. (ke aku takkan update ni?)

Kejadian berlaku pada Sabtu minggu terakhir bulan Disember. Ada hari pendaftaran untuk pra-sekolah, darjah 1 dan darjah 6 rasanya. So untuk tahun 2014, busu meniaga dekat kantin sekolah rendah dekat rumah opah ni.

So pada hari kejadian, semua orang bertungkus lumus kerja. Yelah, kira 1st day meniaga lah kononnya. hehe.


Ini port pakteh dengan BangMer. Depa akan buat air. Sedap atau tak, mai datang rasa. Hewhewhew. Jangan risau, kami guna Milo. So confirm akan sentiasa rasa cergas dan bertenaga! Hahah


Sedang semua orang sibuk didepan melayan pelanggan, aku lebih rela duduk dekat dapur. So takda semak aku kira nombor. Hhahaha. So kita selfie lah sendiri. Tanpa filter. Ye aku semakin tembam dengan sangat-sangat BERJAYA! Sigh.



Dipilih ... dipilih .. Semua makanan ni buat sendiri okay. Kecuali air kotak and all those jajan.





Begitulah keadaan di kantin sekolah rendah ni. Nampak semua orang bekerja keras. Bagus! Keep it up guys :D

January 2, 2014

Kejadian berlaku ketika Krismas

Assalamualaikum.

Hari Krismas yang lepas, kan semua orang cuti? So baba dengan officemates dia buat picnic dekat kampung halaman baba. Dimana lagi kalau bukan di Bagan Lalang. Heheh 22 tahun aku picnic sini. Lalallaa...
















Sempatlah jugak sambut anniversry kawan baba (pakcik yang tengah potong kek tu) Anak dia yang tudung hijau tu baker. So dia buat. Cupcake (gambar atas-atas) pun dia buat. Sedaplah.



Akhirnya lepas asar, semua pakat beransur. Pulanglah ke tempat tinggal masing-masing. Memang best. Penat sangat padahal aku duduk depan kuali je masak ayam goreng tapi tak panas pun. Maksud aku cuaca, serious tak panas. Tak berpeluh okay.

Fine. Aku takda idea sebenarnya. Plus dah banyak lupa. Biasalah cerita krismas kan? Harini dah 2hb Januari 2014 pulak. So dah berhari-hari berlalu. Heheh.

Kbai.

January 1, 2014

Wordless Wednesday: Haish

Hmm ..


Sampai sekarang aku fikir, kenapa duduk dengan cangkung tu lain harga?
Adakah dorang akan tengok masa kita membuang? Hmm..
Merepek betul.

Jangan nak YIKUT EREHAN sangat eh  -__-''