July 25, 2014

My Raya 2014

Assalamualaikum.


Jumaat, 25 Julai 2014.
(sesambil dengar lagu Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir)

Pejam celik pejam celik, dah 27 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, puasa tahun ni aku 100% berbuka dengan keluarga. Oh Sabtu Ahad ni, rasanya dengan keluarga jugak kot? Heheh. Adalah few times jugak berbuka dekat luar dan selalunya Zikri takda. Nak buat macamana, dia sekolah. Insyaallah, Isnin depan kita akan menyambut syawal. Alhamdulillah masih diberi kesempatan. Dah umur 23 ni, memang tak dapatlah duit raya tapi siapa tahu, tiba-tiba dapat pulak kan? Hehe. Jangan kata tapak tangan, hidung pun dah gatal semacam je ni. Haha okay tak lawak *krik krik krik*

For sure, budak-budaklah paling excited nak sambut raya. Dapat duit raya, makan kuih raya, makan ketupat, lemang, laksa raya. Ahh pokoknya, semua yang ada nama raya adalah sesuatu perasaan yang teruja untuk kanak-kanak. Confirm!

Jadi untuk raya kali ni, aku cuti lama sikit. Nak makan lemang rendang puas-puas baru masuk office. Hehe. Nasib kerja semua aku dah setelkan. Ni kalau tak cuti, takdanya aku nak buat kerja cepat-cepat. Heks. Sebab aku nak raya / cuti / makan dengan tenang dan gembira. Barulah rasa raya tu bermakna. Ewahh pfft! :D

Oh gambar atas tu, aku buat. Saja suka-suka buat dan ia sangat limited. Kononnya ada 80 pcs tapi aku dah macam malas nak buat sampai 80. Haha. Tengoklah kalau aku rajin, aku bersengkang mata potong lagi. Kalau tak rajin, cari jelah mana-mana sampul yang ada. Hehe.

Apa-apa pun, sempena raya yang bakal menjelma insyaallah 2 hari lagi, aku, Faizah Azmi, ingin memohon maaf kepada semua yang mengikuti blog aku ni (ada ke?) Jika ada salah silap, terkasar bahasa ke, termerepek lebih sangat ke, dan semua yang ter lah, maafkan ye? Aku ni cuma manusia biasa yang tak lari dari kesilapan :') Kalau korang tau rumah aku, jemputlah datang tapi jangan harapkan duit raya dari aku eh. Harapkan makanan yang sedap, itu boleh. Sebab ma punya masakan memang tiptop marvelosss! Tapi call lah dulu. Kalau tak call, makan jelah kuih-kuih raya tu. Jangan demand lebih. Heheh :p

Selamat Hari Raya uollss ^^

July 23, 2014

Raya soon!

Muehehhe Assalamualaikum ^^

Amboi dah kenapa gelak dulu baru bagi salam? Saja je weh. Aku tengah mood rajin ni (rajin sangat). Aku tengah free ni, kang pukul 10 pagi baru start sibuk. MUNGKIN lah. Sebab tu aku muncul dengan entri baru. Sebenarnya macam biasa, aku takda benda nak share pun dengan korang sebab aku sendiri sibuk dengan kerja jadi tak fikir pun point-point baru untuk buat entri. Maaf lah yooo! 

Tapi aku nak minta maaf lagi sekali ni. SEBAB? Kan aku ada janji nak up entri hari keluarga belah family baba kan? Tapi sampai sudah tak up. Haha dah nak setahun pun cerita tu. So aku rasa aku takkan up kot sebab aku sendiri dah lupa jalan cerita. Nak tengok gambar, ada je. Tapi nak ulas lebih-lebih, hmm aku tak ingatlah. Iolls dah tua. Dah 23 kan. Hihihi :p

Oh raya dah nak dekat. Aku kira-kira pagi tadi, eh lagi 4 hari kita nak raya. Aku tau korang mesti excited nak raya kan? Aku? Hmm biasa je. Sebab dah tua kan. Hehe. Kalau aku budak-budak, mungkinlah akan excited tapi takpe, biar adik-adik aku je excited. Aku pagi raya baru excited kot. 

Barang raya untuk diri sendiri, selalunya aku beli lepas raya. Haha. Kenapa? Sebab aku saja macam tu. Dah 2 tahun aku buat macam tu. Heheh. Takpelah, ada je kasut aku kat rumah yang aku tak pernah pakai. Aku rasa ada 2 3 pasang kot. Paling lama kasut pink berbunga. Dari aku form4 tu rasanya. Aku memang tak pernah pakai. Beli sebab masa tu rasa macam cantik tapi telah ditindas oleh kakfain. Hahah. Dia kata taste aku macam ... hmm .. takpe, biar aku je tau. Wakakaka! So aku memang tak pakai lah sudahnya. Rasa macam nak pakai tahun ni. Will see later. Plus kaki aku susah sikit nak jumpa kasut yang sesuai. Kaki panjang kan. Handmade kasut aku ada tengok haritu. RM100+ dekat DistroKL . Cantik tapi nantilah tengok macamana.

Birthday baba around the corner. Huisshhh apa nak bagi ni? Suprise delivery? Heheh. Tengoklah nanti. Hahaha semua tengok, tengok dan TENGOK ! Bertabahlah korang.

Till next. Bye!  

July 3, 2014

Bosan.

Assalamualaikum.

Dah sibuk balik dua tiga harini. Alhamdulillah. Takdalah aku mengadu bosan sepanjang hari kan. Hahaa gedik sangat poms ni. Tapi sekarang aku rileks sikit, sebab kerja takda. Dah siap semalam sebelum balik. Ramadhan ni, aku balik sejam awal. Jadi aku setelkan semua kerja sebelum 5 petang. Awal setengah jam, so setengah jam lagi tu, aku boleh termenung ke apa ke sebelum angkat kaki dan balik dengan senyuman meleret hingga ke telinga! Hahah! Tapi selalunya yang buat kerja keji ni, Abg Joe lah. Dia selalu kacau Vivi dekat bawah. Haha kesian kawan tu.

Nak tunggu pukul 10 ni, nak turun ambil stok semua. Ni kerja baru aku since dua hari lepas. Susah jugaklah buat benda ni tapi nasib baik orang yang ajar aku ni, dia sabar melayan pertanyaan non stop aku. Hahah! Nak buat macamana, aku memang lembs sikit benda-benda macam ni. Kalau rasa salah, dia punya tahap nervous dah macam langgar orang -.-' saiko sangat ni!

Ahhhhhhhhhh aku tak tau nak update apa lagi dah ni. Aku macam blank. Oh sorrylah kepada sesiapa yang whatsapp ke call ke tweet ke mesej aku malam-malam ye. Aku tidur. Macam kerja membajak penat dia. Haha! Ada sekali tu, sebelum tidur aku mesej lah dengan Jungnam, pastu aku tidur. Haha! Aku reply masa sahur. Confirm dia tunggu dengan harapan. Hahaha harapan sangat. Bertambah dah sekarang penpals aku. Even though aku tak kenal dorang and tak pernah jumpa dorang semua ni tapi selalu keep in touch. Perhaps one day? Insyaallah.

Dah, aku memang dah lost words. Aku nak get ready nak turun. 
Bye! Selamat berpuasa!