July 29, 2016

Ahchoooooooo ~~

Assalamualaikum.

9:16 am dan aku bosan. Kerja baru siap. Kejap lagi turun, dah lepas collect semua papers, baru buat kerja lagi dan begitulah hari-hari aku kat sini. Tapi I had so much fun and sometime bored. Hahah. 


Apparently, this is me now! Sneezing non stop dari semalam. Mungkin sebab cuaca sejuk kot? Pastu kang panas, lepas tu sejuk balik, hujan lah bagai kan. So this is me now. Be aware? Hehee

Lepas tu, rasalah badan sengal-sengal bagai, kepala pusing, haa sakit perut lagi takda kena mengena tapi ni aku tengah tahan. Dia bukan nak membuang ke apa, 그냥 .... sakit perut je. Mengada gilaaa! Mungkin sebab aku makan pedas, tapi effect dia dah aku terima petang semalam. Takkan bersambung pagi ni kot? Hmm ...


keep on sneezing, pejahhh ~~~ -.-'

July 28, 2016

Menguap .. Oreo .. Grr bosan!


Assalamualaikum.

Lagi satu jam, baru boleh balik. Herghh lambatnya masa nak berlalu. Kerja pun tak banyak sangat lately. Even harini pun takda kerja sangat. Selalunya aku sibuk pagi jelah. Tapi harini sampai lepas lunch pun busy tapi sekejap je. Pastu mereput. Hahah. Nasib baik ada bawak apple harini. So tadi baru makan.

Mengantuk tapi tak menguap. Fuhh hebat nauu penangan tidur awal ni -.-'

Sebenarnya aku takda apa nak bebual sangat. Saja nak mengisi masa satu jam ni ha. Nak makan jajan, hmm selagi boleh tahan, kita tahan. Phewww sampai lemau oreo weh aku tahan tak makan -.- Kesian oreo aku.

So balik ni aku nak buat apa yang patut dulu. Semoga aku tak tido awal harini. Hmm cakap pasal tido, Isnin lepas aku boleh tertido masa kawan ma datang beraya dekat rumah. Hahah paling dasyat siap bertudung sampai subuh weh -.- Aku tak tau lah asal aku penat sangat lately tapi as for now, memang pukul 8.30 onwards tu aku dah start menguap dah. 

Sekarang ni, asal letak kepala dekat bantal, aku jalan. Tetido terus. Sedar kemain awal pagi. Aku dah cuba bertahan, tapi asyik menguap non stop ni buat mulut aku stress. Hahah menguap pun stress, jadah apa kau pejah weh !!



Grrr menguap pun boleh jadi cerita o.o 

July 22, 2016

Part 5 - Santai dihari ke3 raya

Assalamualaikum.

Finally kita berada dihari ketiga raya. Haaa terus skip hari kedua terus sebab takda gambar pun weh. Lagipun raya kedua lepas Zohor, balik Sepang then duduk je kat rumah nenek sampai malam tu baru beraya.

Basically part 5 ni lebih kepada membebel sebab aku tau korang dah penat tengok muka aku en? Aku janji kali ni ada satu je gambar sebab aku nak tunjuk baju mahal aku. Hhaha. Mahal weh, sebab tu aku nak tunjuk. Wakakkaa!

Pagi raya ketiga tu, lepas solat subuh, terus balik Kajang sebab Achik dah start kerja. Aku ma baba still on leave lagi. So siap-siap terus dekat rumah sebab kita tak tidur rumah nenek lagi ye untuk malam ni.

Aku pakai baju mahal. Hahah. RM100. Bagi aku mahal dah tu. Tapi kain dia best. Serious tak tipu. Ni semua gara-gara baju raya aku dengan ma tak siap. Ciskek betul. Sabar jelah. Gigih cari baju hari Ahad tu kat Jalar Tar. Nasib ada size. Kalau takda? Menangis kau!

Thank you sebab belanja baru RM100 ni


Dan paling best, aku dapat duit raya yang pertama pada hari tersebut. Hahah even RM2 pun, aku tetap bahagia. Hahahah. Terima kasih :)


July 21, 2016

Part 4 : Beraya di Dusun Tua

Assalamualaikum.

Part 4 dah finally! So part ni kita fokus dekat family arwah ibu. Which is dulu masa sekolah tiap-tiap minggu aku balik. Sekarang tidak lagi atas kekangan waktu. I kan gadis bekerjaya, so masa terhad sangat. Poyo pejah! Hehehe busy lah busy ... 


Our very first picture together, kan Nawfal? Hehe. Aku still tak tau nak dia panggil aku apa. Hmm even Tia pun aku tak decide lagi nak dia panggil aku apa. So takpelah, lama lagi dorang ni nak membesar. Lama lagi aku boleh fikir. Heheh. 

Okay, lepas dari bergambar semua tu, terus gerak Dusun Tua. Beraya dengan keluarga arwah ibu pulak. Okay macam biasa, makngah memang sentiasa takda dipagi 1syawal ye.
 

Semua sibuk dekat dapur. Semua sibuk bergambar. Semua sibuk makan. Haa Haikal letteww :p


Okaylah sambung wefie dekat sini pulak. Wow macam-macam warna ada ni. Turqoise, dark green, purple, maroon haa semua ada. Oh maktok disebalik maksu. Tak nampak -.-


 

Dan maktok masih disitu dan tidak kelihatan. Oh maktok still masak daging rendang kegemaran semua orang. Tapi aku rasa aku makan sikit. Sebab dah kenyang tapi still makan jugak. Gila apa pejah tolak makanan.

 

Yesh! We're like finally ada gambar berempat. Eh maksud aku gambar dengan Ajid. Macam susah je nak bergambar dengan Ajid and hmm kereta kuning sebelah ni.. Hmm hmm..



Ada orang tu beraya dekat kampung depa nun kat Kedah/Penang sana. Depa whatsapp gambar pagi raya kat kami jugak. Heh!

July 20, 2016

Part 3 : BTS dipagi raya

Assalamualaikum.

Ya, kita masih dihari yang sama iaitu hari raya pertama atau lebih spesifik dipagi 1 syawal. Hahah. Over nauu gambar banyak gila. Siap dah part 3 dan kebarangkalian mungkin ada Part 4 dan Part 5. Haaa menangis T_T lah macamni. Padahal gambar je pun. Tapi aku janji, Part 5 takda dah baju warna ni. Ye aku dah sakit mata. Hukhukhuk.

Marilah kita mulakan BTS dipagi raya. Lepas dah buat official photoshoot raya bersama keluarga masing-masing, kita teruskan dengan bergambar sesama cousins, keluarga (lagi), gambar-gambar yang wow dan menangis bila tengok! Serious korang akan rasa nak nangis. Hahahha

Ayuh, mulakan!


Mencari port bergambar. 
 

Sebenarnya mereka bertiga, Tapi sebab si Mira Filzah tak sampai lagi, jadi mereka bergambar berdua. Kalau ada apa-apa dekat rumah opah, mesti bertiga. Kami gelarkan mereka Geng Samten! 


Double wefie! Baba tu buat apa? Membawa diri kettewww :p


Biasalah. Bila gambar-gambar macam ni, adik mesti takda. Dan bila adik dah ada, tidak jadi lagi gambar girang gigi nak tersembul keluar seperti ini. TIDAK LAGI T_T



Seperti gambar atas sebelum gambar ini. Bilamana ada sorang tertinggal, haruslah cari dan wefie secara tak complete -.-'


Ok. Ohemgeeee muka aku *facepalm* Tapi gais. Wait a minute, aku bukan nak tunjuk muka aku yang superwow gojes flawless itteww. Tidak ye. Lepas belek baru aku perasan setiap gambar ada gambar lagi wow dari muka aku. Haha. Paling win Ain lah. Haha pakai spec kau! Perghhh!!


Ini lagi sorang manusia yang tahap jeles melampau. Sibuk je manusia bernama Hafiz Azmi ni. Sibuk weh kau. Sibuk!



Ye, aku dah pesan kan bahawasanya muka aku akan berada dimana-mana. Bahkan disetiap gambar ada muka aku yang gojes ni. Hahaha. Oh part akan datang lagilah banyak! Hahahaha bertabahlah korang.

July 19, 2016

16th Zikri Birthday.

*** birthday shoutout ***
 
Happy 16th Birthday Muhammad Faizikri Azmi


Kakak doakan semoga awak berjaya dalam hidup dan pelajaran. Buat baba, ma, arwah ibu dan semua orang bangga dengan awak. Jangan sibuk aktiviti sana sini je. Ingat apa kakak cakap. Baba Ma dah keluarkan banyak duit untuk hantar awak sana sini. Tuisyen, kursus, apa je baba ma tak hantar. Jadi inilah masanya awak balas balik apa yang mereka dah buat untuk awak. Ingat, belajar jangan main-main. Rugi nanti.

Ucapan klise, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh, adik yang baik dan mendengar kata.

Kakak, abang, adik sayang Zikri. xoxo

July 18, 2016

Part 2 : Photoshoot dipagi raya

Assalamualaikum.

Ye, kita kembali dengan Part 2. Mungkin terlepas dengan part sebelum ni? Click Part 1 untuk kesenangan berganda. Haha! Anw kita mungkin ada Part 3 jugak sebab aku rasa semak gambar banyak gila untuk part ni. So aku pecahkan lagi. Wah wah macam lah ada orang baca blog kau kan Pejah? Over!

Okay, lepas kita buat sesi bergambar dalam rumah baru dan lama, kita sambung photoshoot katanyaaaa dekat luar rumah pulak. Eh kalaulah idea bergambar dalam sungai datang waktu tu, mungkin ada kot gambar nya aku tepek kat sini. Masalahnya aku baru terfikir idea ni hmm lima minit tadi. Kahkah keji sangat!


Kita mulakan dengan gambar jejaka idama malaya? Hehehe. Okay Abgmer guys! Masih available (rasanya) bolehlah pm tepi kalau berminat ye. 



Sebab dia dah bergambar dengan scooter dia, terus dia sambung bergambar dengan Opah dan terus blah beraya lah kot dengan geng-geng dia. Sebab ada dua ni je gambar dia. Pastu nanti whatsapp eh gambar! Okay, lepas beberapa hari baru aku hantar. Huuhuhu


Keluarga pakcik. Ada lagi sorang, Aboy tapi mana tah dia. Mungkin dekat rumah dia lagi kot masa ni. So dalam gambar ada pakcik, ika, pika, dengan abang polis yang baru balik bertugas. Kasihan. Tak sempat nak tukar uniform tu. Bagus abgpolis. Al-fatihah buat makcik :(


Aku tak tau kenapa aku tengok gambar ni macam sedih padahal pakcik elok je gelak masa ni. Emo pejah emo!


My family. Ye, opah masih tidurr -.-' eh wow Zikri dah beat ketinggian aku. Wow! Oh mungkin sebab masa ni aku pakai flats je kot? Haha alasan takleh pakai betul !@#$


Busu's family. Lepas je bergambar dekat luar ni, busu family terus siap-siap nak balik Selama. Turn paksu kan. Hehe. Busu tu baru lepas operate tapi masa ni dia dah mulut bising. Dah okaylah tu? Huhuhu.


The beradiks! Adik beradik ma tinggal 4 orang je sebenarnya tapi masa ni paklong takda atau dorang dalam rumah? Entah. Aku pun lupa. Tapi 3 ni je selalu bersamaaaaaaaaa ~~


Sebab ni blog aku, makanya gambar aku mestilah lebih. Hahaha. Korang jangan terkejut kalau ada lagi gambar aku lepas gambar ni. HAHAHAHA!

 

Seee! Hahahahah Aku dah cakap. Ada lagi. Sabar..

 


Hahahaha ada lagi weh! Part 3 mungkin ada LAGI BANYAK muka aku. Nantikan ~~ Jangan korang meluat, muntah dah lah. Blog aku kan. Hahaha.

July 14, 2016

Part 1 : Bersalam-salaman dipagi raya

Assalamualaikum.

Finally si Pejah updated blog selepas 9 hari raya. Hahaha. Sorry gais. I is busy sangat ! Hehehe. Okay memandangkan gambar pagi raya, ye PAGI RAYA je dah sebukit, rasanya aku nak buat 2 part. Part 1 untuk dalam rumah, Part 2 untuk luar rumah. Haha. Kemain kan? Serious banyak. Lagi-lagi gambar luar rumah. Haaa belum lagi campur gambar Iman selfie nampak lobang hidung dia. Kahkahkah ni lawak!

Okay, are you ready? Let's!

Bangun awal sebab biasalah pagi raya kan? Tapi aku bangun takdalah seawal ma dengan kaknana ye. Hehe ampun! Aku dengan Ika (berbaju purple) bangun serentak. Wow ada chemistry. Toilet kosong je, berdesup mandi and siap-siap semua.


Masa ni baru siap. Heheh flawless muka iolls. Wow sangat. Iolls tak edit pape pun gambar semua. Bagi tepukan gemuruh kepada camera phone yang berjaya buat iolls dan hmm semua orang nampak flawless. heheh. Kenalah puji jugak ^^
Lepas dah siap, gerak ke ruang tamu rumah baru, which is still rumah opah tapi baru lah. hahaha! Kalau korang pernah pergi rumah opah, korang tau lah apa maksud rumah baru. Hehehe. Moden sikit konsepnyaaa ~~


Wefieeee evelibody. Masa ni bapak-bapak kat atas motor kot? Abgmer dengan Aliff je ada tu. Laju pantas dan tangkas dua orang ni. Oh Iman! Awat tersepit tu. Opah kenapa tidur tu??

 


Dulu, kalau ada arwah pakteh, dia suka bergambar macam ni. And ini antara sebab kenapa Abgmer ada dekat situ. Dia kira ganti 'tempat' pakteh lah in both pictures. Al-fatihah untuk our pakteh :(


Yeah, the daughters of Hj Mat Nor & Hjh Jariah. Yes, both of them. Ma and Busu of course :) Eh hari lain-lain ke? Hmm tidak ye. Hari yang sama, jam yang sama, baju semua yang sama cuma tudung ma je lain. Mungkin tidak selesa? Opah tak senyum ... :(



 The cousins. Aliff & Aishah @ Ika


Mom

Busu

Oh nampaknya memang takda gambar bersama bapak-bapak selepas salam raya dirumah baru itteww. Naahh tetiba semua ada dekat rumah lama. Hehe. Masa ni semua dah jerit sambung bergambar dekat luar!! gambar family!! weh meriah weh!! Sebelum keluar, wefie satu kali !

Tiba-tiba ....


Abgmer nak bagi duit raya uolls! Tapi ada syarat. Syarat kena salam, pastu kiss both pipi. Hahaha. Yang bebudak okaylah. Tapi bebudak dua orang ni (Ika & Zikri) refused taknak buat. Hahha malu letteww. Dah besar kan. Tapi demi duit raya dari Abgmer, ayuh!! Hahaha!!

July 5, 2016

Raya's Eve!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tamatnya sudah Festival Ramadhan Raya semalam setelah hampir sebulan kita berkampung. Secara jujurnya, bukan aku yang jaga booth lah kan. Big thanks to KakPP sebab jaga dengan penuh dedikasi.

Rasanya semua pun dah sedia maklum bahawasanya esok kita rayaaaaaaaaaaaaa~~ Haaa aku mood raya tak sampai lagi. Tapi mood tak sabar nak makan tu dah lama datang. Hahhaha! 

 

Orang yang paling kita semua tunggu-tunggu bila tibanya hari raya. Alhamdulillah esok raya. Aku dengar-dengar esok ma nak masak soto, raya kedua masak nasi ayam. Alahai sedapnyaaaaaaaaaaa nasi ayam, soto weh! Tak sabar nak berbuka harini !

Ahad lepas berbuka dekat PICC. Weh terkejut aku, dorang served air coke! Hahah. Dalam banyak-banyak tu, aku tak makan kambing je. Hmm tak sempat. Tapi tengok Zikri, Baba dengan Ma makan, nampak macam sedap?

Aku jadi tamak kejap. Nasi makan, spageti makan, bread pudding makan, kek makan, haaa apa lagi? Semua makan kecuali kambing -.-' Aku dah kenyang. Bila puasa ni, perut cepat kenyang T_T  Tapi semuanya berbaloi. Alhamdulillah.




Bila dah hujung puasa yakni hari terakhir puasa ni, adalah perasaan sedih datang. Sebulan weh roh ahli keluarga kita yang telah pergi datang menziarah. Hmm harini mereka akan pulang ke 'rumah' mereka. 
Arwah ibu, atok, Iwan, Pakteh, Paklang, CikAya ..
Semoga kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sempena hari raya yang insyaallah kita akan sambut esok, aku, Faizah Azmi ingin menyusun semua jari yang aku ada tanda minta maaf jika ada terkasar bahasa, terkasar bahasa penulisan aku, sama ada aku sedar atau pun tidak. Semoga kita tak over makan masa beraya ye. 

Selamat Hari Raya !

July 4, 2016

Soalan panas tiap kali raya!

Assalamualaikum.



Soalan paling atas, soalan paling menyampah aku nak dengar and jawab setiap kali raya atau majlis keramaian. Seriously. Doa-doakan jelah. Kesian we'olls tau -.-

July 1, 2016

4 hari lagi weh !!!

Assalamualaikum.

Ada lagi empat hari lagi untuk kita akhiri bulan ramadhan. Weh rasa kejap gilaa puasa tahun ni. Kan kan kan? Aku rasa macam eh kejap nya dah tinggal 4 hari .... ?

Ikutkan harini ialah hari Jumaat terakhir untuk bulan ramadhan *tetiba dengar ringtone lagu balik kampung dari phone abgjoe* and sepatutnya mood raya dah sampailah kan? Well, mood raya aku masih pending lagi. Hahah. Serious takda. Baju raya pun aku tak tengok lagi, kasut pun pakai je yang tahun tahun sudah punya sebab end up aku pakai selipar jugak nanti. Tak pun, flat shoes.

Duit raya je aku dah tukar tapi belum masuk dalam sampul. Nak kata takda masa, hmm memang takda pun. Aku busy dengan kerja dan diri sendiri. Wahh ayat poyo sangat ni. Macam kau dah kahwin je bunyi nya?? Hahaha biasalah poyo is my middle name kann ^^

Awal-awal tahun haritu, adalah terfikir macam nak beli itu ini tapi bila dah tiba masa, hampeh semua kelaut. Sebab dia satu je, aku tukar phone. So bajet dah lari. Hahah takpelah, aku dah redha dengan ketentuan ni. Haha see poyo lagi =.=

Tak sabar Ahad ni. Tu je.

Jumpa sehari sebelum raya! Insyaallah. Bye!