July 1, 2016

4 hari lagi weh !!!

Assalamualaikum.

Ada lagi empat hari lagi untuk kita akhiri bulan ramadhan. Weh rasa kejap gilaa puasa tahun ni. Kan kan kan? Aku rasa macam eh kejap nya dah tinggal 4 hari .... ?

Ikutkan harini ialah hari Jumaat terakhir untuk bulan ramadhan *tetiba dengar ringtone lagu balik kampung dari phone abgjoe* and sepatutnya mood raya dah sampailah kan? Well, mood raya aku masih pending lagi. Hahah. Serious takda. Baju raya pun aku tak tengok lagi, kasut pun pakai je yang tahun tahun sudah punya sebab end up aku pakai selipar jugak nanti. Tak pun, flat shoes.

Duit raya je aku dah tukar tapi belum masuk dalam sampul. Nak kata takda masa, hmm memang takda pun. Aku busy dengan kerja dan diri sendiri. Wahh ayat poyo sangat ni. Macam kau dah kahwin je bunyi nya?? Hahaha biasalah poyo is my middle name kann ^^

Awal-awal tahun haritu, adalah terfikir macam nak beli itu ini tapi bila dah tiba masa, hampeh semua kelaut. Sebab dia satu je, aku tukar phone. So bajet dah lari. Hahah takpelah, aku dah redha dengan ketentuan ni. Haha see poyo lagi =.=

Tak sabar Ahad ni. Tu je.

Jumpa sehari sebelum raya! Insyaallah. Bye!


No comments:

Post a Comment