May 21, 2026

Weekend Yang Rasa Macam 3 Minggu πŸ˜‚

Assalamualaikum.

Berakhirlah sudah kesemua majlis Zikri dan Aida. Padahal ada 3 je. But entah kenapa aku rasa macam habis marathon 12 episod drama. πŸ˜­πŸ˜‚

Anehnya, aku lega. Semua orang pun lega. HAHAHA. Lain macam rasa dia bila satu benda besar dah selesai. Sekarang bolehlah relaks-relaks kejap sambil tunggu turn orang lain pula buat majlis. Kita datang makan je nanti. 😌

Untuk PART 3, marilah kita sambung cerita.

Yang nak recap majlis tunang dan nikah dekat Perlis, boleh baca:

Weekend ni honestly rasa macam 3 minggu compressed dalam 2 hari. πŸ˜‚

Sabtu: Hari Rewang, Hari Tidak Duduk Langsung

Seawal jam 5 pagi dah bangun. Rumah dah macam HQ operasi; semua orang ada tugas masing-masing. Ma buat nasi lemak untuk breakfast semua orang, baba pula beli roti canai. Pastu ada teh tarik. fuhh sedap gilsss. Balance. Malaysia sangat. πŸ˜‚

Geng Rewang - Kopek nanas 🍍

Lepas breakfast? Takda istilah rehat. Terus sambung masak lauk lunch dan lauk untuk tahlil lepas asar. Rumah memang riuh-rendah. Geng-geng rewang walaupun tak ramai tapi meriah dia macam sekampung dekat dapur tu. Suara orang bersilih ganti, dapur panas macam final MasterChef.

Malam pula sambung prep barang-barang sampai dekat jam 10 malamAku? Belum boleh tidur lagi sebab kena iron baju ma dan tudung-tudung semua. Selain dari tolong geng rewang, saya juga dari laundry department πŸ« 

Bila semua settle, barulah boleh tidur. Itu pun tidur dengan doa: "Ya Allah, jangan bagi aku pengsan esok."

Ahad: Hari Majlis Yang Dinanti-Nantikan

Jam 4 pagi dah bangun. Yes. 4 PAGI. Orang lain mungkin baru lena, kami dah start final touch. Masak itu, potong ini, susun sana, betulkan sini. Semua orang bergerak macam semut kena cukur bonus.

Alhamdulillah, by 9.30 pagi semua dah siap. Plan asal pukul 9.45 pagi semua kena naik atas (tempat majlis) untuk bergambar dan ready sambut tetamu.

Tapi biasalah…

Kita mampu merancang, Tuhan menentukan. Dan keluarga kita pula ada timing tersendiri. 🀣

Tapi okaylah, pukul 9.45 tu memang dah ada yang standby dekat atas. Ma pun naik lepas siap makeup cantik-cantik. Comel betul hehe.

Aku?

11.45 pagi baru muncul dekat tempat majlis. 😌✨

Aku tenang-tenang dekat rumah lagi masa tu. Penat weh. Kaki dah tak rasa. Cuaca panas lagi. fuhhh bercinta bethooool nak bersiap.

Sampai je tempat majlis, prioriti pertama bukan bergambar.

Makan.

Aku terus ambil semangkuk kecil laksam dengan air sebab lapar gila. Lepas tu tambah baby cakoi untuk makan beramai-ramai dekat meja doorgift tu.

Dan… Tbh, tu je makanan aku sepanjang majlis.

Sad but true. πŸ˜‚

And guess what?

Belum pukul 1.30 petang, lauk semua dah LICIN.

Semua orang terkejut.

Masalahnya, tetamu masih datang macam episod tak habis-habis. Masa tu dah mula cuak. Dalam kepala cuma satu: "Ya Allah, janganlah orang balik lapar…"

Tapi nasib baik kita ada floor manager paling padu yakni, Busu! Dia dah standby backup plan: kuey teow dan sup tulangFuhhhh. Alhamdulillah semua dapat makan. Hero tak semestinya pakai cape, kadang-kadang pakai apron. πŸ˜‚

The Powerpuff Girls in the house πŸ©·

Apam balik dengan roti poori pun non-stop orang beratur. Syukur sangat sebab makanan habis dengan jayanya dan paling penting, tak membazir.

Majlis sepatutnya habis pukul 5 petang, tapi around 4–4.30 petang dah clear. Efficient betul tetamu kita. πŸ˜‚

By 6 petang, bermulalah sesi kemas-kemas. Tapi sebelum tu, busu dah siap asingkan sup tulang untuk kami makan.

YA ALLAH. 

Finally, dapat makan juaaa ...

Masa tu baru rasa nikmat kehidupan sebenar. Finally, dapat makan proper meal. Kuey teow pun ada extra. Sedap dia tu rasa macam first meal after survival camp. πŸ˜­πŸ˜‚

Balik rumah, sambung kemas apa yang patut, mandi dan…

Tibalah aktiviti yang paling dinanti-nantikan:

KIRA DUIT SALAM KAUT. WEEEEEEE~ πŸ’ΈπŸ€£

Maka dengan itu, tamatlah sudah majlis yang diraikan. Terima kasih sangat kepada semua yang hadir dan memeriahkan hari kami. Yang sempat jumpa, sembang dan peluk; terima kasih banyak-banyak. Yang tak sempat jumpa sebab aku busy ke hulur ke hilir, jangan kecil hati okay.

Kepada yang tak dapat jemputan… Ampun maaf dipinta πŸ€

p/s: ada lagi gambar tapi nanti dah dapat dari photoG, aku share entri lain ya.

May 17, 2026

Perlis: Nikah, Hujan & Everything In Between

Part 2 - Nikah dan sanding di Perlis

Assalamualaikum.

Kalau korang lupa apa yang jadi November lepas, korang boleh scroll SINI untuk recap moment Zikri jadi tunangan orang.

----
Bulan berganti bulan, hari bersilih hari, akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh pasangan mempelai. Pehh aku rasa aku boleh jadi emcee majlis dah ni. huehehehe.

Kita ke Perlis lagi, gais!

Bertolak dari KL seawal 4.15 am, dan sampai sekitar 2-3 petang. Not bad lah, sempat recharge tenaga dengan lunch nasi kukus dulu. Lepas check in homestay, kita sambung "beraya" ke rumah kawan Baba. Baba ni kan macam rare case. Dia introvert tapi dekat mana-mana ada je kawan dia. Confuse kita πŸ€£

Long story short, Zikri kini sah bergelar suami kepada geng DMY dia, Aida Najwa, pada May 1st, 2026. Alhamdulillah, syukur. Wehoooo gembira tak terperi nampaknya seorang Zikri tu. HAHAHHAA. 




Kesian Adik. Roomates dah kahwin, pastu kena transfer luar negeri pulak. haha

Keesokkan harinya, majlis bersanding pihak perempuan pula berlangsung. Eh nak cakaplah ek, cuaca hangat bethooool kat Perlis ye. Orang sana pun cakap dah lama tak hujan. Sekali… petang lepas majlis, hujan turun lebat gila. Macam drama Melayu timing dia. 🌧️ 






Kiteorang ontheway Padang Besar pun hujan lebat sangat. Nasib baik ada parking. Jadi, bolehlah shopping dengan tenang. Mueheheh

Trip kali ni memang chill sikit. Tak banyak berjalan sangat sebab last visit dah vover banyak tempat. Memang Padang Besar jelah kita repeat sebab nak beli barang untuk orang. Next trip? Hmm… buat masa ni rasa macam tak kot. Hehe.

Plan asal aku balik KL hari Isnin tetapi disebabkan ada container (adult life calling) pada hari Isnin dan aku taknak stress sepanjang jalan balik KL, jadi, aku decide balik Ahad pagi. 

On the way balik, kita buat mini food tour:
sarapan dulu di Perlis, brunch dekat Alor Setar dan lunch di Penang.

Achievement unlocked:
3 negeri dalam beberapa jam. Malaysia speedrun edition. πŸ€£

Lepas tu terus balik rumah family, dinner sikit, then terus pengsan. Penat weh. Walaupun aku drive sejam je… tapi biasalah, drama kena lebih. πŸ€ͺ
----


To Zikri and Aida Najwa,
Selamat Pengantin Baru!