March 29, 2013

Happy Birthday, mom

Balik kerja semalam, terus cari kek dengan Hafiz. Habis jammed excident semua kita redah demi sebuah kek :) Ayat gempak sikit. Okay jumpa cheese kek. Dalam hati semoga ma sukalah sebab tak pernah beli cheese kek lagi. so ini first time. heee~

Balik rumah okay ma dengan baba takda. Puas ni fikir macamana nak suprisedkan ma. So lepas ma balik dan masa ma tengah makan malam dengan baba, Hafiz bawak keluar kek. Ma terperanjatlah sebab semalam (28hb) bukan birthday dia but at least dia potong kek tu :)




Dan bila jam menunjukkan tepat 12 pagi bersamaan 29hb Mac 2013 yakni harini, ingat nak jerit je terus dari bilik tapi kang orang cakap 


'gila apa budak ni jerit tengah-tengah malam? kena rasuk ke?'

okay batalkan niat tu terus :(

Anyway,



Happy 42th Birthday, Mommy! 


Semoga dipanjangkan umur, sentiasa di murahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati olehNya. Insyaallah. Terima kasih sebab sudi menjaga kami empat beradik walaupun dengan pelbagai kerenah tapi ma tetap sabar. Thanks ma 

From all of us, this special shout for you!


Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Pn Zarina ...
Happy Birthday to youuuuuu *hugs*

xoxo

March 28, 2013

#1 Bebelan

Biasalah bila dah baik demam dan selera makan yang kemain macam orang mengidam, tu menjadi-jadi selera tu. Dah makan nasi penuh satu pinggan dengan side dish jeruk satu tupperware busu letak sebelah singki, fuhh kenyang bak hang! hahaha.

Pastu tadi nak pujuk Iman punya pasal, AbgMer belanjalah budak-budak dekat rumah Opah ais krim. okay iolls tak terkecuali :) Niat dihati nak amik roti sebab orang belanja en? Bak kata Nora, kalau orang belanja amik je yang paling mahal. sebab BELANJA -___________-'

Tapi iolls tau dan ada perasaan segan, makanya aiskrim 50sen ni cukuplah menjadi pencuci mulut untuk harini. WAHAHAHHAHA! walaupun niat nak makan magnum almond. hehe *gelak tutup mulut cover dari orang tengok*


Dah dapat aiskrim, terus berlari cari cahaya untuk amik gambar ni. Memang takleh blah tapi bolehlah bolehlah eh :D Lepas tu makan aiskrim sambil tengok Awan Dania series. Berapa kali ulang pun tak tau tapi still boleh gelak tengok Scha. 

Rasa sedih sebab haritu menang tiket Awan Dania The Movie tapi tak sempat nak amik dekat Astro. Sebab terlampau sibuklah ni. Kesian saya :( Tunggu dvd lah jawabnya. Hailaaaa ....

Okay cuaca diwaktu pagi dekat rumah opah ni memang best. Dah rasa macam pergi Genting atau tempat-tempat yang ada kabus ni. Asal pagi je ada kabus. Kadang-kadang tu memang tak nampak jalan tapi terpaksalah redah, takkan kau nak bertapa kat tepi jalan tu pulak en? Kang kau yang kena sodok dengan trailer pulak. hehhee


Saja buat gambar macam ni supaya takyah orang nak scroll sesuka hati. Hehehe! Macam ni senang, tengok sekali imbas je. HAHAHHA ini bukan kedekut gambar tapi malas nak upload satu satu. Faham tak?

Dalam keadaan yang lapar walaupun dah makan tadi, so mood dah merundum jatuh menjunam habis terkubur. WAKAKAKKAKAAKKK! Kalau merepek memang hebat. Okaylah sambung nanti.

Best pulak tulis macam ni. Macam tengah bebel dekat korang. HAHHAA. 

#np When I Was Your Man by  Bruno Mars . fav ni

Doa untuk Makcik Aya.

Assalamualaikum.

Sehari suntuk semalam dekat hospital. Memang memenatkan tapi apakan daya makcik sedang bertarung nyawa untuk hidup.

Kelmarin bergelak ketawa, bercerita tentang peplum, dan esoknya sedih. Makcik tiba-tiba pengsan dalam tidur. Tidak sedarkan diri dari pagi sampailah ke petang semalam. Alhamdulillah semua ada di hospital semalam. Walaupun ada yang datang lewat tapi masih di hospital.

Kami sayangkan makcik.

Kerja pun dua jam je lepas tu minta perlepasan untuk bersama ahli keluarga yang lain di hospital. Dari wad kecemasan, makcik dipindahkan ke ICU.



'alaa mak tak kasi makan! Eh salah, ayah tak kasi makan' – Pika

si anak bongsu yang padaku sudah mula merindui emaknya. Kesian Pika. Anak-anak lain juga. Nampak pada wajah sugul mereka yang berharap emaknya sedar dan kembali sihat seperti sedia kala.

Kepada semua, Faizah tak minta banyak. Faizah cuma minta tolonglah doakan supaya makcik kembali sedar dan sihat seperti biasa. Kami semua terutama anak-anaknya sangat merindui gelak tawa makcik :')

[UPDATED]
Teruskan berdoa untuk makcik saya please. Teruskan menghadiahkan surah yaasin kepada beliau. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Terima kasih.

March 27, 2013

Friends.


Happy 22nd Birthday , Yaya

oh nasib baik teringat, Selamat Pengantin Baru juga kepada kawan kolej, Imal dan pasangan :)

March 23, 2013

Another Birthday.

Assalamualaikum.

Sorrylah sebab lama tak update. Ni semua gara-gara demam melanda diri ini. Ni pun tengah demam tapi gagah jugaklah menaip. Hehhee. Macam-macam andaian diterima tentang demam ni. Harap-harap takda yang serius sangat. Habislah kalau teruk, kena cuti lamaaaaa :O iolls tak sukalah -.-'

So yes, memandangkan harini 23hb Mac, nak buat suprise memang tak dapatlah. Sebab jauh, kalau masih duduk Putrajaya, dah selamat CTP tu ku gegar! Hahahhaa. 

Saya nak ucapkan Selamat Ulangtahun kepada sahabat/ pendengar/ pokoknya semualah , Farah Sidek!

Happy Birthday my dearest bestfriend! Waaaa 22 already :) Terima kasih diatas semuanya. Semoga kau akan dapat apa yang kau impikan selama ni dalam hidup. Semoga kau dapat HADIAH yang mewah tu :) Okay aku akan jelly lepas tu. Hahahhaa! Love you, bestfriend! xoxo


Till here. Penat lah menaip. BYE!

March 15, 2013

Review Novel : Kampung Girl

Assalamualaikum.

Minggu lepas sajalah order online novel memandangkan haritu pergi Popular dekat JJ kemain panjang sampai nak pitam lah. Makanya order novel Kampung Girl dimana dapat tajuk ni masa Nad Zainal tanya dekat followers dia siapa pernah baca buku ni. Rupanya dia berlakon dalam cerita tu.


So tunggu punya tunggu parcel sampai dekat office, hari Isnin baru sampai. Siapa yang follow tweet aku, dah boleh tau yang aku memang tunggu novel ni sampai. Hahaha! Biasalah, nak tingkatkan balik mutu pembacaan. Cewahh :p Sampai setiap kali orang masuk office, mesti tengok sebab tak sabar en?!


Bila novel tu sampai, nampaklah muka teruja tu sampai rasa macam nak senyum sampai balik. Motif senyum? Novel dah selamat sampai lah. Hahaha motif sangat tau. Tsk! Takkanlah nak bukak dekat office en? So simpan elok-elok novel tu dalam laci dan tengok jam sekerap yang mungkin. Hahaha.

Dan blablablaaa … (mesti korang macam fedap baca bila mukadimah je sampai tiga perenggan)

Sinopsis.



So bagi aku cerita ni menarik walaupun ia terlalu ringkas. Mungkis sebab kita dah terbiasa baca yang cerita amboi kemain sampai taknak balik berbulan-bulan bagai.



Ashraf Khairi & Ainnur Azmi
(versi series)


(Buat dalam point eh, senang sikit dan mungkin uolls akan lebih faham)

  • Aku rasa cerita ni menarik tapi terlalu ringkas.  
  • Part lagu 'Hadirlah kasih, Hadir dalam hidupku' okay, itu romantik. Sweet sangat ..
  • Si Ainnur yang sangat sweet sebab suka pada orang yang sama since dia kecil dan akhirnya dapat jugak kawin dengan orang yang dia suka, which its Ash, sepupu dia sendiri walaupun perkahwinan pada mulanya ditentang habis-habisan oleh Ash sendiri.
  • Ash ni memang anti dengan Ainnur dari kecil sebab bagi Ash budak kampung tak tau apa-apa selain jaga ayam dekat reban. Memang menanahlah telinga Ainnur dan sebab cacian dari Ash tu jugalah, Ainnur berjaya sampai ke New Zealand.
  • Rahsia Ainnur sebagao guru dan orang berpelajaran pecah masa malam pertama. Ash terpandang buku dan gambar dia dengan Abg Faisal. Ash mengamuk tapi Ainnur? Hahah dia buat rilex je -.-'
  • Orang tua-tua cakap jangan terlalu benci pada seseorang, itulah yang terjadi dekat Ash. End up Ash sayang sangat dekat Ainnur dan masa dorang sanding untuk pihak lelaki, Ainnur mengandung.

The end.

Rate: 4/5

    Rasanya korang dah tau kenapa aku up cerita ni kan? Hhahahaa. yes sebab Afiq Hakim Ahmad lah pun :)

    Selamat membaca :)

    Kredit: Gambar ehsan dari encik Google dan Insta Nad Zainal :)

    March 1, 2013

    March datang lagi :)


    Kelas tak gambar tu? Pening kepala, sakit mata bila tengok kan? HAHAHA! 
    Takpelah bukan selalu ada fancy-fancy dalam blog ni. Kadang-kadang kena ubah selera jugak :)

    Bye February, and Hello Marcheee !
    1.3.2013


    p/s: Dari tadi duk Marchy, Marchee bagai. Konon nak kreatif. Ha amik, kreatif sangat -.-'