Thursday, February 22, 2024

Alumni of Influenza B ๐Ÿ˜’

Assalamualaikum.

Minggu lepas, semua orang celebrated CNY. Ada yang merayakannya, ada yang bercuti, ada yang lepak dekat rumah, kenduri kendara. Macam-macam! Meriah jangan cakaplah. Bunga api dekat rumah aku sampai lepas midnight ye. I kenot sleeeeeep.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita dekat sini.

Kalau hujung tahun lepas aku dengan FANS kena covid, nahhh CNY kiteorang kena Influenza B gaisss. HAHAHAH tak kelakar. Memang body kiteorang sekarang PANTANG dengar CUTI PANJANG. Mulalah dia sakit eh? Raya ni please sihat eh. 

Yang sakit mula-mula adalah aku. Dimulakan dengan batuk sampai semput je Sabtu pagi tu. Ahad pagi dah rasa badan tak best tapi ok je, boleh masak lunch semua. Pastu baring jee sebab macam tak larat. FANS pun dah cakap badan tak sihat Isnin tu. Malam tu tiba-tiba badan panas kemain. Pakai coolfever, sampai nipis yeee! punyalah panas!

Then Selasa, FANS tak masuk kerja sebab masih demam. Jadi aku yang rasa badan macam dah sihat ni, drove ke klinik untuk check. Then ... 

HAHAHAHAHAH Influenzaaaa yaaa.

5 harilah quarantine. The whole week memang kita terbaring je. Rumah pun dah macam apa dah. HAHAHAA. 

Even harini pun, selepas 10 hari, post influenza tetap ada ye. Rasa nak muntah, mual, sakit kepala semua ada. Even FANS pun muntah dekat office. HAHAHA ingat aku je. Dada rasa macam kena himpap (suffocating). Sakit woooo. Tak selesa rasanya.

Macam-macam kan sekarang.

Semoga cepatlah sihat seperti dahulu kala. Penatlah sakit-sakit ni. Penat nak makan ubat. HHAHAHA.

Jaga diri korang!