Assalamualaikum.
Hari Jumaat baru terkedek-kedek nak sign in blog bagai. Bukan ada benda nak cerita pun. Sebab aku memang takda mood nak cerita. Tak tau nak cerita apa-apa walaupun otak aku dah bekerja keras untuk ingat semua memori yang berlaku sepanjang minggu ni. Yang Isnin tu aku update pun sebab tunggu nak masuk bilik exam. Gila kau, aku punya cuak macam tahap nak amik SPM. Masa SPM pun aku tak cuak macam tu! Hhahaha.
Dalam phone aku bersepah gambar sepanjang minggu. Dan aku kena tiap-tiap hari bukak sebab nak ingat apa yang berlaku pada gambar tu supaya senang aku nak cerita balik kat korang. Tapi ada aku update? Nan adooo! Maap lerr. Ai terlau sibuk dengan lelaki kacak sejak dua minggu lalu. Hahaha. Tak payah nak curious sangat siapa lelaki kacak tu. Lalallaa. Yang penting Oppaa memang kacak. Eh? Hahha. (merepek adalah aku, aku adalah merepek)
So tadi tengok insta Farah, tergelak baca caption dia dan tergelak bila tengok gambar tu sendiri. Kalau gambar orang, takda ah aku nak gelak sakan tapi ni gambar aku. So harus aku gelak. Hahha!
See, aku memang suka merepek. Dan Farah jenis melayan. Bagus! Satu team yang hebat. Memang hari-hari aku whatsapp dia. Sebab? Entah. Aku pun tak tau. Pernah gaduh, hmm bukan gaduh apa pun. Tapi gaduh manja gitu. Pastu okay dah. Dia ni taiko Jelebu oi. Korang yang jumpa dia, better berhati-hati, Dia gerun! Hhahahaha! Kau bagi dia Kinder Bueno sepeket, dia okay dah. hahaha (mati aku kalau poms ni baca)
Harini dengar cerita best dari dia. Harap-harap betullah. Hehe.
No comments:
Post a Comment