June 7, 2017

June, fav month!

Assalamualaikum.

Akhirnya bulan kegemaran kembali. Tapi kadang-kadang bukan kegemaran jugak sebab datangnya bulan ni, maka naiklah satu lagi nombor. Yayayyayaa tapi Iolls selalu rasa macam muda remaja je. Yelah, kalau tak, takkan budak umur 18 tahun ingat aku sebaya dorang haritu? Hoii kembang-kembang hidung akak ni dek oii ^^

Tapi aku memang forever muda je. Wakakaka lagi sekali mintak maki. HAHHAA janganlah cemuh akak dek oii. Siapa lagi nak puji diri kita sendiri kalau tak kita sendiri? HA!

Macam biasa, ada banyak posting yang tergendala akibat tahap kemalasan yang melampau-lampau sekarang. Jadi biarlah. Ada masa nak update, baru update. Takda masa, delete je gambar-gambar tu. Wakakakka.

Oh, Ahad lepas, 4hb Jun, genap 5 tahun kerja. Phewww. Macam tak percaya, lama jugak aku bertahan. Dari asyik kata nak berhenti, nak berhenti, akhirnya membawa aku ke tahun yang ke5. Alhamdulillah :) Dah 5 tahun, macam-macam dah aku buat dengan colleagues. Dulu senyap je, sekarang dah boleh ajak E dengan Shir gossip! Hahaha. Shir kan seorang yang mudah terhibur, lagilah.

To E, bila kita nak nak jalan-jalan lagi? Hehehe. #guraudotcom

Jumaat ni, Farhan's last day. Lepas ni kurang sorang geng gossip aku. Sigh. Nak riak takbur pasal kerja / makanan pun dah tak boleh. Kembali lunch sorang-sorang lah lepas ni. (Still ada Dayah tapi Dayah focus dengan phone, tak best)

Apa lagi?

Minggu depan! Nombor bertambah weh.. Mengharapkan perubahan pada diri sendiri, insyaallah. 

And apa lagi ?

Rasa macam nak makan naan cheese dengan teh ais kaw-kaw punya.

Kehadapan Ma & Baba, moh lerr kita? *keningangkatsambilsenyum*

No comments:

Post a Comment