Friday, February 14, 2014

Cerita CNY: Bowling with family

Assalamualaikum.

Hahah actually aku takda benda nak cerita pun. Tadi kemain karang ayat dalam otak kengkonon nak luahkan kat sini tapi bila dah sign in, nan adooooo. Semua pakat berlari sepantas kilat reramai sampai aku tak kuasa nak kejar. Biarlah ia berlalu .... (ceit ayat)

Aku ada masa banyak ni, tu yang update. Kalau aku bz, memang aku mampu tengok jelah blog ni tanpa letak sebarang khabar berita. Eh cehceh. Khabar berita kononss. puihh! Meh sini aku nak cerita aktiviti masa CNY haritu. Memandangkan aku dapat cuti seminggu kan, macam-macam benda aku buat. Tolong busu kat kantin, main bowling segala.

Ni hari Sabtu. Sarapan dekat rumah nenek dekat Sepang. Okay tengahari tu balik Kajang dah tapi singgah dekat Sg Pelek, potong rambut budak kecik ni. Kau tengok, suka sangat pacakkan rambut. Hahah pengaruh sangat ni -.-'


Habis handsome la konon tu dek oi? Sampai setiap kali kiteorang kacau dia, dia akan selamatkan rambut dia dulu. Hahha kelakar gila! Penat gelak masa ni, sebab kelakar kot. Selalunya dia menjerit sebab sakit ke apa ke, ni tak, menjerit sebab marah kiteorang pegang rambut dia. Hailaaa adik ..


Setiap kali balik Sepang, mesti singgah dekat satu kedai buah ni. Dia jual air jus buah FRESH okay. RM2 , air fresh, okay berbaloi sangat. Memang family aku stop dan beli lah. Dan favourite aku adalah tembikai susu. Memang manis, sedap gilaaa. Ahhh macam nak pergi je balik Sepang sekarang ...

.......................................

Ni cerita petangnya pulak. Lepas Zohor, pergi Jalan TAR dulu. Sabtu kan, haruslah jejak pasar malam dulu. Dah beli segala makanan dan kuih favourite masing-masing, terus tunggu Busu dekat highway. Dan straight ke PAS, Shah Alam untuk main bowling.


Biasalah ni, dah bosan plus dah kenyang dan perangai gila-gila tiga beradik dah sampai, ni lah jadinya. Nasib Achik tak ikot. Kalau dia ikot, haru kereta! Hahaha

Rasanya last aku main bowling masa zaman sekolah menengah kot? Masa berbuka dengan budak kelas. Tapi masa tu, aku tak main pun. Aku tengok je sebab aku tau aku tak hebat main benda ni di alam realiti tapi hebat di alam maya je. Hahhaa.
 

Budak ni pun sibuklah nak main bowling. Duk meraung nak main tapi dia behave lah, takdalah tergolek bagai. Elok je dia duduk kat tiang sebelah tu, tengok orang main. Bagus dek. Esoknya aku dengan Achik bawak adik main bowling (next entry).


Aku dengan Aliff (yang sandar kat tiang tu) kiteorang kejar mata. Sebab dua-dua tak hebat main. End up, aku paling bottom. Memalukan betul. Aku jangan kata strike, spare pun aku takda. Memang layaklah dapat bottom. Sedih aku. Perasaan malu lagi menebal lah masa ni. Gila kau tak malu, kalah dengan budak-budak kot Y__Y


Masa ni, tengah tunggu turn. Ye, bukan korang je perasan. Aku tuan badan lagi lah tersangat perasan dengan bentuk muka aku yang semakin kembang dengan jayanya. Acah-acah diet konon tapi makan? Herghhh tolong tau, kalau terserempak ke apa, tolong jangan tegur bentuk muka aku. Aku tak sanggup nak terima kenyataan lagi ni. Hahhahaa.

k babai.

No comments:

Post a Comment