June 21, 2024

Yumzerrrrrr 😋

Assalamualaikum.

Ini semua gambar lama. Sebab saja nak update gambar dalam ni yang nampak boring betul bila takda gambar. muahahha.

Dimulakan dengan gambar sehari selepas seorang Faizah 33 tahun. Bawak brownies pergi kerja and makan dalam jem adalah satu kepuasan. Mata sakit tengok jem, tapi tekak and perut rasa enak. wakakakak

 

Lepas tu tapau nasi lemak rendang ayam. Konon nak makan lunch. Lahhhhh tak boleh tahan bau dia, terus makan pagi tu lepas sampai office. HAHAHAHAHA. biasalah, faizah memang kalah dengan makanan sedap. Alhamdulillah.

Malam pulak, memang nak datang pound sebab nak amik last stamp for my 1st card. muahahhahah. Finally, almost a year dengan pound, 13/06 my last stamp.


Adakah seorang Faizah akan terus dengan pound?

----

Jumaat, dah rasa badan tak sihat sebab dari 6/6 dah sakit dada tapi lepas tu macam dah ok. tapi Rabu atau Khamis dah start semput and batuk balik macam biasa. Bulan baru kan, "bestfriend" mesti datang punya -.- So Jumaat tu balik awal sebab dah tak tahan sakit dada and batuk. Sampai rumah terus baring and tidur. Tersedar lepas FANS balik. Lega sikit dapat tido.

Then malam tu, FANS ajak makan luar sempena birthday. Weeee ~


  

 

Walaupun birthday dah lepas beberapa hari, alhamdulillah dengan rezeki ini. 
--

Disebabkan balik dari Kulai tu tak singgah rumah kaklong, yelah mata dah nampak katilkan. so Rabu baru ni, lepas balik kerja, nak hantar badminton Nuha kat rumah. Tapi sebelum pergi, kita singgah my fav ice cream place dulu, Inside Scoop, untuk redeem birthday voucher.


Yumms!

----

Selingan

Happy FANS dapat jejak court badminton selepas beberapa purnama. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA
 

p/s: thank you for all the wishes 🙇

No comments:

Post a Comment