July 10, 2023

A night full of thrills.

Assalamualaikum.

I have gone through an experience that I did not expect. A thrilling night.

Aku dah pedih ulu hati since Khamis tapi pagi Jumaat tu macam ada kurang sikit. Lepas lunch, dia sakit balik sampai aku tak selesa nak buat kerja apa pun dekat office. E bagi green tea untuk bagi lega tapi tak lega jugak. So aku makan ubat je bila kat rumah.

Sabtu, pergi farmasi untuk cari gaviscon tapi gaviscon habis. Staff suggest satu ubat yang lebih kurang sama function dia. Aku beli dan makan. Sampai rumah, terus sakit perut. Aku ingat aku ok dah lepas tu. then while aku siapkan ikan bakar, dia serang lagi. then masa tengah whatsapp mother, aku nangis ye tahan sakit. mother tau, lalu mother nak datang rumah pickup aku bawak pergi klinik. ha sudah. aku terus call FANS. lalu FANS balik and baba pun call FANS suruh bawak pergi klinik.

While waiting for the queue number to be called, aku siap menyanyi ye lagu Jessi. HAHAHAHA. so kalau orang tengok, orang tak rasa aku tengah menahan sakit masa tu. Mantap Faizah! HAHAHAHHAA

Masuk jumpa doctor, explain sakit apa. Doc kata aku mungkin ada ulser kat perut sebab pedih kan. Lalu doc suruh neb, sebab dia check nafas aku macam sempit. Ya benar itu doc. So, masa aku tengah neb, aku main phone, and tangan aku tiba-tiba menggigil. selesai nebm tiba-tiba dada aku berombak, muka and separuh badan aku rasa kebas, perut aku kebas. 

at first, doc ingat aku hypo. disuapnya aku gula-gula. tapi pelik, bukan hypo. dia takut aku ada alahan ubat neb tu tapi dia macam in denied sebab ubat neb semua sama kat mana-mana klinik/hospital pun. then dia rasa aku minor stroke. tiba-tiba doctor kata aku macam kena anxiety attack. bp aku tinggi. entahlah lupa berapa.

Banyak betul tekaan malam tu. Doctor terus call ambulance. Lepas hmm setengah jam aku rasa? aku dah ok. kebas masih ada baki tapi aku dah boleh berborak, gelak semua dengan FANS. Doc dah rasa macam aku main-main sebab depan dia aku macam susah nak bernafas. One thing yang doc tak tau, masa aku bergurau dengan FANS, aku still struggle nak bernafas. Dia tak tau sebab dia kat bilik sebelah. oh, aku sempat mintak maaf kat FANS. takut nyah. haha

Ambulance sampai and dorang check lagi sebelum bergerak ke hospital. Otw hospital, macam-macam aku fikir. Aku trauma sikit ambulance ni.


First time, aku sendiri yang baring kat dalam ambulance tu. Selalu aku duduk tepi je. Nervous, takut semua ada.

  

sampai kat hospital, aku kena amik darah, xray and consult. 

Dah lama aku tak ambil xray. Last masa sekolah. Terus jadi blur masuk bilik tu. Tak tau nak buat apa dulu. HAHAHAH

sementara tunggu, aku kena makan ubat and tak boleh makan minum selama 2 jam kalau tak silap. staff masukkan ubat jugak kat jarum. FANS tengah tahan mata sebab lepas aku setel ambik ubat, aku tidur kejap. Tak tahan mata gue.

 

tunggu semua setel, 5am baru aku discharged. Alhamdulillah tak payah warded. Aku tak ready untuk duduk hospital ya. Takut. Trauma. Semua ada.

   

Menunggu ma baba datang, kiteorang tunggu dekat pintu masuk kecemasan je. Penat duduk kat dalam tu. Macam-macam bunyi. Baby nangis lagi. Kesian. Pakcik asyik buang kahak. Hmm.

Paling tak disangka-sangka, ma baba datang dari Tekali ke Hospital Serdang untuk ambil aku dengan FANS balik. Oh, FANS tinggal kereta dekat klinik. Terharunya saya. Ma baba terus bawak pergi mamak sebab kiteorang tak makan apa lagi. Lapar teruk!

Lepas ma baba hantar dekat kereta, FANS ajak teman dia pergi kedai dia untuk tunggu asst dia untuk serah resit. kiteorang tunggu sampai tidur lah. Almost 8am, baru sampai rumah. Tak dan mandi, terus tidur. Penatnya tak terkata. Aku bangun around 11am rasanya. Lepas makan tengahari, sambung lagi tidur, ingatkan nak tidur sejam dua je. Hamekkk 745 pm baru tersedar. HAHAHAHA. penat dia mengalahkan apa tah.

Then pagi ni, 630am dah gerak hospital untuk ambil appointment date. by 8am dah setel, breakfast and here I am, depan pc kat office :)

 

 Doakan saya baik-baik saja ya 💚

Thank you, FANS. Thank you, ma baba. Thank you semua orang 💛

2 comments: