June 23, 2023

Lunch with Colleagues 🍺

Assalamualaikum.

Jumaat yang gloomy. Pagi tadi hujan. Tengahari macam redup tapi macam panas sebab aku berpeluh tadi. Agak-agak bos nak bagi balik awal tak ek? #mimpi

So, dah dua hari aku lunch luar dengan E and HR. Aku pun memang takda idea dah nak masak apa kat rumah. Aku masak sekadar alas perut and untuk FANS je. Kesian dia. Balik kerja penat. 

So semalam makan nasi padang. 


Sedap dan pedas. Hmm macam tak berapi pulak perut aku lepas tu hahah.

Masa ni dah plan esok (Jumaat) nak makan apa.


We had Nasi Ayam for lunch on Friday!
Aku memang dah biasa makan nasi ayam ni. Sebab nasi ayam ni, pagi-pagi pukul 7am dah jual tau. awal gilaaa. Murah pun murah. Sedap tu insyaallah sedap. Kenyang.


Dan harini, kita ada CEMPEDAK GORENG!!
Yummmssss. HR teringin katanya. Kita tunaikan permintaan. Hehehe.

Sekarang ni cempedak dekat meja aku. Bau dia betullah menggoda jiwa. Nak makan segan. HAHAHAHAHHAHAHA. Confirm satu office tercari-cari bau cempedak ni. Sorry gaiss sebab kena ambil bau 😅

Bye!

No comments:

Post a Comment