Wednesday, August 23, 2017

Grilled Chicken by Lauk2u

Assalamualaikum.

So people, I am back with food review. Jika sedap, haruslah share dengan korang kan?

Tahukah anda, bahawasanya Lauk2u telah mengeluarkan beberapa menu baru? Tidakkan? Kenapa? Sebab anda belum ada masa nak test power makanan dorang kan? Huh! Tak percaya ke dengan apa yang telah ku katakan pada entri spaghetti bolognese tempoh hari? Tapi hmm set tu dah macam upgraded weh. Alaaa takkan korang taknak try lagi? Eeeeee... pergi ambil phone, order sekarang!

Dah lah. Gambar, sila masuk dalam dewan sekarang. Dorang ni nak tengok JER rupa kamu tu. 

Gambar didalam folder lain; 
'baiklah teman-teman, masa aku telah tiba. Aku gerak dulu eh'


Huh, tak habis-habis dengan drama. Hari-hari drama. Dah. Teruskan ....

Tengah berjalan dari store ke depan, tetiba ....


Gambar ni muncul di skrin dengan ucapan ...




Kejam sangat perangai. Memang terliur lah cerita dia kan? Eeeeee Lauk dah berubah. Dulu tak kejam macam ni pun. Sejak-sejak ada menu baru, kemain perangai ...

Tunggu punya tunggu, pukul 11 pagi dia sampai dekat guard house. OMG tak sabar nak rasa. Ok dah pukul 12. Ayuh ke pantry!




Presentation OUT eh Lauk ! HAHAHHAHAHAHA habis semua tunggang terbalik. Tapi takpe, kita relax je. Sebab kita kena relax untuk feel makanan yang bakal dimasukkan kedalam perut. Bising-bisng nak buat apa tah, kan? And mine got two different sauce; black pepper and mushroom. Thanks Lauk !

Verdict? Hmmm black pepper sauce tu pekat gilaaaaaaa! Plus ada rasa macam masin sikit. Ingatkan deria rasa aku yang problem, tapi sah, ada masin sikit. Mushroom sauce tu sedap! Serious. Tak tipu. Tapi aku nak rasa lain sikit, aku campur je dua-dua sauces tu. Still rasa sedaplah jugak. HAHAHAHAHAHA. Cuma bila makan sos tu secara solo, rasa masin sikit. 

Ayam dia, sedap. Ada juice lagi walaupun pada mulanya aku tengok eh kenapa macam kering? ni grilled ke? HAHAHAHHA siapa suruh dia tunjuk bahagian kulit pagi tadi. Tapi sedap. Mix salad tu aku tak makan pun. HAHHAHA biasalah terlebih fokus dekat ayam. Heh! Perangai sangat. DAN Lauk lupa nak bagi chips! HAHAHAHA apa ni? Tapi disebabkan Lauk sudah minta maaf, jadi aku ok je. Takda hal lah. Jangan ayam yang tertinggal dah lah :D

Oh lupa nak bagitau korang, semua menu ini disertakan dengan air mineral dan sebijik epal ye :)

And guys, esok pun ada menu grilled chicken ni tapi menu untuk hari Khamis ada nasi ye. Waaaaaa kenapa baru perasan LEPAS habis makan? Eeeee geram tau tak! Ok, since ada lagi Khamis dan Jumaat untuk minggu ni, aku letak untuk korang tengok menu. And manalah tau, tetiba nak rasa ke kan? 


Lauk 2 U 

Instagram : Lauk2u 
Twitter: Lauk2u 
Facebook: Lauk2u


Dah, jangan malas. Pergi order sana.


p/s: Nasi goreng kampung tu macam sedap je? Hehehe
p/s ii: review ni by aku sendiri tau. Lauk tak suruh pun aku uar-uarkan kat korang 

7 comments:

  1. pejah dan makanan...mana pernah berpisah! LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh. Jadi ada tak makanan korea yang patut fe try? Tapi kena sedaplah. Huhuhu

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Bulgogi, Dakdoritang, Japchae, Yuk Gae Jang, Haemul Pjeon, Sikhye (air la tapi)

      Delete
    4. Fuhhh kemain! Nantilah try. Eh Sikhye kita boleh minum ke?

      Delete