April 27, 2017

Confusing.

 
My kinda mood today.


 
No! Since Tuesday.
 
 
 
Oh no again!
 
 
 
 
Well, since forever?
 
 
 
 
 
Ah yes!
 
 
 
 
Good.

Makan. Makan. Makan. Makan. LAGI !

Assalamualaikum.

Okay, since harini hari Khamis, meh aku sajikan korang dengan gambar-gambar makanan yang hoii sedap lagi marvelous sampai terbayang-bayang. Makanan homemade, beli, semua ada. So let's!

Kita mulakan dengan makanan yang menjadi trending baru-baru ini. Ayam Goreng McDnama diberi. Prepared Fresh, Served Hot and Crispy menjadi slogan kali ni. Fuh kemain sangat ni! Terus hangat ayam goreng ni lepas iklan dia keluar. Ha dah sempat tengok belum? Aku tau belum. Nah tengok!


Haa tetiba macam teringin kan? Okaylah aku pun walaupun aku suka BigMc lagi dari ayam McD ni. So selalu cakap dengan Achik belanjalahh ... eh tetiba Achik whatsapp gambar ayam McD. Good dia ada bawak balik seketul dua. Alhamdulillah.



Ni lah antara seketul dua tu tadi. Hmm, sampai sekarang aku berfikir tang mana yang pedas gila-gila pedas tu since aku makan, tak pedas langsung pun ok. Serious tak pedas. Aku rasa ayam goreng kat simpang rumah aku lagi pedas dari McD ni. HAHHAHA. Pelik.

And hari Isnin lepas, kan satu Malaysia cuti kan? Okay pada yang tak cuti, what to do? Bos I baik, so dia bagi cuti. Wehooo~ So Ma cakap nak buat roti dekat rumah Opah. First thing to do adalah membeli bahan-bahan yang tak cukup tu. Jangan tanyalah apa nama bahan tu sebab aku tak tau. HAHAHA. Sebab banyak sangat. Dulu masa aku belajar buat kek coklat kukus dengan kak Fain, barang tak sampai 5 pun. Roti ni macam banyak gila. Dengan yis lah, telur lah, susu tepung lah. Memang banyak.


Our first roti. Verdict? OMG! Ni yang terpaling sedap, terpaling laku dalam semua tester. HAHAHAHAHA bunyi macam banyak je tester kan? Takpelah, teruskan membaca. Masa kiteorang kat bakery shop, Ma beli filling red beans jugak. So ada roti letak filling, ada roti kosong tapi tabur pumpkin seeds je. Then Busu sapu kuning telur jugak sebab nak dapatkan effects kuning yang hmm tak berapa kuning tu.


Sedap!!!



The second try. Ni macam ok je. Tak sesedap yang pertama. And tak tau nak cakap macamana. Yang ni ada kenteng lenyek; yang digaul sekali sebab konon-konon nak buat roti kentang kegemaran semua orang tu.



3rd try and yang ni buat dekat rumah. Buat 13 pcs and semua filling red beans dan amik masa tak sampai sejam untuk siap. Masa baru siap tu, lembut gebu gebas sampai aku rasa macam nak sorokkan sebiji dua untuk bawak pergi office. Tapi tu lah, niat tu. HAHHAAH eh tapi niat aku baik je kan? Aku nak makan kat office tapi tapi pagi tu macam keras. Takdalah keras teruk gila tapi tak selembut macam baru siap. Mungkin sebab aku tak letak dalam bekas, so angin? HAHAAH entahlah. Tapi sempatlah semalam balik kerja makan ni buat cicah kopi o'. Sedap! kau apa yang tak sedap? -.-


One of the lunch  dekat office. Ada satu hari tu, hujan (macam harini) kiteorang tengok kat TL, and siap RT makanan-makanan sedap sebab masing-masing lapar tapi tak boleh keluar sebab hujan kan. So kononnya dengan cara RT tu kenyanglah kononnya. Hahahaha walhal makin lapar! 

Tiba-tiba terjumpa satu acc twitter ni @lauk2u dia ada buat delivery makanan and free delivery. And kiteorang tanya, kiteorang terbooklah 2 set. HGAHAHHAA. Biasalah tu. Sedap! Nasi dengan chicken blackpepper and nasi hujan panas dengan rendang ayam.



And yang ni paling latest and yang paling sedap dari nasi ayam blackpepper tu. Spaghetti Bolognese weh! Sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Korang kena try! Serious!

Dah, aku nak kenangkan balik rasa spaghetti ni.

Bye!

April 17, 2017

Bosan.

Assalamualaikum.

Lagi 30min nak balik. Tak sabar! Dah rindu katil, tilam, bantal, bilik semualah. Nak tidur! Tapi dah tau dah, tak mungkin tidur awal bebenor. Kalau masa kolej bolehlah, balik kelas, terus tidur sampai Nora tanya Mawas bila aku nak bangun. HAHAHA! Penat kot. Walaupun masa tu naik motor Nora pergi balik kelas tapi tetap penat. Bila je aku tak penat? Makan pun kadang-kadang penat. Saiko!

Actually baru lepas makan donut dengan kuih keria ni. Thanks KakNa belikan. Kenyang dah. Ada orang tu ngidam keropok lekor pukul 3 pagi, terus order keropok lekor sekali. Lepas tu makan senyap-senyap je. Tau tau dengar tapak kasut je. Dasyat lagi dia dari aku. 

Aku bosan sebenarnya. Dari pagi. Jadi bosan. Bosan. Sangat. Bosan. 

Bosan.

April 15, 2017

Cerita A.B.C

Assalamualaikum.

Hi. Macam biasa di hari Sabtu yang hening dan panas ni, aku berada di office. Eh dah macam rutin minggu pulak sekarang. Hopefully bulan ni penuhlah 5x Sabtu aku masuk. Kalau penuh, wow satu pencapaian yang membanggakan. HAHAHA. Apa yang dibangga pun tak tau.

Ha, entri pasal kawan aku tu dia punya viewers dasyat jugak. 41 viewers dalam masa tiga hari. Ni kalau dia baca ni, haaa mulalah sesi membongkak diri dia dekat aku. Dia tu bukan betul sangat. Cakap aku saiko walhal dia lagi lah super saiko. Scary dengan saiko dia. Biasalah orang kuat perasan en. HAHAHAHA lek Ben, lek.

So harini kerja quite banyak jugak. Kejap lagi nak turun production, normally aku tak turun hari Sabtu. Alaaa panas kat bawah. Aku kan puteri lilin kadang-kadang. HEHEH. Semalam aku turun kejap pun, dah rasa macam mandi. Panas gila. Mungkin sebab Andy tak on kipas ke apa, tapi panaihh berlengaihh. 

Harini kenduri lagi seperti minggu-minggu lepas. Tiap-tiap minggu ada kenduri sekarang. Dasyat. Tiap-tiap minggu kena makan. Tiap-tiap minggu kena pakai baju kurung. Tapi yang masalahnya sekarang, baju kurung makin ketat. Eh salah aku ke? Hmm nak salahkan makanan pun tak boleh jugak. Nak salahkan tuan rumah? Hmm boleh jugak kot. Siapa suruh buat kenduri lepas tu ada makanan sedap-sedap? SIAPA SURUH?! Bila nampak sedap, aku kenalah makan. Hmm.. Semoga ada bubur sumsum dekat kenduri karang. EH?!

Kalau aku ikutlah ceritanya pun.

Oh Kenid dah mati. Hmm Kenid ni kucing Wawa yang haritu kena langgar lari. Kesian dia, mata dah kero. Lepas tu Wawa cakap Kenid getting better but tulah, Tuhan lebih sayangkan dia. Dia pergi juga akhirnya.. Semoga Kenid bahagia disana. You will be missed, Kenid. T_T

April 13, 2017

The Forever Alone, Farhan

Assalamualaikum.

Since petang ni aku rasa sangat lemau (sebenarnya hari-hari pun lemau lemah gemalai semua), aku takda rasa nak update blog pun. Tapi ada seorang yang suruh aku update pasal dia kat blog ni. 

MOTIF?

Pergi tanya dia sendiri. HAHAHA. Info akan aku selitkan pada akhir penulisan ini. Nasib kau lah ...

Ok, aku tak sure aku pernah cerita dekat sini tak yang company aku ada budak intern baru masuk hmm last month? Ok kalau takda, let's story begin. HAHAA. Nama dia Farhan. And dia yang suruh aku update pasal dia dekat blog ni. Siap fikir tajuk sesuai untuk entri ni. 

OMG kenapalah aku tanya dia apa aku perlu buat waktu aku mengantuk ni? why?!!

Aku redha dengan dia sekarang. Ok. Aku memang takda benda pun nak cerita pasal dia. Oh aku baru lepas baca blog dia. Gila ada orang bergaduh nak rebut cinta dia dalam chatbox. HAHAHAHAHAHAHAHAH kesian kau Shiela -.- (walaupun dia kata Shiela ni lelaki sebenarnya) HAHAHA 

Dia ingat aku nak percaya? In your dream, Farhan! HAHAHA. Dan dia telah mempergunakan nama aku untuk memuji dia! Sabar pejah sabar

Secara jujurnya, aku rasa dia dah gilakan Dayah Daebak. HAHAHA. 


 

Suka sangat tweet aku gambar ni. Ya ya, aku tau SNL ni tengah famous.
  
Hmm perlu tak aku compilekan dekat sini apa hobi dia selain tengok Dayah? Mudah-mudahan dia tak lempang aku lah. HAHAHHAHA

 

Aku letak dua cukuplah. Karang dia taknak kawan dengan aku, dia jugak susah. Sebab aku je satu-satunya kawan dia dekat office ni. AHHAHAHHAHA. Dia ni acah-acah pemalu lah kononnya. Nak orang senyum je dekat dia. Ehh puihh lah. Selfie dan makanan dan Farhan berpisah tiada. Aku jeles yang tu. Dia makan banyak tapi kurus T_T

Ok apa lagi nak cerita?

 

Ni list yang dia suruh aku puji. Ok dia hmm tinggi. Comel? Hmm entahlah korang tengoklah sendiri. HAHAHA. Semua orang sayang, hmm aku tak sure yang ni. Sebab dia ni jenis forever alone dekat office. So tang mana yang sayang pun aku tak sure. Nak kena buat poll kot kat office ni. Ok kaki dia kurus gilaaaaaaaaaaa! Nak bandingkan dengan aku memang jauh lah cerita dia. HAHAHA. Rambut dia masa panjang, weh macam perempuan. Cantik weh. Cantik sangat.

Nak twitter dia? Nak IG dia? Nak blog link dia? Nak FB dia? HAHAHA ni aku kena tanya dia dulu. Karang dia pancitkan tayar aku, macamana? Kesian aku.

Okbye.

April 12, 2017

Semua HAMBAR.

Assalamualaikum.

Rasa lama sangat tak update blog. HAHAH propa sangat ni. Padahal Jumaat lepas baru update pasal confession. Malam tu terus dapat call uolls! HAHHAA! Tapi yang peliknya aku tak nervous macam selalu. Perghhh pejah dan propa berpisah tiada nampaknya ...

Aku tengah kepanasan dengan diri sendiri ni. Sebab keluar dari tempat aircond je, mesti berpeluh. Dorang ni macam berlumba-lumba nak keluar dari badan aku. So aku stress. Sampaikan aku nak turun pergi bawah pun macam berfikir. Kan best kalau tetiba aku dapat semangat Usain Bolt tu; dapat berlari sepantas kilat. Haaa mesti peluh-peluh tu tak sempat nak keluar pun, aku dah sampai kat meja balik. HAHAHAHHA sungguh tak lawak -.-

Hambar lawak aku.

Aku mengantuk. Tingkap sebelah aku ni betul-betul membawa aku ke mood nak tidur. Pancaran tu memang kena tepat kat mata, pipi, muka aku. Sigh. Aku redha dengan semua ni. HAHAH

Sekali lagi. HAMBAR!

Aku bosanlah kekdahnya.

Geng gossip yakni Wawa sedang mengalami perubahan mood jugak. HAHAHA. Mood rindu-rinduan kepada anaknya yang bambam itu, Eva Aleesa. Jadi, dia mana nak layan bebelan mengarut aku tu. Fine lah Eva, awak menang! HAHAHA

WEH BOSAN!

April 7, 2017

Confession

Assalamualaikum.

Ok mood nak buat artwork tak sampai lagi dan aku masih kenyang lagi. HAHAHA.

Beberapa tahun lepas, aku pernah buat satu kerja gila ni. Kerja apakah itu? Confession. Yes, a confession guys! Gila tak gila lah kan?! And kali ni aku buat balik kerja gila tu. HAHAHHAAH well orang mungkin akan cakap aku mental ill sebab hello weh perempuan kot! OMG!!

Yeap, aku dah buat 2x selama hampir 26 tahun aku hidup. Dasyat sangat ni. Hmm, bagi aku lah kan, benda ni takda salah mana pun. Normal lah kot. Sebab ada satu perasaan ni yang memang ada dekat manusia. Perasaan dimana kita rindu seseorang and end with a confession.

Antara benda paling random dalam dunia ialah rindu. Rindu ni random gila. Kau tak payah nak plan apa-apa pun.

Ada orang tweet ni few week ago.

Sigh.

Dan sekarang aku malu. KAHKAHKAH!

Kalau dulu, aku dapat terus jawapan. Kali ni, aku masih tertunggu-tunggu dan tak tau nak letak mana muka yang sememangnya mengembang ni. HAHA. Tapi ni benda yang aku mengada nak buat malam tadi. Emo pejah is back on track I guess? HAHAHHAA

Ya, ya. Sungguh memalukan tapi acah-acah berani.

April 6, 2017

Merepek sana sini.

Assalamualaikum.

Orang masa lunch tadi update, tapi aku terbalik. Dah habis lunch hour baru terkial-kial nak update. Tapi takpelah, as long as aku update, aku patut bersyukur. 

Ok, baru lepas baca entri pertama aku dalam blog ni, which is 19 Februari 2008. Gila dah 10 tahun aku ada dalam 'dunia' blogging ni. Apa yang aku merepek dulu pun aku tak pasti sangat. Kebanyakkannya merepek yang takda hala tuju lah. Sebab sekarang punya merepek ada hala tuju. HAHAH ok tak kelakar walaupun aku sedang berusaha keras untuk membuat korang baca sambil

  amenda kau taip ni pejah
tak kisahlah. Janji ada hala tuju. HAHAHA gelak lagi.

Aku rasa aku ingat lagi sebab aku terjebak dengan 'dunia' blogging ni. Antaranya adalah kerana Aliff Aziz. Weh serious ni. Sebab dulu fans Aliff Aziz adalah dari Singapura and adalah jugak dari Malaysia. So semua fans dia ada blog sendiri sebab nak bercerita tentang Aliff Aziz ni. Haaa aku salah seorangnya lah tu. Hehehe. Tapi sekarang, kebanyakkan fans dia dah tak into blogging dah. Semua taip panjang-panjang dekat IG je. Oh itu je aku tak rajin lagi.

Lepas aku habis sekolah, aku kurang dah update pasal AA. Ada tu adalah tapi kurang. Sebab aku dah sedar diri sikit. HAHAHA. Event pun dah tak pergi. Aku rasa aku duduk rumah tidur lagi best. Tapi aku still ada impian nak pergi konsert lagi. Wakakaka bila tu tak tau lah. Nama pun impian. Impian ada dua jenis. Terlaksana ataupun Terkubur. Aku punya tengah-tengah lagi lah. Hehe.

Semoga terlaksanalah hendaknya. 


MUAHAHAHAHHAHAHAHAHA!

April 4, 2017

Dzawin MLM 2017

Assalamualaikum.

2:30 AM, finally!

Seriouslah aku penat. Dari last week non stop mengadap pc. Mata aku dah silau gila. Back pain jangan cakap weh. Duduk je, tak banyak berjalan. Fuhh! Dasyat. Even semalam (Isnin) aku tak turun production langsung. Ok bukan aku malas, tapi biasalah aku kan forever busy. HAHAHAH.

Sesambil siapkan artworks, tengok MLM 2017 Minggu 7. Okok boleh buat aku gelak. Hilang sikit stress. Aku nak tidur pun tak jadi, mungkin tengok sampai habis? Hmm will see. Sekarang tengah tengok Dzawin dengan Issey, seriouslah kelakar. And aku memang suka Dzawin sebab dia macam best.

Pickup line terbaik dua orang ni tau. Penat aku gelak.

Seperti Luna Maya, aku pun harap Dzawin masuk final.

Wah tetiba jadi post untuk MLM. Haha padahal kalau tengok dekat tv pun, tengok satu group je. Lepas tu terus masuk bilik, lepak tengok video atau tidur. Ok final baru tengok dekat tv. 

tetiba aku stress dengan entri aku. HAHAHA