January 26, 2017

Busy sebelum CNY

Mood: Cuti tapi masih kena kerja.

Assalamualaikum.

OMG! Dah nak penghujung Januari weh. Eh bukan tu je, dah nak CNY pun. Officemates aku semua dah excited nak cuti. Biasalah, nak raya kan. Paling best E, kerja sambil celebrate CNY dekat over the sea! Haaa bilalah masa aku pulak nak macam tu. Hmm tapi aku taknak lah celebrate raya dekat luar. Nanti takda lemang, kuah kacang, rendang and duit raya of coz! HAHAHAHA. 

So since harini MUNGKIN hari terakhir kerja sebelum cuti CNY, jadi marilah update berpatah-patah ribu kata agar blog ini tidak kesepian mahupun sendu bila ada yang terjengah. Haa gitu kau ayat. Pening aku.

Seems like aku akan fully busy harini. Will see macamana. Moga-moga aku tak stress lah. HAHAHA. Faizah dan stress berpisah tiada ye. Aku rasa perkataan STRESS tu dah sebati sangat nak jiwa raga aku. HAHAHA hari-hari nak stress. Lepas tu stress bila stress. See stress lagi! HAHAHAHAHA sengal lah kau pejah!

Jadi, aku nak pergi pantry kejap. Lapar weh lapar. Tadi nampak macam nak hujan, tak sempat nak makan kat rumah. Harini tak keluar lunch, sebab macam aku bagitau tadi, aku akan fully busy harini. Barcode (LAGI) lepas tu barcode Jepun lagi. Haaa menangis lah kau pejah. 

Dah dah nak makan. Bye!

January 19, 2017

Barcode Progress

Assalamualaikum.

Ok dah lama tak cerita pasal barcodes. Apalah khabar dorang sekarang ye? Hmm.. 

Ok barcodes dah selamat hantar untuk disemak haritu. Alhamdulillah pembetulan pun semua dah buat dan dah selamat bawak keluar. Bawak keluar kemana? Bawak ketempat yang nak dituju lerr. HAHAHHAA. Tak kelakar. Ok aku tau.

Dah siap semua ke?

Haa dah agak, mesti tu korang nak tanya kan? Tapi kalau korang takda nak tanya pun, sukati aku lah monolog macam tu. Heh!

Aku baru hantar 1000 barcodes je haritu. Ada lagi 300+ ni yang tengah on the way nak siap. Semalam aku baru siap 14 products. Satu produk dah berapa barcode kan? Banyak. Jadi banyaklah. HAHAHA. Sekali lagi tak kelakar.

Harini punya kudapan untuk barcode adalah sebiji buah epal hijau yang dipotong tak berapa nak kecil. Aku sebenarnya nak avoid makan Cloud 9 ni. HAHAHA avoid konon -.-



Lawa hijau dia. Mengancam.. Aummm!!

Dah lah, aku tengah lunch hour ni. Adalah lagi 15min nak habis. Aku nak get ready dengan barcodes semua sambil kemas apa yang patut. Nanti rajin, aku update lagi. 

Semoga bulan March aku tak cerita pasal barcode lagi! Hehhee

January 12, 2017

Coldplay takda, CNBLUE kan ada!

Assalamualaikum!


Dengar-dengar date 8 - 12 April dah fully booked? Amboii korang. Berharap nak jumpa Coldplay ditepi jalan ke?? Kalaulah TERJUMPA kan ... bermonolog lah korang dalam hati .. HAHAHAHA!

But but yang mungkin tak berkesempatan nak hirup bumi Korea bersama-sama dengan Coldplay, takpe, jangan risau, date lain masih ada lagi. Takda Coldplay, CNBLUE kan ada? Dorang kan ala-ala Coldplay jugak!! Apa kes pergi Korea nak jumpa Coldplay? Ishh tak kena ok. TAK KENA! 

Jadi ...

Sementara ada date yang masih kosong tu, apa lagi, BOOKING CEPAT korang!! Mana tau masa jalan-jalan tu terserempak dengan Jongsuk ke? Haaa Ji Chang Wook ke? Alaa kan dah dapat bonus kan? Heheh jangan buat-buat geleng kepala lah hai! 


Travelling Buddies Seoul Budget Spring Trip
Types of package:
i) 5D4N - RM 1499
ii) 6D5N - RM 1650 (Entrance to Theme Park)
iii) Couple package (To those who came as couple @ with child)
*price depends on package chosen

Include:
a) Airport Pick Up & Drop
b) Transport (Subway/Bus/Taxi)
c) Meals (Breakfast, Lunch & Dinner)
d) Entrance Fee
e) Accommodation
f) Malay Cute Muslim tour guide (HAHA)

Exclude:
a) Flight Ticket
b) Personal Expenses

Proposed date: *TBA accordingly
(5D4N)
4-8 April 2017 - FULL
8-12 April 2017
19-23 April 2017
23-27 April 2017

(6D5N)
3-8 April 2017
14-19 April 2017

Deposit:
RM400
(Deposit will not be given back if cancel and balance must be settle 1 month before travel date)

Hubungi WhatsApp/SMS kalau berminat ye:


Hidayah : 010-2098918 | Sally : 013-6727520

January 11, 2017

Free!

Assalamualaikum.

Ha jom lah sembang petang-petang ni. Ada lagi sejam setengah sebelum kembali ke rumah. Wahh bunyi macam ayuh jom kembali ke sekolah sangat. 



Basically aku tengah free sekarang. Artwork takda. Tapi kau tunggu esok, CONFIRM tak menang tangan. Selalunya Khamis macam Hari Artwork sedunia. Penuh atas meja dengan kertas-kertas yang penuh artwork. Masa tu mampu tersenyum riang tanpa ikhlas je. HAHAHA.

Tapi kadang-kadang ikhlas lah sebab dah kenyang kan.

Nampak tak aku pun tengah bosan sampai idea nak menaip pun nan adoooo. Tengah lapar. Haa teringin nak makan burger.

January 10, 2017

Adik's Second Birthday Celebrations!

Assalamualaikum.

Kalau entry lepas, kita celebrated birthday Adik pada hari pertama untuk tahun 2017 kan? So entri kali ni, Adik's actual birthday yang kita celebrated dekat rumah Maktok. Oh dengar-dengar minggu ni dekat rumah Nenek pulak? Wow! Package Opah, Maktok, Nenek semua Adik celebrate. Dasyat ni. Che Ta pun tak celebrate macam Adik ok. Kelasss adik aku -.-

Jadi, Happy Birthday once again, Poih Ajizzzz!




Oh ada penambahan kek disitu. Since Iqbal dengan adik sebaya sebenarnya (dengarnya begitulah) tapi dia lahir December kan, so celebrate pun lambat lah. Jadi meh celebrate sekali. eh apa ayat aku macam tunggang terbalik ni?


The cousins. Oh Maklang gigih nak bagi Adik senyum. HAHHAA


Birthday boy ditengah dan ditepi paling hujung kanan, Iqbal :)  Happy Birthday both! Kakak lovessss korang. FYI, sepupu perempuan belah arwah Ibu ni, Nana lah paling kecik. Nun paling kiri tu. Perempuan tak ramai. Aku, Fuzza, Kirah, Kirin, Ayong, Izah, Nana. Lain semua lelaki. I is redha lah.


Selain Mee Kari yang ma buat dari rumah dan jugak ayam goreng buatan Ma, ada jugak Cabonara, Mihun Goreng, Fries, Chicken Nuggets and etc. Air Bandung selasih menjadi pilihan air pada petang Ahad. Alhamdulillah kenyang gilaaaa weh! 

Jadi, untuk akan datang (insyaallah) entry birthday Adik yang ketiga. Kalau ada gambar lah. Kalau takda, maknanya memang takdalah. HAHAHA! I is busy. Dengar-dengar ada another khabar berita. Tak sabar!

January 8, 2017

Adik's 8th Birthday!

Assalamualaikum.


Yeahh, dimulakan pagi Ahad dengan senyuman takda gigi, senyuman poyo, senyuman kembang kempis dan senyuman senyum litup, HAHAHAA. Hey! It's a smile from our birthday boy, Faiz Aziz!

Weee~ A day spent really well last Sunday. Yeah, Ma and Baba decided for make an early birthday celebration for Adik. So, on 1st January .... let's story began.


"Can I eat peacefully without paparazzi? No camera please. Go go gooo !!" Na'ah, I just screamed in my heart. Poor me, I still look happy there :)


Ika baru balik kerja. Zudin, si bakal darah manis ada jugak sebelum pergi kerja. Kakna there, Iman there. Oh birthday boy belakang Zudin tuuuu~~


Highligt!!! Ada ayam, dan kambing siap sedia untuk dimakan, ditelan oleh hmm yaa kami lerr. Takkan korang pulak? HAHAHHAHA!


Satu-satunya gambar aku yang molek dan sedap mata memandang compare yang lain. Apa masalah tah, gambar banyak tapi semua tak kenan dengan mata. And yang ini lebih sopan. HAHAHHA. Sopan lah sangat -.-' Well at least kan. 


Yeahh, sedang membakar. Oh kemunculan ikan-ikan disitu. Ada satu jenis ikan je haritu, yakni ikan ... HAHAHAHHAA aku tetiba lupa nama ikan. Serious aku lupa. Tadi ingat dah. Takpe, ikan akan buat kemunculan keduanya sebentar lagi. Tungguuuuuuu ~~


Oh yeahh. Inilah ikan yang kita makan. Haa apa nama ikan ni? Aku masih hilang ingatan untuk nama ikan ni secara tiba-tiba.


Bila dah bakar, eh apa lagi? Memang sedia untuk diratah lah kan. Oh tangan pakcik membuat kemunculan disitu. Dan hmm sudu? Hehehe. Sedap weh. Cicah pulak dengan air asam. Fuhh terangkat siot!


Rakan sebaya makan bersama. Oh pakcik pun darah manis. Hehehe


Sedang membakar lagi...


Ramai tak sampai lagi masa ni. Ceh padahal ada tambahan tiga keluarga je lepas tu. HAHAHA.


Budak merajuk a.k.a Iman membuat kemunculan tanpa menunjukkan muka.


And last but not least, our birthday boy!!

Yey, finally. 

Happy 8th Birthday adikku yang superGedik, Muhammad Faiz Aziz Bin Azmi.
Kakak love you forever. And stop cubit-cubit me and the rest! STOP! And stop sebut  앙돼 ! Kakak dah penat nak gelak. Semua benda nak sebut 앙돼, dah pahal? HAHAHA.



Kakak doakan Adik jadi anak, adik, sepupu yang baik untuk semua orang. Jangan suka menjerit-jerit nanti orang bising, meluat. Big No okay?! And diberikan kesihatan yang baik, rezeki dalam apa jua bentuk sekali pun, dan tolong kemas mainan bila main ok. Sekeh kang!

I know he don't even read this but well, kakak always being kakak. Over! HAHAHA

January 6, 2017

7 First Kisses

Assalamualaikum.

Sebelum aku start check barcode (oh barcode part 1 dah siap yey!), aku nak review web drama yang aku baru je tengok malam tadi. Sebab dah habis on going, baru best sikit nak tengok. Tapi yang tak best, drama tu sekejap sangat. Yelah, nama pun web drama kann ...


7 First Kisses.

Takda nak review sangat. But yang boleh aku share, cerita ni best! Walaupun secara logiknya, takda nya benda-benda ni terjadi in reality. HAHAHA. Tapi suka tengok and aku tengok episodes yang ada orang aku nak tengok je. Jongsuk dah confirm ada dalam list. Tapi Lee Min Ho? Ji Chang Wook? Kai? HAHAHA tetiba sangat dorang termasuk dalam list aku en? Taecyeon pun aku tengok sebab hahaha dia handsome. Kahkahkah! 

Aku tak faham kenapa Wawa cakap tak best tapi aku rasa best je, bolehlah buat aku gelak non stop semalam and rasa geli. HAHAHA. Tapi episode Ji Chang Wook tu hmm.. macam familiar sangat scene tu. Tu bukan scene dalam drama dia ke? Entah, aku rasa macam ye sebab macam ternampak cuts dekat Twitter. Biasalah TL aku penuh dengan peminat kdrama. HEHEHE. 

Bagi aku, dalam lima episode yang aku tengok (Ji Chang Wook, Kai, Taecyeon, Jongsuk, Min Ho), aku paling suka episode Kai. HAHAH. Oh Min Ho jugak. Episode Kai macam cute, comel sangat. Min Ho pulak, macam reality. Yang lain over. Lagi-lagi Taecyeon. Over sangat ni. Tapi kelakar lah. HAHAHA.

Overall, cerita ni bolehlah tengok walaupun pendek nau. Bolehlah jadi bahan untuk lelapkan mata kalau tak boleh tidur tu.

So bye.

January 3, 2017

FAME Soft Matte Lip Cream

Assalamualaikum.

Since dua tahun lepas, aku mulalah berjinak-jinak dengan barang make up ni. Dulu, asal pakai je, lap. Asal lap je pakai. Takda confident nak tunjuk bibir merah menyala oh jantungku berdegup pantas keranamu, haru biru fikiranmu bila kau pergi jauh, kehadiranmu mewarna kehidupanku.. 

Eh ternyanyi pulak. Lama tak dengar lagu ni.

Okay, tahun lepas. Eh padahal minggu lepas je. Ada Mood Republic kan? Siapa pergi? Angkat tangan NOW! 👋👋👋👋👋👋👋 Amboii excited sangat ni sampai angkat tangan taknak turun-turun dah. Hahaha. Okok, aku pun pergi jugak. Aku ada mission iaitu nak jumpa blogger Kak Filla, Kak Elly dengan Kak Peej. Weh gigih cari booth Elffie tau. Nasib baik jumpa.

Tapi ..
Tapi ..

Tapi sayang ....kehadiran kekasih lama mu, datang kembali mengenang cinta dahulu ... 

HAhahaha nyanyi tak habis-habis. Used to be lagu fav adik. Serious. Adik berumur 8 tahun. Sekian.

Okay dorang takda dekat booth. I is sad. Tapi since aku dah sampai ..... ,


Yey, finally!

006 Gossip

Kalau biasa, harga RM29. Tapi masa dekat MR haritu, jadi RM25. Jadi aku belilah walaupun duit ku .... Hahahha sendiri sambunglah lagu apa yang korang kenan. Aku dah fikir lagu M Daud Kilau dah ni. HAHAHHAA.

Review? Hmm aku baru pakai 2x. So far okay je. Cuma bila bibir kerap basah, lip cream tu jadi crack. Hmm macamana eh nak terangkan? Mungkin kena apply selalu kot? Aku apply sekali cukup. Hahaha. Tapi so far, okay. Takda masalah pun. Cuma sebenarnya aku tersalah amik colour. Takpelah, redha itu Pejah. Warna ni pun okay je. Gossip kan, elok nauu lah tu. Heeheheh.

January 2, 2017

Public Holiday.

Assalamualaikum.

Hi.

Currently tengah selesaikan barcodes untuk part 1. Heol! Dah habis tahun pun tak siap lagi ok. Rileks. Dah separuh. Part 2 bakal menyusul esok, mungkin? Sebab aku nak setelkan hal-hal lain yakni gosok baju. HAHAHA.

anw Hello 2017 !

Happy New Year once again people! Hopefully what we dream this year will be fulfilled.

Well I spent my New Year eve dengan tidur. So, I've nothing to share. Heheh.

Adik's pre birthday party went really well yesterday, Pictures, stories coming up soon. Really soon. I meant on his 8th birthday, of course. Yeah, this Sunday!

So guys, happy holiday. Esok kerja please!