Monday, November 7, 2016

Dusta Belaka!

Assalamualaikum.
Selamat Pagi. Good Morning.

Pagi ni masuk office dengan kepanasan sebab aircond tak bukak. Bukan salah aku tapi entahlah. Kadang-kadang dia nak on, kadang-kadang dia taknak on. Menyampah tau, pagi-pagi dah berpeluh. Hmm.. pagi ni mood menaip macam ada sebab takda kerja. Wakakka. Kalau ada pun belum masa nya lagi. Yang pasti, aku mesti sibuk kejap lagi. Eh macam pantun dua kerat pulak. Heheh.

Next time, while watching tv, janganlah kau mengada nak updated blog Pejah oii. Isi kandungan carca marba betul. Eh padahal semua post macam tu. Heheh. Tapi selalunya lebih teratur gitu. Ni semalam dengan Gegar Vaganza nya, dengan nak download drama / variety yang akhirnya tak sampai separuh download terus tutup laptop, semua dah kelaut. Kelaut weh kelaut. Hmm..

Pagi ni singgah kedai nak beli Oreo. Ya, dari rumah dah planned nak beli Oreo SAHAJA. Ha! Being me plan yang awal-awal tu adalah dusta belaka. HAHAHAHA. Buktinya? Memanglah aku beli Oreo tu dua pack tapi disusuli dengan Chipsmore, Cloud 9, Twix dua pack. Kau rasa macam nak lempang aku tak? Hahhaa. Benda-benda makanan ni selalu aku tumpas. Tak boleh plan. Selalu sangat tak menjadi. Tapi still tak cecah RM20.

Syukur. 

2 comments: