November 28, 2016

Gigi rapuh T_T

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tengah fikir nak up entry ni harini ke Isnin ke? Tapi cerita fresh. So how? Takpelah, aku bagi laluan untuk makanan sedap dulu. Cerita diri sendiri, aku letaklah kemudian. sobsob.

Eh dah boleh letak emoticons dekat blog. Tapi kenapa bila aku tekan, gambarnya tak keluar? Pelik bin ajaib ni. Tolonglah sesiapa ajar aku. Aku perlukan keceriaan berganda-ganda dalam blog ni. Barulah aku puas untuk baca dan mengadap doplohpatjam!

Na'ahhh~ Aku bukan nak cerita pasal emoticons ni. 

Pagi tadi weh (Jumaat punya cerita kan), actually aku terbangun awal. Dengar ada semburan nyamuk dekat tempat kejiranan aku. Jadi terjaga lah. Ok dah terjaga satu hal. Nak tidur balik pun satu hal jugak tu. Try jugak tidur. Tapi hampeh tak boleh.

Sebelum aku terjaga dek semburan tu, aku termimpi something yang aku rasa kalau benda ni terjadi aku mungkin duduk kat rumah diam-diam taknak jumpa orang semua. Tau apa? Aku mimpi gigi aku patah weh!! Semua rapuh tau. Bukan sebatang dua. Tapi aku tak tau asal aku boleh relax je. Dan bila patah, haruslah jadi macam atok nenek kita tu kan? Aku tak. Aku punya macam nampak ada gigi walhal gigi habis rapuh patah hilang tak tumbuh-tumbuh dah. Fuhh menangis weh kalau benda tu real. Aku terjaga je, aku terus raba gigi aku. Alhamdulillah masih disitu. Masih utuh jitu dalam mulut *lap peluh*

Aku siap google ok apa maksud mimpi aku tu. Yelah, walaupun benda tahyul je tapi tau tak apa makna sesaja nak google? So kau sesajalah nak tau, kot kot lah benda baik ke benda buruk ke. Aku dah google dan aku harapkan semuanya selamat dan takda benda yang buruk berlaku. Amin.

No comments:

Post a Comment