Assalamualaikum.
Alhamdulillah tamatnya sudah Festival Ramadhan Raya semalam setelah hampir sebulan kita berkampung. Secara jujurnya, bukan aku yang jaga booth lah kan. Big thanks to KakPP sebab jaga dengan penuh dedikasi.
Rasanya semua pun dah sedia maklum bahawasanya esok kita rayaaaaaaaaaaaaa~~ Haaa aku mood raya tak sampai lagi. Tapi mood tak sabar nak makan tu dah lama datang. Hahhaha!
Orang yang paling kita semua tunggu-tunggu bila tibanya hari raya. Alhamdulillah esok raya. Aku dengar-dengar esok ma nak masak soto, raya kedua masak nasi ayam. Alahai sedapnyaaaaaaaaaaa nasi ayam, soto weh! Tak sabar nak berbuka harini !
Ahad lepas berbuka dekat PICC. Weh terkejut aku, dorang served air coke! Hahah. Dalam banyak-banyak tu, aku tak makan kambing je. Hmm tak sempat. Tapi tengok Zikri, Baba dengan Ma makan, nampak macam sedap?
Aku jadi tamak kejap. Nasi makan, spageti makan, bread pudding makan, kek makan, haaa apa lagi? Semua makan kecuali kambing -.-' Aku dah kenyang. Bila puasa ni, perut cepat kenyang T_T Tapi semuanya berbaloi. Alhamdulillah.
Bila
dah hujung puasa yakni hari terakhir puasa ni, adalah perasaan sedih
datang. Sebulan weh roh ahli keluarga kita yang telah pergi datang
menziarah. Hmm harini mereka akan pulang ke 'rumah' mereka.
Arwah ibu, atok, Iwan, Pakteh, Paklang, CikAya ..Semoga kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Sempena hari raya yang insyaallah kita akan sambut esok, aku, Faizah Azmi ingin menyusun semua jari yang aku ada tanda minta maaf jika ada terkasar bahasa, terkasar bahasa penulisan aku, sama ada aku sedar atau pun tidak. Semoga kita tak over makan masa beraya ye.
Selamat Hari Raya !
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kakak!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin jugak adik! ^^
Delete