June 18, 2016

Festival Ramadan Putrajaya 2016

Assalamualaikum.

Maaflah janji tak ditepati. Semalam aku busy gilaaaa dengan barcodes. Still tak dapat siapkan lagi, nasib baik manager aku chill. Hehehe. Jadi harini sebelum aku turn on mood buat barcode, aku ada benda nak share dengan korang sempena bulan ramadhan ni.

Jadi kita ada baki lagi 17 hari berpuasa, so dah hampir tengah ramadhan kan? Persiapan puasa, haruslah korang dah okay, ye dak? Ha persiapan raya, dah ready ke? Aku insyaallah dah. Badan aku je belum ready. Tak kurus-kurus ni =.='

Tahun ni, sekali lagi Putrajaya menganjurkan Festival Ramadan Putrajaya 2016 *bunyi mercun*


Apa yang aku cuba sampaikan?

Ye, family aku ada bukak booth dekat sini ye. Hehehe. Insyaallah kiteorang akan ada sampai 4 Julai ni. Korang datanglah beramai-ramai. Walaupun dalam tu agak panas (kalau tengahari), korang datanglah malam. Sejuk sikit. Hehee. Festival ni berlangsung dari jam 12 tengahari hingga 12 malam. Lama weh. Lama. Jadi jangan lupa singgah.

Booth iolls , Lola And Chidodit Resources , ada menjual pelbagai jenis tudung (shawl biasa, instant shawl, kids shawl, syria awning keras/lembut) baju kurung readymade, baju maxi, samping, baju melayu kanak-kanak dan banyak lagi. 

Menawarkan harga yang sangatlah berpatutan, korang pasti tergoda. Ehcehh :p

Booth iolls 87/88, ok?

June 17, 2016

12 hari berpuasa

Assalamualaikum.

Hari ke12 berpuasa, alhamdulillah masih bertenaga sampai ke petang. Amboi macamlah kau baru first time puasa kan? Hehehehe. 

Anw Selamat Pagi semua! Awal tak aku update? Hahaha gila tak awal? Aku actually nak siapkan barcodes ni ha tapi line macam siput, so semua kerja tergendala. Makanya aku decided untuk sambung dekat office je karang.

Sekarang kat luar tengah hujan. Tak lebat mana pun tapi nampak macam lebat. Hahah aku pun tak tau nak terangkan macamana. Harap-harap berhentilah. Aku malas nak sarung rain coat. Leceh lah nak sarung bagai.

Oh yes, aku ada benda nak khabarkan kat korang, since line pun macam siput, later on aku update okay? 

Okaylah, aku nak siap-siap. Stay tune for next entry. Insyaallah will up by today.

Bye!

June 12, 2016

Faizah 25th Birthdayyy

Assalamualaikum.

Sebelum hari ini berakhir, aku ada benda nak share dengan korang.

First, Alhamdulillah aku berjaya puasa untuk harini. Ikutkan aku memang tak larat sebab Ya Allah panasnya Putrajaya siang tadi weh. Aku macam budak-budak dah tadi duk merengek dahaga.. dahaga... dahaga kat semua orang. Dia punya panas tu macam duduk kat tengah panas walhal aku dalam booth / khemah kot. Mungkin sebab takda air-cond? Aku rasa mungkin sebab tu. Hahaha. 

Second, aku berjaya sekali lagi untuk puasa full satu hari eventho perut aku kosong. Gara-gara batuk, lepas sahur je aku mesti akan muntah. Lepas muntah selalunya (kalau sempat cite dia), aku akan makan tiga atau empat biji kurma untuk cover. Lapar dahaga tu of course lah tapi okaylah, boleh bertahan.


Third and last (?), I'm OFFICIALLY 25. Alhamdulillah Ya Allah. Tahun ni, isi kandungan dalam doa/ucapan lebih kepada jodoh ya. Hmmm.. Insyaallah kalau ada, adalah. Kalau takda, maknanya belum ada jodoh lagi ^^ So chill ye semua orang. 

 

Anw, terima kasih kepada keluarga, sahabat handai diatas doa-doa kalian. Aku sangat menghargai dan bersyukur. 

To Pina, thanks for the video. Aku cakap korang, video Pina kelakar gila! Aku confuse muka Yong ada macam Kwangsoo ke eh? Hahaha.

To Kak Sally, thanks for the vouchers gift as well. Thank you so much! Tak sabar nak makan kambing golek~~


Happy 25th Birthday Pejah!!

June 7, 2016

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Assalammualaikum.

Aku macam free kan? Macam lah eh, padahal takda pun. So sajalah tengok blog, okay Kak Sally dah update entri. Haritu dia cakap aku taknak pun join giveaway dia. Bukan taknak tapi I is malu kak. Muahahahaha ! So taknak menghampakan Kak Sally lagi, okaylah Fe join ye. 


Syarat-syaratnya:

1. Follow blog
Sally Samsaiman | Syifa' Azhar | Fatihah Fadzil

2. Follow Instagram 
@sallysamsaiman

3. Like Fanpage
sallysamsaiman.com | Mjölk | The Sister's Closet 

4. Buat satu entry bertajuk Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!
5. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.
6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
7. Pergi kemana-mana entri dalam blog Sally, tinggalkan komen yang ikhlas.

Mula - 6/6/2016 | Tamat - 26/6/2016