April 25, 2016

Short weekend getaway - Cameron Highland

Assalamualaikum.

Dah kenyang makan besarkan? So Sabtu, pagi ni aku ma busy sikit. Aku ada kelas, Ma pun ada kelas. So aku habis kelas pukul 10 pagi. Hahah. Aku dah cakap, pukul 10 aku nak blah, so memanglah. Hahaha! Tak sanggup aku nak duduk kat panas terik lama-lama. Pening. 

Balik rumah, kemas baju semua. Sharp 2 petang, semua keluar. Okay, we're going for short weekend getaway. Achik je tak ikut. Aku tak tau apa masalah mamat ni. Macam dia sorang je kerja. Tak reti nak cuti ke camne tah. Stress aku.

Pukul 2pm bertolak. Adalah singgah menyinggah dekat RNR, Mydin semua. Aku tapau roti. In case lapar ke, so roti pilihan aku. Sebenarnya aku memang lapar roti masa tu. Aku berharaplah ada Kings dekat mana-mana. Tapi hampeh, takda. Adalah bakery kat Mydin tu. Roti tak banyak choices. Ada sikit je. Aku beli jugaklah.


Masa ni dah start lapar. Dah nak malam tapi tak sampai-sampai lagi. Sebab apa? Sebab jem weh!! Kereta belakang semua potong line, so makin lambatlah sampai. 




Menikmati keindahan sepanjang jalan dulu lah. Masa ni dah start sejuk, rasa macam haishh bilalah KL nak sejuk macam ni balik? Terus rasa excited naik Cameron tu. Jem punya jem, kiteorang cari hotel. Weh ni kira percutian paling gamble yang pernah family aku buat. Hahaha. Rasa macam explorace! And finally, 11:40pm, we're finally  got our room at Hotel De'La Ferns. Hotel dia lawa. Cantik. Walaupun nampak macam kecik.


 Our hotel - Hotel De'La Ferns


Our room. Baba dengan ma amik satu bilik tapi bilik tu ada 2 king/queen bed and 2 single bed. Besar kan?  Memang puas hati lah. Oh puas hati gilaaa! Please tidur sini lagi eh kalau kita naik Cameron?! hehe. Kira aku satu family memang sesuai lah bilik ni.



Our night view. Masa ni dah midnight weh. Tu kedai tepi tu pun dah on the way nak tutup. Gigih aku duduk tunggu orang  amik order. Weh lapar ok. Last makan lunch kot. Sekali Zikri suruh tanya, waiter kata dah tutup. Terus seret kaki naik bilik. Wahh drama sangat kau pejah. Hahaha



Hey, good morning from Cameron Highland! Ni pukul 7am. Masa ni dah kelam kabutlah siap, sebab busu sekeluarga, cikyah sekeluarga and opah dah on the way datang. Masa Busu called, dia kat Tapah. So kiteorang decided nak breakfast dulu. Makanan dia weh sedap! Siap bertambah aku makan. Haha. Tak tau lah sebab memang sedap atau aku lapar. Atau aku memang pantang nampak makan en? kekee. Hari terakhir di Cameron. Kejap je dah last day T_T


They're finally here! Masa ni nak keluar pergi pasar pagi dekat Brinchang tu. Opah dengan Paksu je tak ikut. Penat, mereka tidur dalam bilik. Nak pergi pasar tu, JEM!! sabar kan, sabar.


Lepas membeli belah dekat Brinchang. Busu memang tapau strawberi banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaa dekat Brinchang. Adik dapat jeket tobot dia and dia sempat pau baba gloves and mainan. Bijak adik. Pastu whatsapp Achik gambar adik. Hahaha



A family potrait (?) without Achik. Adik muka asal macam tu dol?

 

Ma petik (?) terung kat ladang. Kurang dari 10 rasanya ma beli. Dekat sini jugak Busu dengan Cikyah beli salad, daun sup semua. Daun sup wangi.
 
 

Lepas dari ladang ni, kiteorang singgah beli petai kat tepi jalan tu. Dapatlah free seikat sebab pakcik tu kata kiteorang tak banyak songeh. Mueeheheh tapi petainya kecik-keciklah. Jadilah dari takda. Anw terima kasih pakcik yooo!

Singgah sana sini and sampai rumah dalam pukul 10 atau 11 malam macam tu. Penat gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa weh. Unpacked semua barang yang dibeli. Pastu mandi, rehat. Konon nak tidur awal lah. Penat kan? Last sekali dah pukul 2, aku masih segar tapi dah menguap tapi taknak tidur. Akhirnya aku tidur jugak lepas paksa diri untuk tidur, Dan aku malas nak kerja esoknya (Isnin) tapi aku sampai office awal. 

okbye.

4 comments:

  1. ni buat sidang media ke ape ni...? sekali harung haa cerita!

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHA kalau yong boleh, takkan fe tak boleh? hahahhaa!

    ReplyDelete
  3. cantik hotel tu . seronokkan cuaca sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat cantik! semua best, makanan, bilik. semua best! rindu suasana malam. siang tak sejuk sgt.

      Delete