Assalamualaikum.
Ni cerita Sabtu lepas. Awal en aku update. Hahah dah nak seminggu pun. Okay, last minit tau benda ni. Aku tau hari Jumaat, sehari sebelum majlis. Hahhaa. Mungkin dorang nak pungpangpungpang dalam group tapi aku tak amik port sangat sebab group ni lebih kepada budak acc waktu form5 dulu. Budak art ada 2 orang je, which is aku and Azliana. So seganlah nak masuk campur. Gitu.
Biasalah tak semua yang kita plan, menjadi. Betul tak? Macam kenduri Farah. Ma baba dah bagi tapi ada kenduri pulak kat Banting plus aku kerja. So otoke? Terpaksalah cancel.
Sorry Farah. Aku tau kau touching dengan aku. Aku tau
Aku dah bagitau ma pun aku MUNGKIN tak jadi pergi kenduri kawan aku ni. Sebab the girls tak pergi. Pastu Teyka ada hal. So takkan sorang-sorang kan? Then pagi tu, masa aku buat kerja, Hale whatsapp suruh siap. Dia amik! Apa lagi kegembiraan berganda-gandalah kan. Hahaha. Aku tak siap pun. Dia janji pukul 11 tapi biasalah melayu. Hahaha. Pukul 12 lebih baru sampai. Aku pukul 11.15 dah siap segala. Sementara tunggu Hale datang, aku siapkan kerja aku dulu. By dia datang, kerja aku dah siap 80% pheww
Sampai dewan p8, pengantin dah siap-siap nak masuk makan beradap. Weh banyak kenangan aku dalam dewan ni. Masa aku duduk Putrajaya, aku aktif teater jugak. Hale lah partner in crime aku. Hahaha. So kiteorang pernah teater dekat sini, selain library p8 and Taman Botani. Taman Botani lagi memorable sebab masa tu Tun M yang merasmikan Taman Botani tu. Aww rindu dulu-dulu.
Okay, dah tersasar cerita teater pahal kau pejah? -_-
Kiteorang masuk dewan, hmm macam terkejut sebab dewan kosong. Terkejut weh. Ingatkan dah habis kenduri sebab meja kosong. Adalah 6 7 meja yang ada orang, yang lain kosong weh. Mungkin orang ramai dah balik kot?
Aku suggested amik meja dekat dengan meja buffet, senang sikit. Haha. So yes, sebelah je uolls. Perangai sangat ni.
Lepas dah bergambar dengan pengantin, baliklah kita ke rumah masing-masing. Aku lapar lagi tapi tahan sebab dah ajak family aku makan luar malam tu. Tapi tak jadi sebab adik tak sihat. Next time! Wohooo~
Meja sebelah buffet uolls! kehs
Masing-masing dah keluar dari Putrajaya. Sorang Kajang, sorang Ijok,
haa ni paling jauh, Perak nun!
Ni perangai standard ah ni. Ein mana ntah.
With pengantins
Aku cakap 'Hale amik gambar, berdiri tengah' tapi dia tak dengar kot?
Last sekali, hmmm tengahlah sikit -.-
Aku dalam toilet masa ni. Qila muka dulu kini selamanya sama je. Cantik!
Qilala , Ein , Meh , Hale , Pengantin's Banner , Illa , Zuraini , Aziela , Liyana
Lepas dah bergambar dengan pengantin, baliklah kita ke rumah masing-masing. Aku lapar lagi tapi tahan sebab dah ajak family aku makan luar malam tu. Tapi tak jadi sebab adik tak sihat. Next time! Wohooo~
Anw, thanks Hale and Noh sebab sudi amik/hantar iolls balik. Susah-susah je. Lain kali, susahkan lagi ye? Hahaha.
And, Selamat Pengantin Baru, Azlina dan pasangan. Semoga berkekalan , bahagia hingga akhir hayat. Amin.
No comments:
Post a Comment