Assalamualaikum.
Weh tak sabar nak makan kuah kacang nenek esok!!
Pejam celik pejam celik, esok Insyaallah kita semua akan menyambul Hari Raya Aidilfitri. Syukur, diberi lagi keizinan olehNYA untuk merasa nikmat hari raya bersama keluarga ♥ Dah ready nak raya esok ke? Aku? Hmm dah kot? ㅋㅋㅋㅋ
Lagi setengah jam untuk beralih ke mood raya. Weh kampung aku dekat kot, 45mins untuk baba's side, and 30mins untuk ma's side. Haa jadi tak payah nak tergopah gapah sangat. Kiteorang satu family rilek je. Hahaha! So mungkin balik lepas bebuka karang.
Sempena esok nak raya (insyaallah) aku sebagai seorang yang bernama Faizah Azmi ingin minta maaf kepada korang semua sama ada aku kenal korang atau korang kenal aku. Pokoknya SEMUA, ngerti? Mungkin dalam sedar atau tidak, aku ada buat korang terasa hati dengan aku ke apa, jadi dikesempatan ini, aku dengan rendah diri nak minta maaf dekat korang. Kosong-kosong eh? :)
Haa teringin Aunty Anne, BigMC, Chocotop. Apa lagi pejah, APA LAGI ?!!
p/s: korang raya mana tahun ni?
Raya kat KL je..kbai
ReplyDelete