July 31, 2015

Lain fikir, lain ditaipnya ...

Assalamualaikum.

Hahahaha sorry, been busy dari mula-mula masuk office lepas cuti raya haritu. Masuk office, terkejut kertas membukit atas meja. Yelah, Khamis sebelum cuti tu, kosong kot meja. Terus aku rasa nak muntah tengok kertas. Hahaha

So aku ada buat dateline sendiri, siapkan semua kertas tu by July 30 which is semalam lah kan. Alhamdulillah aku managed untuk siap semuanya. Tapi sebenarnya ada je baki-baki yang aku belum buat, sebab masih ada dekat bawah lagi. Yelah, selalunya dept aku akan buat end month 2 atau 3hb. So tak boleh tergesa-gesa. 

Yeah, kita semua akan guna sistem lama balik. Semua orang happy sebab sistem lama quite senang. Yelah, dah guna lama kan. Yang baru ni macam susah sikit. Salah, tak boleh undur macam tu. Jadi minggu depan, akan start guna sistem lama. And bye bye LN !

Weh, aku tak up lagi gambar raya. Banyak! Tapi gambar raya pertama jelah banyak. Hahaha. Raya lain, duduk rumah, tengok tv, main phone, makan kuih raya je. Open house haritu pun ada 3 4 gambar je. And the best part is bestfriends datang! Oh too bad, Farah and Nora je tak dapat datang. Yang lain, ada! Next time bebeh!!

So entri raya, kalau rajin, aku buat next week. Kalau tetiba aku bz lagi, tunggu jelah. Keep on refresh blog ni. Hahaha!

Bye.

p/s: aku nak cerita pasal sandwich dengan sardine roll sebenarnya T_T

July 16, 2015

Salam Lebaran 2015

Assalamualaikum.

Weh tak sabar nak makan kuah kacang nenek esok!!

Pejam celik pejam celik, esok Insyaallah kita semua akan menyambul Hari Raya Aidilfitri. Syukur, diberi lagi keizinan olehNYA untuk merasa nikmat hari raya bersama keluarga ♥ Dah ready nak raya esok ke? Aku? Hmm dah kot? ㅋㅋㅋㅋ

Lagi setengah jam untuk beralih ke mood raya. Weh kampung aku dekat kot, 45mins untuk baba's side, and 30mins untuk ma's side. Haa jadi tak payah nak tergopah gapah sangat. Kiteorang satu family rilek je. Hahaha! So mungkin balik lepas bebuka karang.

Sempena esok nak raya (insyaallah) aku sebagai seorang yang bernama Faizah Azmi ingin minta maaf kepada korang semua sama ada aku kenal korang atau korang kenal aku. Pokoknya SEMUA, ngerti? Mungkin dalam sedar atau tidak, aku ada buat korang terasa hati dengan aku ke apa, jadi dikesempatan ini, aku dengan rendah diri nak minta maaf dekat korang. Kosong-kosong eh? :)
Haa teringin Aunty Anne, BigMC, Chocotop. Apa lagi pejah, APA LAGI ?!!

p/s: korang raya mana tahun ni?

#projekSF

Assalamualaikum.

Aku tengah bosan sebab kerja takda (dah siapkan tadi) lepas tu terasa office sunyi walaupun radio pasang je. Ada dua tiga orang on leave, yang sales keluar, so ada berapa je kan? Aku tengah bertabah nak tunggu lagi empat jam untuk balik. Lama nyaaa~

Aku baru teringat yang #projekSF aku tak siap lagi. Gigihlah siapkan sebelum pergi kerja tadi. Fuhh, terus tarik nafas lega bila dah siap. Aku rasa tahun depan aku taknak buat #projekSF ni lagi lah. Penat. Rasa macam leceh. Hhahaa padahal dari tahun lepas aku dah buat. Yang pelik tahun lepas siap awal kot. Pemalas sangat ni.

Embedded image permalink 

#projekSF

Kenapa #projekSF ? Since aku suka letak cartoon dan ada warna tema untuk sampul D.I.Y aku, kalau tahun lepas, Looney Tunes dan warna merah menjadi wakil, tahun ni, aku pilih Bart Simpsons dan warna kuning sebagai tema tahun ni.

Kenapa Bart Simpsons? Sebab masa aku tengah fikir cartoon yang sesuai untuk warna kuning, aku terfikirkan Tweety tapi bila mengenangkan Tweety dah buat untuk tahun lepas, aku tukar. Aku macam tengok video Yonghwa dekat YouTube and aku nampak Simpsons, so yeah!
S - Simpsons / F - Faizah = #projekSF
Aku buat banyak tapi aku mampu untuk gunting 45 pcs je. Cukup-cukup untuk cousins aku. Heheh iolls tak rajin sangat lately. Kalau aku rajin balik nanti, aku sambung gunting lagi 20 pcs ye.

Okay, aku nak naik gym kejap. Kejap lagi sambung eh!

July 9, 2015

Kad Raya Syafiqa

Assalamualaikum.

Tadi masa aku scroll timeline Twitter, aku ada click satu link ni dekat Murai punya twitter account lah kan. Short film. Puteri Balqis berlakon. 


Ramai menangis? Betul ke? Aku pun apa lagi, tengoklah cerita ni. Walaupun aku tak bawah headphones harini. Jadi aku tengok tanpa suara mereka. Tanpa bunyi apa-apa lah kecuali lagu dalam office ni.

Walaupun aku tengok filem pendek ni tanpa dengar sebarang bunyi/suara, tapi aku tetap meleleh ayaq mata weh! Bergenang tengok. 

Cuba korang tengok, meleleh jugak tak bila tengok?



Iman tak kuat katanya!

Assalamualaikum.

So lagi 7 hari kita puasa dan wehoooo raya weh RAYA ! Persiapan untuk raya tahun ni, sama je macam tahun-tahun sudah. Aku takda prepare apa pun kecuali baju raya. Tu pun sebab ma yang in charge sepanjang tahun. So aku cuma keluarkan duit je.

Duit raya pun dah tukar cuma belum masuk dalam sampul je mamandangkan sampul tu aku D.I.Y macam tahun lepas. Tinggal nak gunting lagi 10 helai kot? dan gam. Lepas tu bolehlah bersila masukkan duit pulak. Haa Epun ada bagi satu idea kuajar. Dia suruh letak note dalam sampul tu. Means sape dapat note tu, takdalah duit raya untuk dia. Hahha kuajar sangat. Nasib aku takyah bagi dia. Kalau kena, memang aku bagi dia yang note tu. Kekekek.

Tahun ni insyaallah raya dekat Sepang. Haa cuti raya aku belum apply lagi. Dah isi borang tapi hantarnya tak lagi. Tengoklah lunch hour karang ke esok ke, aku bagi lah. 

Oh ma masih menjual kerepek tahun ni. Actually tiap-tiap tahun ma bukak order. So tahun ni rasa macam tak banyak tapi banyak jugaklah bundle-bundle kerepek dekat rumah. Pagi tadi baru setel semua bundle yang ma baba amik semalam. Part paling best nak packing adalah lepas buka. Bak kata Achik 
Kalau packing waktu pagi ke tengahari, takut iman tak kuat !
haaa bebudak sangat kau ni chik wehh!

Bau milo panas Mr Tee ni betul-betul menusuk kalbu betul. Nasib aku iman kuat jugaklah. Hahahha! Duit raya aku dah dapat. Dari Kak Sally and Jocko? Heheh. Lepaslah kalau aku nak beli bergedil 10x. Hahaha.

Okaylah, nanti aku sambung lagi. Aku nak siapkan artwork Ms Chu then turun bawah.

p/s: hari-hari turun naik tangga, moga-moga kuruslah. lallalalalala

July 1, 2015

End of June

Assalamualaikum.

Tadi Kak Sally skype tanya, dah dapat surat ke? Aku cakap belum. Dalam hati surat apa? Surat jemputan ke? Hahaha! Bila tanya, Kak Sally taknak jawab. Okay takpe, kita tunggulah kan. 

Tiba-tiba E masuk office bagi envelope yang tertera nama iolls. Terus aku potong dengan rakus sebab jarang aku dapat surat kat office ni. Hahha! So macam excited lah walaupun aku dah agak ni 'surat' kak Sally tu.

Package! 

Hahah! Kenapa package? Weh ada macam-macam. Dah macam dapat dari Astro pulak ni. Kekekeke. Ada kad raya, kad birthday, kad Yonghwa, tag,  and paling best MY FIRST DUIT RAYA UNTUK TAHUN NI !! Hahahha thank you kak.


Special thanks to every each of you who giving me the best wishes for my 24th. Thanks to my family, best friends, friends, colleague for make my 24th, a memorable moments
Appreciate it much!  

p/s: I'm received / wore / use all the gifts with happily ☺